Sunday, February 28, 2010

Lompat

Oh, tahun lompat rupanya. Agak kelakar kalau bubuh tarikh program 29 febuari 2010.

Saturday, February 27, 2010

less robotik

Siew Meng menekan nekan beberapa butang di jam tangan digitalnya. Tiba tiba terbuka rusuknya semacam pintu. Terpamirlah organ dalamannya yang berbentuk mekanikal dan beberapa sambungan wayar eletrikal dan elektronikal.

Kemudian dia mengeluarkan sesuatu berbentuk kiub dari organ dalamnya. Macam cerita 'Transformers'. Kemudian direntapnya kiub itu dari soket didalam badannya lalu menyerahkan kepada budak berbau kopi dan bertopi maroon itu. "Nah, inilah hadiah paling berharga sekali untuk kau. Tetapi.."

Tak sempat Meng menghabiskan cakapnya, dia ternampak qarinnya masih mengejar dari side mirornya. Kelihatan juga beberapa anjing rottwailer dari jauh.

Dengan jurus ninjutsu yang dipelajari dari youtube, Siew bertukar rupa dan perlahan lahan menyingkirkan diri dibawah minda separa sedar menuju ke pasar lambak dari parking belakang kolam.

Friday, February 26, 2010

Syair

Kata-kata yang lama (Al-Quran), iaitu yang tidak pernah jemu mendengarnya suci dari kata-kata, amalan dan niat.

Dengan kata-kata (Al-Quran) itu, aku mengubati dari segala penyakit dan cahayanya adalah petunjuk bagi hatiku ketika waktu kejahilan dan kehairanan.

Ya Allah, kurniakanlah kiranya kepada aku rahsia huruf (memahami makna-maknanya) dan terangkanlah hatiku, pendengaranku dan ucapanku dengan cahayanya.

Dan mudahkanlah kiranya untuk aku menghafalnya, kemudian mengajinya dengan kemuliaan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya.





Imam Sharaf al Din al Busairi (d.696/1296)

Thursday, February 25, 2010

watak dalam bilangan

1:"Sebenarnya, kereta itulah yang melanggar saya."

2:"Saya pandu van. Bukan kereta. Ini tak sama atas dakwaan."

1:"Apa ini, mana aci. Kereta atau van sama lah tu. Yang pastinya kamu yang melanggar saya."

2:"Sila uruskan."

3:"Tuan, nampaknya pendakwa bermasalah."

4:"Baiklah, dakwaan digugurkan."

Wednesday, February 24, 2010

kotak kesampaian

Penat dia sungguh berlari. Tak pandang belakang. Ironically (ironik?). Subra terserempak dengan Siew Meng di restoran Aliff Tambak. Seperti biasa Subra dengan topi warna maronnya itu dan berseluar kakis yang dikerat paras lutut. Mungkin baru pulang bermain futsal di belakang MyBank.

Tapi tiba tiba ironi itu menjadi tak berapa ironi sangat kerana sememangnya ramai penonton bola datang malam ni. Tak bicara banyak, terus pesanan cuba dilakukan. Limau panas dengan nasi goreng kampung terlintas dikepalanya. Menu yang agak menyentuh jiwa kasih sayangnya. Klasik dan penuh nostalgia. Teringat bila berjalan jalan sambil mencium aroma kopi.

"Itu apa?" tiba tiba macha nak ambil order bagi soalan tambahan selain mau makan apa dan mau minum apa. Sambil itu tangan macha itu cuba menyentuh gelang kilat berantai di leher SM. Siew senyum sambil menepis tangan macha tersebut dan buat bodoh sahaja. Soalan ketiga tidak disambut mesra. Kolar lehernya dinaikkan. Butang dikancing sampai atas.

Kemudian Siew keluarkan kotak dan sehelai kertas. Dia menulis sesuatu diatas kertas itu. Kemudian dia beri kepada macha yang bertugas.

Dari jauh Subra tak perasan langsung drama pendek tadi. "Aiyaa..!" tiba tiba Subra bersuara dan menepuk dahi. "Gua ka?" sambungnya lagi. "Ini nombor tak ada soon la" tambahnya lagi sambil mengoyakkan sehelai kertas kecil ditangannya.

Dari jauh Siew biarkan sahaja macha tadi menggunakan kotaknya itu sebagai tempat duduk.

Monday, February 22, 2010

Horor

Hujung minggu berjalan di bandar asik juga. Di kakilima kedai ada juga orang orang tua menjual barang barang anih. Dari keris keris lah, batu batu cincin lah, minyak dagu dagu lah, obat kuat kuat lah. Hebat mereka ni bercerita.

"Abang pakai ini doa, rantai abang boleh balik ke leher tuan dia. Insalah. Ini dari Koran. Tak salah" kata sorang pak arab. Siew rimas juga pak arab cuba rapit rapit ke badannya. Diam sahaja dia dan lari dari situ.

Dalam perjalanan pulang, tiba tiba qarin Siew Meng keluar dari poketnya dan bersuara. "Hah, kasi try lah. Kasi Sub pakai rantai kau pulak"

Siew yang pertama kali nampak qarinnya itu terus buka langkah seribu. Betul punya takut. Dari sidemiror masih nampak lagi qarinnya mengejar dari belakang.

Sunday, February 21, 2010

simtom

Matanya dah start kabur kabur. Berair pulak. Siku ketar. Jalan pun tak ketengah. Lebih parah bila tak perasan tersadung batu. Tak perasan langsung. Tumpuan longgar.

Nak membaca pun dah semakin kritikal. Sakit jadinya. Melihat pula ada masa jadi penawarnya. Kidney pun semakin parah. Baru-baru ni dia dah semakin sakit bila melihat. Pendengaran yang ada pun sudah terhad. Gelombang gelombang bunyi pada frekuensi tertentu menghilangkan imbangan. Dari saraf telinga menyerang pula beberapa organ dalaman. Macam perang saraf.

Pandangan dia jangan la jadi macam cerita exorcist tu. Tengok orang lain semua nampak macam hantu.

Nanti, bila sudah di buka jalan ke hospital (kononnya). Pancaindera itu menghadap terus menerus dari sumber radiasi. Mungkin mengakibatkan sakit jantung dan barah otak. Mungkin kena cari ubat dari gergasi merah (lagi). Yang pastinya, baik juga duduk di hospital (kononnya) supaya selesai secepat mungkin. Bimbang menjadi barah. Walaupun nak duduk hospital (konon) tu dah macam sampah. Masa itu, hanya teramam melihat deja-vu.

Ok, seriusli. Gua semakin takut.

Friday, February 19, 2010

Hantu Hantu

Dikira kira syiling dalam poket. Dibahagi bahagi mana yang patut. Beberapa bahagian yang perlu. Hidup, candu, tunggangan, hati, limpa.. "Aiseh, ini je yang ada nak buat call. Belasah la". Kaedah langgar yang kerap sangat digunakan.

"Hello" mula bicara Meng.Ketar juga suara itu nak keluar. "Aku tau kau kat situ. Kau kan staf aku" jawab suara di hujung talian dengan mesra. S Meng rasa sangat haru atas pengucapan awam yang dikatakan oleh Subra. Ada lagi saki baki yang tinggal. Ah, kenapa tak kasi can sahaja.

"Dah bukak gelang leher kau?" tanya Sub lagi. "Kunci bukan kat kau ke?" jawab Siew M dengan pertanyaan. Diusap sikunya sakit kerana mengelupur cuba buka gelang lehernya semalam. Berat nak bawak berjalan. Leceh pula tu. Orang tengok macam gamp gayanya. Beberapa minggu lepas ditengah kota, dia tersadung rantai berjela jela dilehernya itu lalu tersungkur jatuh. Memang memalukan. Apa kerja semua tak jadi. Memang Siew tak boleh buat apa apa.

Sub senyap sahaja. Diraba raba koceknya mencari kunci yang dimaksudkan. "Ah kau buat sendiri la" jawabnya ringkas dan terus ganggang diletak.

"Adoyai" Meng menepuk dahi.

Monday, February 15, 2010

ilusi optik

"Ok, ada soalan?"

Seorang murid mengangkat tangan. "Ya, kamu. Apa dia?"

"Cikgu, seluar cikgu tak zip!"

...

ilmu pengetahuan: Memang terdapat jenis seluar NAMPAK macam tak zip.

Saturday, February 13, 2010

Berlarian

"Bukankah aku sudah kisahkan tentang rama rama dengan lilin. Akhirnya berjaya juga dia mengenalinya" kata si burung pipit tua itu.

"Bisa Irukanji boleh membunuh. Yang sebesar hujung jari tuan hamba pun boleh memberi kesakitan yang amat berat" tambah Forest.

"Ya." jawab si burung pipit tua. Kerut kerut dimukanya jelas menampakkan alur pengalamannya yang tak bisa disusun dengan kata kata. Apatah lagi dengan perkataan. Angannya terbang mengingatkan tentang rama rama yang telah menghempaskan dirinya pada api lilin. Tidak mengelepar. Tidak merana. Hangus menjadi fana.

Tapi siapa sangka, ada yang kembali menceritakan kembali jalan sebenar dan ringkas untuk jawapan yang sama.

Lalu mereka berdua bingkas berdiri. Puaslah jiwa mereka dan tidak berputus asa lagi. "Kami minta diri dulu. Terima kasih atas kisah yang membangkitkan jiwa kami wahai pendita si burung tua".

Yang kejar tadi pun terus mengejar. Yang terbang awal tadi pun terus terbang.

Friday, February 12, 2010

konflikasi

Dan berkalam lah Forest "Bukan ke kau kata nak kejar mengejar?"

Diam.

"Aku nampaknya kena lari." jawabnya.

Forest tak puas hati. "Bukan kau yang mencadangkan pengejaran ini? Lagi pun, pekeliling kau tak baca lagi. Dah tampal la"

"Aku alah dengan anthrax. Tak ape, ko teruskan. Kau kejar. Aku lari. Kita berjumpa di sana, di sana, di saaanaaaaaa...."

Thursday, February 11, 2010

formula tiga perkataan

"Assalamu'alaikum bang, tump(ang tanya).."

sambung baca laju-laju

"Bila aku kawin dengan kakak kau!!?"

sambung baca laju-laju

"Tak bang, adik"





¤¤¤
Tulisan italik didalam kurungan baca didalam hati.


credit: joko

oh key

Apa? Lipat?

Kalau macam tu, baiklah.







...bersambung

Tuesday, February 9, 2010

Mistik

"Lu kalau pakai ini barang, jalan boleh tembus dinding punya ma.." kata seorang tokey ais krim di atas motor ais krimya yang berjenama Ex 5. Budak rempit ada yang panggil cepai sahaja.

"Ni blok Jepun lagi ni. Boleh tahan taukey ni" bisik Siew Meng dalam hati. Anak matanya masih tak habis meleret tengok karburator yang dah bukak nafas. Laju la tu agaknya.

"Betul ma. Lu tengok itu celita Jump? Aa.. Itu macam la. Boleh ma" sambung tokey tu lagi. Siew Meng mula terbayang kalau dia pakai alat tu, dia terus dapat masuk rumah Subra tiba tiba. Mesti Sub suprise punya..

2012

"Kamu nak jadi pandai tak?" tanya cikgu kepada Siew Meng. "Tak guna la cikgu jadi pandai. Dua tahun sahaja tinggal maa.." jawab Siew Meng sambil lewa. Buku tulis ditangannya digunakan sebagai kipas. Panas sangat gayanya. Kipas syiling nampaknya tak mampu menampung keperluan murid yang seorang ni.

Pengaruh filem memang kuat sekarang ni.

Monday, February 8, 2010

Tanjung Hujung Benua

Disini tiada pertandingan antara celcom broadband dan maxis broadband. Nak potong? LK kat sini maksudnya Lukisan Kejuruteraan. Bukan nama kawasan. Betuah kau streamyx. So, apa macam ni?

Walaumacamana pun, anjing memang banyak kat sini. Ada sekali tu budak kampung kena kejar dengan anjing. Nasibaik tak kena gigit. Goyang jugak tu.

So, Siew cari public phone sahaja lah. Matanya jeling jeling juga takut kena kejar anjing rottwailer yang berkeliaran.




pembetulan - 'Di' dengan perkataan 'Sini' perlu dijarakkan kerana merujuk 'tempat'

Sunday, February 7, 2010

tunjuk langit

Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Kemam je la~

-Rajalawak 







ed: gua dah rasa buah tunjuk langit... dap..

rilis review : SM Amin - Amanat


Cover CD di atas dah jelas dah boleh tengok sapa artisnya. Masa aku on the way ke Shah Alam dengan Alip, aku berhenti isi minyak di Petronas area Melaka. Ada sorang budak perempuan bawah umur jual CD ni. RM10 je untuk jualan amal.  Sebagai peminat muzik underground dan anti-establishment, pendekkan cerita, aku pun beli la. Aku rasa RM10 untuk rilisan ni agak berbaloi. Sound aku rasa kalau nak compare dengan demo band Al Azazhil yang di mix oleh Syaf, beza sikit la kut. haha..

Aku belek belek, dalam kepala aku yang tengah semak manjang aku cuba bayangkan genre yang bakal aku dengar. Ala-ala zapin kot. Irama melayu agaknya. Aku tengok helaian bullet. Lirik lagu 'Amanat' memang layan. Memang mengenang 45 tahun yang lalu. Fuh, boleh buat sondtrack ni.

Cerita banyak tak guna. Beli kalau tak dengar, baik gantung CD tu kat leher ala-ala 4U2C. So, aku sumbat ke dalam CD player. Syukur ada CD player. Masa dengan satria dulu, radio tak boleh on. Keset plak lemau. Keset apa je aku ada. Buat punca benci je.

Aku dengar lagu lagu dia. Aku jeling cover. Apasal macam tak selaras je genre dengan penampilan. Aku usha gambar line up. Oh rambut panjang, baju boria. Patutlah ada rasa rock. Tapi still pelik penampilan yang agak 'zapin' membawak melodi feel rock balada. Lantak la. Aku nak rip satu lagu je.



Perkara menarik -
1. Menurut Alip, jurujual adalah orang yang sama dengan jurujual di Petronas Shah Alam.
2.Delima, adakah kami sedang menyokong industri rock DIY tanah air atau sedang menyokong satu produk persatuan kebajikan masyarakat atau sedang menggalakkan sendiket jual beli guna budak budak?
3. Aku search kat google tak jumpa plak info artis ni.
4. Ada kait mengait dengan Pertubuhan Raja Sakti. Aku tak ada fakta untuk ni.
5. Bullet dia macam laporan aktiviti persatuan diorang plak (gambar tengah)




ps - CD nanti aku pulang. Masih dalam makmal ujikaji

Saturday, February 6, 2010

Menyertai keramaian yang menyeronokkan hati

#2
Meriah juga suasana keramaian tersebut. Ramai yang datang. Pelik keramaian ini. Mencarik adat kebiasaan. Tapi mungkin juga ia adalah adat yang telah ditinggal-lupakan.

Di tepi kiri dan kanan bersusun gerai beramacam-macam. Biru melata. Jualannya bermacam macam dan berbeza. Tetapi semua gerai berpaksikan promosi perjalanan ekspedisi mencari Maharaja Simuraq. Paksinya pekat. Padanlah orang diluar sana berkata anih keramaian ini.

Walaumacamana pun, Elly si burung pipit seronok sahaja bermain main kehulu kehilir. Huz si burung tiong pula sedang gelak ketawa.

Friday, February 5, 2010

Wednesday, February 3, 2010

Perlarian

Setelah mereka penat kejar mengejar, mereka pun berehatlah di bawah sebuah pohon yang rendang. Cuaca panas memang meletihkan. Suasana redup di bawah pohon itu begitu asyik. Ditambah pula dengan tiupan angin sepoi bahasa dan lantai rumput hijau segar yang dibentang oleh 'orang' yang mengasihi mereka. Tapi malang benar mereka tidak tahu.

Mereka pun melabuhkan punggung mereka di atas rumput hijau itu serta menyandarkan tulang belakang mereka pada dahan pohon tersebut. Suasana tersebut benar benar merehatkan mereka. Sayup sahaja mata. Setelah berlari dengan penat, terasa berputus asa pula mereka.

Tiba tiba terdengarlah mereka satu suara tua menyapa mereka. Bunyinya ada. Tapi jasadnya tidak kelihatan pula. Hairan pun datang kepada mereka.

"Hai manusia! Mahukah kamu aku sampaikan kepada kamu satu kisah? Tentang Irukanji?"

"Itu dia" bisik Forest Gump sambil menuding kearah dahan pokok yang dihinggapi oleh seekor burung pipit tua dan buta.

"Kami mahu cerita lain. Bolehkah?" tanya Forest.

Tuesday, February 2, 2010

Ucapan sambutan hari christ jilid 2



what say you?

--------------------

("berusaha bersungguh sungguh" - pesan) DHMKS, UIA PJ 29122009

Monday, February 1, 2010

ekspedisi

#1
Sayup-sayup berita sampai dicuping telinga ada keramaian dihujung kampung. Pelik sangat kata kebanyakkan mereka keramaian itu. Entahlah. Elly si burung pipit tak berpengetahuan sangat tentang menilai keramaian. Kakandanya si merak sahaja yang pergi melihat setakat ini.

Jauh juga kampung itu. Sekali sekala dalam setahun ada juga kakandanya pulang menceritakan megah dan hebatnya keramaian itu. Teruja juga Elly si burung pipit mendengar riwayat yang disampaikan kakandanya itu.

Hinggalah satu ketika Elly si pipit sampai ajal jodohnya bertemu juga kaunter keramaian. Ditakdirkan dia tertukar lorong laluan kebiasaanya. Ketika itu Elly si pipit bertemu dengan Huz si tiong mengajak pergi keramaian tersebut. Cepat sahaja pelawaan itu diterima. Ketika itu mereka melewati bukit bangunan HEP.

Bermulalah satu perjalanan menyingkap tabir-tabir yang menyelubungi tempat injak kaki-kaki kumpulan ekspidisi menemui Maharaja Si Muraq di seberang laut pasifik (lain benua).

Satu penyaksian yang tak tercapai akal si pipit. Tak terukur dengan pandangan mata. Tak tersukat dengan penimbang. Seperti lautan tak bertepi. Gaung tak berdasar.

Elly senyum sahaja kerana tidak ada sedikit pun pengatahuan apa yang akan berlaku dalam laluannya nanti. Dia kekaunter.

"Selamat datang" kata penjaga kaunter.


***
Good luck bro for tonight event

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...