Friday, April 30, 2010

tunduk

Berkata Sang Kenari; “Aku adalah Imamul Asyikin, imamnya seluruh orang yang rindu dendam. Segala hati ingin mendengar nyanyianku. Maka bagaimanakah aku akan sanggup berpisah dengan kembang-kembang mekarku?".

Berkata Sang Kakaktua; “Ambillah ikhtibar daripada nasibku. Seluruh insan terpedaya oleh warna bulu SIMURAQ itu, lalu badan diriku telah mereka kurung. Maka penuhlah hidupku dengan kerinduan, rawan dan kesedihan hati. Pada hal terbang dibawah kipasan sayap SIMURAQ itu saja pun, aku tidak sanggup".

Berkata Sang Merak; “Dulu aku hidup bersama Nabi Adam a.s. di dalam syurga, tetapi akhirnya aku pun sama terusir dari sana. Keinginan aku ialah untuk pulang ke asal tempat diamku itu. Kerana itu tidaklah ada keinginan aku hendak mengembara mencari Maharaja SIMURAQ".

Berkata pula Sang Itik; “Aku telah biasa hidup di dalam kesucian dan biasa berenang di dalam air. Tiada lain yang aku rindukan lagi. Aku tidak sanggup keluar dari dalam air dan tidak biasa hidup di tempat yang kering".

Berkata pula Sang Rajawali; “Aku sudah biasa hidup di pergunungan. Di sanalah duduk-ku. Bagaimana aku akan sanggup meninggalkan sejauh itu".

Berkata pula Sang Jelatek; “Aku hanya seekor burung yang kecil dan lemah. Bagaimana akan sanggup makhluk sekecil aku mengembara sejauh itu?".

Akhir sekali berkatalah pula Sang Helang; "Saudara-saudara sudah tahu bagaimana kedudukan aku disisi raja-raja. Maka tidaklah sanggup aku meninggalkan tempat semulia itu".

***

Wabak taun semakin menular. Walaumacamanapun, perasaan bimbang dan takut meresap kedalam dada dan jiwa Elly si pipit kerana mereka yang dilanda wabak tersebut tiadalah punyai tanda yang jelas.

“Tiadalah berbau besi bagi yang merapati penjual minyak wangi.”

Antara mereka itu ada yang mencari buah tembikai yang duduknya di atas tanah tetapi mereka mendapati hanya buah berangan di atas pokok. Hairanlah dirinya si pipit yang kedapatan perkara itu.Seram. Jadi, si pipit hanya tinggal satu harapan sahaja...

Thursday, April 29, 2010

Monday, April 26, 2010

Tips

"Kau cucuk angin je. Pepandai la main angin. Peh, bangang gila lu ni."



***
Ok, yang ayat hujung tu saya tambah sendiri..

Saturday, April 24, 2010

Laksana...

Laksana... Laksana... Laksana...







hao nan han, hau nue hai.... wish you luck! caiyok...

hamba malam

Dua tiga empat lima enam hari ni tido lambat saje. Tiba-tiba macam tak biasa. Cilakak.

Hamba Malam adalah satu tajuk lagu oleh sebuah band rock tidak komersial tempatan. Bila aku layan lagu teringat Jenal dan Qasyira Noristiqa-nya. hehe..


Lingkaran malam merintih
Kabus menjalar kesejukan
Pada malam bermandikan bulan
Menghias kelam kegelapan
Membisik gelisah di hatiku
Menyelam kehidupan bernama semangat


Ada gerun bergelut resah gementar
Ada bisikan membelai perasaan
Hilang pertimbangan, hilang, hilanglah segalanya...
Hilang keyakinan, hilang, hilanglah segalanya...


Kucari diri sendiri
Terperangkap mengintai kelemahan
Sendirian mengintai kekederdilan
Antara keyakinan dan birahi...


Ruang gelap merenung tajam
Terpancar igauan mencengkam ngeri
Di dada malam bergelut gemuruh
Kilasan siang diburu malam...


Rebahnya sang melati malam
Berlagu enak gelora sepi
Dibasahi embun di bibir malam
Melewati awan di puncak bulan

interview Ghassan Massoud

The Syrian actor, Ghassan Massoud, played the famous Muslim leader, Salahuddin Al-Ayubi, in the film “Kingdom of Heaven.” Because the film is being shown around the world, Massoud has found himself well-known internationally.

....

Q: Is it true that the writer of the film is Jewish?
A: I’m not getting into that because the script is realistic and if the writer is Jewish, what he wrote is a script that is objective and fair concerning Salahuddin and Muslims. I did ask if the writer was Jewish and was told that he wasn’t; in any case, the film portrays Salahuddin as a man of dialogue and of peace. I felt that I had greater insight into his character than a Western actor would. I have read a number of Arabic texts which dealt with his personality and character. The bottom line is that if the film had presented the character unfavorably or inaccurately, I would not have accepted the part, no matter how tempting the offer. 

....

source

Friday, April 23, 2010

apakah..

"Satu keadaan yang rendah dan diberi nama tinggi oleh orang putih."

Tuesday, April 20, 2010

optimistikal

Setelah sekian lama burung pipit hidup, baru dia perasan di belakang badan Siew Meng berparut parut. Dia menunjukan kepada Che' parut parut itu.

"Ini bekas kena apa ni? Macam kena tikam je" kata Che' dengan gaya gelabah ayam. Memang macam tomato perangai. Siew Meng diam sahaja mencangkung di tepi longkang rumahnya menghisap rokok surya.

Kemudian, sambil cuba memandang belakang badannya, dia berkata "Lah, ada ke?". Pendek sahaja katanya. Kemudian dia terus menghadap ke hadapan dan menghabiskan sisa rokok ditangannya. Kalau tak sampai filter, namanya membazir. Ah, budak sekolah.

Dia terus senyap. Satu hari lamanya. Che' dah tak senang duduk. Nak saja dia bertindak. Nampak macam cilaka.

Jelasnya, tikaman itu bertubi tubi. Dalamnya lebih satu inci agaknya. Tapi semua maklumat itu, siapa pedulikan. Lagi lagi bila utara bertembung utara.

Kemudian, dengan begitu optimis dia berkata "Rilek la beb, bekam je tu".

Sunday, April 18, 2010

the journey of dendam kesumat orang minyak

[intro]

"Mari kita mulakan rancangan kita..."
"Baik encik.."

[riff]

"Tapi orang tua, dulu anak kau selalu menghalang pekerjaan ku menyebabkan aku tersiksa di dalam penjara...

Semasa aku didalam penjara aku telah bersumpah bukan saja akan menuntut dendam diatas Darsuki tetapi terhadap ayahnya dan isterinya yang dicintai...

Kata ku kotakan janji aku tunaikan.."

[riff]

"Lepas!!"
"Aaarrghhh....."

[riff]

"Kau ingin membalas dendam terhadap diriku tetapi, kau telah melakukan lebih kekejaman dengan mengaitkan ayahku yang telah uzur dan isteriku.."

[riff]

"Kau dapat tangkap aku lagi sekali ya Darsuki"

[release riff on Em]

**************

Filem ini mengisahkan Orang Minyak yang terlepas dari penjara dengan pertolongan Tok Gurunya. Bebasnya Orang Minyak ini membuatkan seluruh penduduk kampung berasa amat bimbang dan tidak selamat. Inspektor Dasuki dikerah menangkap Orang Minyak kerana sebelum ini dia berjaya menangkap makhluk spesis itu. Tetapi Orang Minyak kali ini bukan mudah untuk ditangkap kerana dia begitu licik.


source

Thursday, April 15, 2010

trendy

Trend budak sekarang memang suka bebeno shuffle. Lagi lagi bila gua suruh berdiri depan kelas suruh buat presentation. Senget sana. Senget sini. Macam gua masa dulu dulu. Receiveless.

But no worries. Dimana ada kemahuan, disitu ada highway.

Tuesday, April 13, 2010

mencari cari

Pada suatu hari bermasyhadatlah sekelian burung-burung di rimba membincangkan nasib dan keadaan mereka. Mereka merasa kecewa melihatkan kekacauan di masyarakat mergastua yang tidak mempunyai pemimpin. Walhal tiada suatu kaum pun yang di bawah langit yang teratur masyarakatnya kalau tidak mempunyai raja.

Maka dalam satu perhimpunan bersama rakyat, warga mergastua bermusyawarah tentang melantik ketua mereka. Akhirnya sekelian hadirin bersetuju memilih Sang Belatuk untuk menjadi imam mereka. Menurut sang-sang burung, Sang Belatuk dipilih kerana beliau mempunyai pengalaman yang paling luas di kalangan mereka. Ini kerana Sang Belatuk pernah berkhidmat dibawah kerajaan Nabi Sulaiman a.s. sebagai peninjau kerajaan Puteri Balqis; dan juga pernah bersama Nabi Nuh a.s. semasa ditugaskan untuk mencari daratan (kampong baru) selepas peristiwa banjir besar itu.

***

Si pipit benar benar bersemangat untuk bersama mengelola gotong royong membaiki turapan jalan raya yang sudah pecah pecah. Dengan sedikit pengalaman dan minat dalam bidang ‘jalan raya’, si pipit terus menerus membantu. Kalau ada cangkul, mencangkullah dia. Kalau ada air, membancuh airlah dia. Kalau ada mop, bermop lah dia. Kalau dahulu dia menurap dijalan yang salah. Kini dia amat lega, walaupun dia masih baru, tetapi kepak jiwanya seperti telah menjumpai sarangnya. Tidak perlu lagi dia melalui laluan pejuang pejuang manusiawi yang berliku liku itu.

Hingga pada suatu ketika, gerombolan new comers akan dipanggil untuk diberikan ujian bertulis. Maka dikumpulkan setiap yang ada dari yang ada. Bila dikira kira ada yang tidak hadir. Dengarnya begitu takut akan dia ujian tersebut.

Dengan bantuan dan sokongan rakan rakan mereka, mereka pun datanglah juga. Si pipit tiba tiba terpandang kepada seekor merpati yang kesedihan. Duduknya ditepi parit menunggu gilirannya untuk dipanggil. Si pipit pun menemaninya bersembang seketika mengembalikan semangat yang hilang.

Terdetik dari dalam dirinya setelah beberapa tahun daripada peristiwa itu. "emm... ada karan" bisik kalbunya perlahan.

Monday, April 12, 2010

apa cerit

Tiba tiba telinga kiri gua ada bunyi 'ngiingggg nggiinggg' sikit.

Mereka-mereka itu pun berkata, pengarang syair yang mulia itu berkhayal. Tiada nama disebut. Siapa pengarangnya. Apakah mereka-mereka berkelulusan dari arab itu kenal akan pengarang syair mulia tersebut?

Angin badan sedikit naik. Gua chek peluru gua. Kosong. Gua rilek. Gua silang tangan kat dada gua dan usha brader tu.

"Jadah! Nasib baik gua ada kelas" bisik hati nurani gua.


Pesanan khidmat masyarakat, nak hisap rokok kena ada mancis.





..memang terer virus ni. apple pun boleh kena.

Saturday, April 10, 2010

square root

"Benda ini aku sudah gantung sebelum awalkullam lagi. Patutlah" Siew Meng cuba mengingati sedikit asal usul kejadian yang lepas lepas. Inilah pendorong dia menggegar pagar tempohari. Bertindak seperti akumulator. Che' mengangguk lagi.

"Gambar yang hebat. Frame yang besar. Mungkin Subramaniam patut lihat bertapa besarnya frame ini." kata Che'.

"Tapi.." sambut Siew Meng tersangkut sedikit.

"Tapi apa lagi? Heish!" dengus Che'.

"Framenya terlalu besar untuk aku bawa keluar" jawab Siew.

"Jadi, bagaimana? Kau tak beritahu dia kah? Padanlah kau bertukar menjadi anjing kurap tempohari" balas Che' bersemangat sambil sempat membahan.

Siew Meng diam semeta. Kemudian menjadi lama. Terus menjadi terlalu lama. Sehingga berbulan bulan.

Setelah itu, barulah dia menyambung kalamnya. "Sub tak percaya kalau aku cakap. Siap tutup telinga".

Siew diam lagi. Agak lama sambil melihat gambar tersebut. Ditangannya dia menggenggam duit lima ringgit kuat kuat. "Dia tak ingin tahu hal ini Chek". Che' memandang telinga Siew Meng. Ada darah mengalir.

"Patutlah. Telinga kau tersumbat"

Monday, April 5, 2010

taxi

Suasana malam itu seperti biasa dihadapan Hotel Seri XXX (bukan nama sebenar). Panorama dihadapan kelab malam kontemporari di seberang jalan sememangnya menjengkelkan. Walaumacamanapun, sebagai pemandu teksi yang berkaliber, Abu (nama watak) sabar menanti penumpang untuk dihantar pulang.

Seorang manusia yang mabuk kelihatan menuju kearah teksinya. Abu agak bimbang juga kalau ada penumpang macam ini. Kalau tak dia pengsan dalam teksinya, isi perut bertaburan di seat teksinya. Leceh. Tapi mamat tu dah masuk. Abu turutkan sahaja.

"Kemana encik" tanya Abu bernada sengau. Hidungnya ditutup. Busuk amat bau mamat ni. "Buek!" tiba tiba mamat itu muntah. Abu mampu melihat sahaja kandungan isi perut mamat itu dibalik kelam malam didalam teksinya. "Hantar gua ke Hotel Seri XXX"

Abu dah tak boleh tahan. "Hotel itu seberang jalan je. Lu nak pegi, jalan kaki sudah la!" tengking Abu. Menyirap dia bila dipermainkan sebegitu rupa. Mamat tu buat bodoh. Abu meresap. "Turun sekarang!" tengkingnya lagi.

Mamat tadi terus keluar. Sebelum pergi, dia singgah di tingkap pintu hadapan teksi tersebut. Dia keluarkan duit kertas RM50 dan campak ke atas riba Abu.

"Thanks bro. Lain kali jangan bawak laju sangat, okey. Bahaya." nasihat mamat mabuk tu dan terus berlalu dari situ.








credit En Hamid Selamat

Sunday, April 4, 2010

bersyair

#6
Seketika kemudian, ranting tempat injak si pipit pun patahlah. Jatuh tersembam ia ke bumi. Tiadalah ia larat untuk terbang kerana kepaknya sudah krem.

Si pipit terasa sangat bingung. Kerana tongkatnya pun perlahan lahan ghaib saat dan ketika itu. Maka sedih menyelubungi seketika kerana kehilangan tongkat yang sekian lama membantu menapung bebanannya.

Tiba tiba bergemalah telinganya terdengar kalam serentak terpancar cahaya putih kekuningan megah disegenap ruang. Katanya "Berusaha bersungguh sungguh. Jangan putus asa!" Itulah suara benar lagi mursyid.

Kemudiannya merangkaklah ia sambil menyanyikan syair syair penghibur jiwa seperti yang dinyanyikan oleh gergasi merah yang telah mengambil melodi itu dari kutub utara. Bernyanyilah juga si pipit mengikut rentak gergasi merah.

Kemudian, dia berpantun pantun pula..

Manakan ranting menjadi kecewanya.
Rapuh patah terjatuh pula.
Janganlah sedih kerana jatuhnya.
Pangkal sudah berada di depan mata.

Katanya alah bisa tegal biasa.
Sekali angin bertiup tergamam pula.
Diam setempat kadang menjadi bisa.
Demikian bumi berputar pada paksinya.

Saturday, April 3, 2010

tak sangka, ping IP reply! : Alice In Wonderland

Siew Meng pun memandu kereta perisai yang mempunyai tayar berbentuk biskut jem kacang ke JPN di Putrajaya. Segala borang telah diisi untuk menukar namanya. Peristiwa di pusat tahanan pesakit tempohari betul betul memberi ilham.

Selepas itu dia pun pulang ke rumah. Apabila dia membuka sahaja pintu rumahnya, dia dapati satu gambar besar tergantung di ruang tamu rumahnya. Lukisan kanvas menggunakan medium arkilik yang seluruhnya menyentuh hal kelembutan dan kekerasan. Kecintaan dan kebencian. Juga kemuliaan dan kehinaan. Gambar tentang cinta. Pelukisnya tidak meninggalkan tanda nama dirinya. Tapi, lukisan indah ini pasti ada pelukisnya. Betul betul indah. Jika tidak, masakan dia meletakkan gambar itu di ruang yang dikosongkan ini. Dinding yang berbentuk square itu hanya gambar itu sahaja diletakkan.

"Ini gambar budak yang membaling snowcap maroonya tempohari. Yang pertama sekali keluar lepas aku jawab soalan nurse hari tu" bisik Siew Meng kepada Che' yang berada dibahunya. Che' hanya senyap dan mengangguk sedikit. "Besaqnyaaa..." sahutnya.

"Ya, besa punye!"

Friday, April 2, 2010

hari ini : tyto alba melihat pada jarak 238,857 batu

Rindu bulan mengelilingi bumi. Menyinari alam dimalam hari. 

Akhirnya ada can juga. Namun begitu, bulan jatuh keriba adalah mustahil. Kecuali kalau bulan itu dimodelkan pada saiz yang kecil seperti bola. Tapi apa yang menariknya jika bulan jatuh keriba? Rata rata generasi sekarang melihat bulan sebagai satu objek gergasi di angkasa yang mempunyai permukaan berkawah dan bersaiz besar. Bulan jatuh keriba mungkin diertikan kepada 'kehancuran' kerana grafiti antara bumi dan bulan sudah hilang lalu bulan pun melanggar bumi. Dengan saiz bulan yang besar itu, dah tentu ianya jatuh ke atas beratus juta 'riba' manusia. Mungkin lebih tepat di tulis dengan 'bulan jatuh di atas kepala'. Ciss.. generasi saintifik. Hantu kubur betul.

...

Tak rotan, akar pun jadi. Tak senyum, rupa pun okey. Tak begitu, begini pun layan. Sekiranya bulan terang, mungkin perjumpaan ini perlu kepada yang lebih hakiki daripada yang majazi. Walaupun perkara perkara itu sudah disusun siap siap, bukanlah bermakna tidak perlu menyusun terlebih dahulu. Lagi pula langit dewasa kini berawan mendung. Takkan nak pergi naik motor. Mungkin doanya makbul.

Akhirnya, susunan itu end-up dengan surat rasmi dari kerajaan..


"Apa yang kau tahu?" kata Allayarham Asri Ibrahim.

Thursday, April 1, 2010

berusaha

#5

Setelah berhempas pulas si pipit terbang melawan arus angin, tiadalah ia berganjak dari tempatnya melainkan satu hun sahaja. Melihat perkembangan itu maka mengeluhlah si pipit. "Tiadalah aku beranjak sedikit pun? Apa ni!?" katanya. Angin berderu deru meniup pada kadar yang semakin kuat. Berat sayap si pipit mengibas. Lenguh. Berair mata dek angin semakin kencang. "Aku putus asa" kata hatinya. Lalu dia pun hinggap disatu ranting yang rapuh.

Keadaannya kurang setabil. Bergoyang goyang. Silap landing nampaknya.

Tiba tiba datang jelmaan gergasi merah. Gagah sahaja dia melangkah. Angin berderu deru pun tidak diendah. Walaupun badannya tidak aero dinamik memotong angin seperti burung burung kebanyakkan. Tapi tetap gagah berdiri. 10 tahun lamanya.

Maka berceritalah si gergasi merah sambil menatap mata si pipit yang menyembunyikan melankolik yang remeh.

"Apakah kau masih ingat kisah Syekh Abu Yazid seperti yang diceritakan oleh sang belatuk? Bila dia melihat indah malam disebalik kisah yang menggerunkan" kata gergasi merah itu.

Terkedu si pipit seketika. Air matanya bergenang.


*** 
korang ni.. sambut april fool ke? hins

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...