Sunday, May 30, 2010

senyap dan sunyi

Telinga Elly tidak berdesing. Tapi dia merasakan sesuatu. Tiada bunyi malam itu. Hatta seekor cengkerik pun. Diam. Senyap.

Sunyi itu datang kepadanya dan berdamping kepadanya. Saat ketika itulah 2 makhluk berjubah hijau gelap datang menghampiri. Baunya busuk. Mungkin kali ini elly terpaksa menggunakan penumbuk jantannya yang pertama tama kali julung dia dia akan guna. Tapi macamana? Lalu Elly gelabah mencari buku manual dalam kotak yang dia simpan.

Dia menepuk dahinya. "Argh, kejadah apa?".

Saturday, May 29, 2010

selamat menghadapi minggu peperiksaan

“Eh, kenapa pula kamu menekan-nekan buku kamu tu?”

“Cikgu kata, bab ini kena beri penekanan!”








credit - john

Tuesday, May 25, 2010

Sirap Limau

Ntah kenapa, malam tu deria gua tak berapa ong. Dalam keadaan berpeluh-peluh tu, gua break jap. Gua menuju ke tong air berwarna merah.

Tanpa melihat dengan teliti, gua layan satu cawan. Dengan tangan kiri di pinggang, mata melihat suasana dewan, mulut gua mencecah bibir cawan perlahan-lahan. Emm... macam rasa peluh. owgh.. Gua tengok belakang. Sirap limau.

Gua teguk satu lagi. Betul la, sirap limau... ish..

Thursday, May 20, 2010

biggest looser

sebulan lepas, jumpa nujaid. dia kata aku makin kurus. peh..

ok. mana hilang lemak-lemak aku... ?

Wednesday, May 19, 2010

shocking

Tiba tiba si pipit ternampak tongkatnya yang pernah didakwa hampir hilang dalam laporannya beberapa ketika yang lalu. Mungkin ia terpelanting saat ketika terjatuh tadi. Oleh sebab kuasa 'force' si pipit sudah kurang menyengat, tongkatnya tidak dapat kembali dalam genggamannya seperti yang ditunjuk oleh Pakcik Yoda Hijau tempohari. Nampaknya si pipit perlu mengecas power. Lalu si pipit pun meninjau ninjau mencari soket plug kalau kalau ada.

Oleh kerana si pipit duduk di hotel, dia tak punya masalah untuk keluar melaksanakan tugasnya. Tiada masalah dengan pak guard untuk keluar dan masuk. Tetapi, setelah mengalami wabak, si pipit pun diarah pulang ke pangkalan.

Ketika berada di pangkalan, mahu atau tidak, sistem birokrasi perlu dilalui. Benar tak sama dengan syarikat swasta yang diterajui Tok Mewah si Kijang Bukit.

Monday, May 17, 2010

ibu mengandung

Secara saintifik. Maklumat yang gua dapat hari ini (ketika artikel ditulis) menerangkan beberapa keadaan misteri yang gua tak dapat jawapan dari dulu. Setidak tidaknya menerangkan sesuatu. A part..

Tak sia sia gua pegi amik MC hari ni. Peh...

Credit for KK Serkat, Restoran Alif Tambak, En Google..





Diskoberi Chanel. Kuestion Ebriting.


...

Saturday, May 15, 2010

Wednesday, May 12, 2010

Window 7

Laju dia jangan cakap. Tambah pulak RAM 3gb. Peh.. Silap silap kena speed-trap. Tapi takleh celen Mr Lai laa.. dengan i3+RAM 4gb. Tu dia punya roadtax kena macam enjin 2.0 la kot.

Tapi apa hal banyak pulak software 'mesti' aku sangkut. Cis.. Sekarang ni amacam?

out of box

B#

Tapi Elly tak nampak yang gergasi gergasi lain tahu akan perkara itu. Malah, mereka pernah berjalan di atas bara. Kemudian mata Elly mengecil.

Baru dia perasan bahawa cawan yang dipegangnya menjadi kecil. Melimpah limpah air keluar.

"Habiskan ya.." pesan Tuan Tanah. Elly sengih sahaja macam kerang busuk. Dia pun minum perlahan lahan.




"Appalah kita ni.." hatinya berbisik.

Tuesday, May 11, 2010

frequent reason 1

"Apa barang belajar silat. Orang sekarang pakai pistolah!"

1. Tak semua orang bawak pistol.

2. Peluru pistol berapa sangat.

3. Peluru akan habis jugak akhirnya.

4. Lepas tu yang menyerang mesti guna tangan jugak.

5. Sedangkan askar yang ada bukan takat pistol, meriam, kete kebal, jet tu pun belajar TTS. Kau gila ape tak belajar!

6. Ko ingat polis yang ada pistol tu keje jaga ko sorang? Jadah.

7. Eh, kau ni banyak cite pulak.



Belajar Silat kawan kawan?

Sunday, May 9, 2010

festival wajadiri

aku harap, setelah berhempas pulas team aku trainning cara cara nak naik pentas ambik hadiah pingat emas dengan penuh beradat akan membuahkan hasil..









...



ok, itu ayat jenaka berkias. heh.. apa apa pun, semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Friday, May 7, 2010

costa cake house 555

nama band ni memang pelik. tapi masa aku beli tu brader kat kaunter tu cakap kalau minat sound sound yang berat, band ni memang menepati cita rasa. erm.. teringat ada satu masa tu aku memang minat sound yang berat. dua tiga tan tak terangkat punya. tak macam sekarang. tak berapa larat. ahaks..

tapi jaman sekarang ni, mana nak cari pemain keset. suma main cd je. tak pun mp3. paling canggih aku tengok kete myvi sorang budak puchong. boleh bluetooth dengan mp3 henset. canggih. aku punya walkman yang ada speaker kecik tu pun aku lupa letak mana. rasanya dalam kete proton izhar.

nak jadi cite, ada satu time tu aku nak pegi pekeliling. pinjam kete kancil member aku. kete member aku ni ada story sikit dengan aku kat pahang sikit masa dulu. ade ke aku bawak kete ni tak turun hand brake. cool je aku bawak kat depan kolej pempuan. haha. tapi tu dulu. masa tak ada lesen. sekarang aku dah ada lesen.. heh..

aku tengok mulut pemain keset dia macam boleh guna. memandangkan aku tak ada keset lain masa tu. aku kasi try costa cake house 555. on the way tu terlelap lelap jugak aku. bukan apa, cuaca panas. lepas sampai pekeliling, amik sorang budak ni, dia pun kasi review pasal sound keset ni sambil muncung muncung mulut. "ntah hape hape la lagu dia dengar nih". aku diam.

aku cuba ingat kot kot dalam kotak keset aku ada lagi keset album sri balas mak aku punya. tapi aku syak keset tu pun dah kena dub lagu lain.


.

Thursday, May 6, 2010

kill 'em all

ok. entri ni in real time. bukan schedule. best gak kena standby ni. tapi tak best gak bila tak kena releaf. cis.

playlist hari ni gua nak layan old metallica. layan satu satu. macam balik zaman sekolah menengah. sambil nak tunggu download gambar gambar size beso nih. sambil format lappy. sambil standby. sambil sambil InDesign. sambil sambil photoshop. sambil rindu ridnu.. ewah.. kengkadang ok juga kata tak bersahut nih. dengar metallica rasa merdu je.

makan luar

"Kemudian bertanyalah seekor dari burung-burung itu; "Dengan cara apakah dan jalan manakah akan kita sampai ke tempat yang jauh dan sulit itu? Dengan alat perkakas apakah kita akan sampai ke sana menghadap maharaja yang maha agong itu?".

Maka tercetuslah berbagai lagi pertanyaan.

Berkata Sang Belatuk; "Apakah ertinya segala pertanyaan ini? Apakah ertinya kelemahan semangat ini? Mengapa mundur melangkah untuk mengatasi kesulitan? Bersiap-siaplah dengan alat bekalan iaitu hikmah yang tinggi, azam yang kuat dan tabah hati."

***

Si pipit pun memandang mandang kiri dan kanan melihat lihat sekiranya ada lubang lubang untuk di isi. Melihat akan keadaan semasa dan kesedaran atas dirinya, si pipit bermeditasi supaya dirinya berubah menjadi sedikit orang yang opurtunis. Kumpulan MLM kebelakangan ini begitu hampir dengan dirinya dan seakan akan manarik lengan bajunya untuk turut serta.

Begitu juga 'sarkas' seperti yang dieja oleh Sudin. Juga 'Bintang Profasional' dan beberapa tuntutan fana yang perlu diselesaikan. Semoga kepalanya tidak terpaling senget. Bersyukur amat sekiranya kertas kerjanya di terima dengan melalui beberapa orang kenamaan. Tak cukup makan.

Tiba tiba kepalanya keluar satu mentol bulb dan bercahaya pula.

Elly si pipit tersenyum sendirian. “Oppurtunist”. Senyumannya menjadi sangat sinis. “Huh!” desisnya.

Tuesday, May 4, 2010

kekangan

A#

Terherot herot muka Elly kerana menahan sakit ditapak kakinya saat dia melalui jalan yang ada batu batu tu. Macam jalan yang urut tapak kaki tu. Tapi ni di tempat laluan biasa. Dari sakit batu batu kecil, hingga tersadung batu yang agak besar. Herot herot mukanya menahan sakit. Kononya di dunia ini dia sorang la yang merasainya.

Bila dah sampai satu tahap, dia rasa dah tak boleh blah. Dia naik atas bukit. Dia memandang laluan dibelakangnya. Lalu dia jerit "Fuck off la woi!"

Batu batu yang ada disitu berpandangan sama mereka. "Hek eleh mamat ni. Apa hal" ~






bersambung...

Monday, May 3, 2010

kebakaran belukar

Awak, semalam kan, tempat kite kan, kat tepi umah kite kan, yang sebelah belakang parking JJ tu kan, yang belakang sikit ada cik mail bela lembu tu kan, masa tengah hari semalam tu kan, tebakooo...... iyee..... jerebu tempat kite wak.... Bunyi dia tebako macam bunyi kentang goreng dari jauh. Dekat dekat macam belukar terbakar pulak. Pasal dah nampak. Sikit lagi nak sambo rumah saya. Bomba lambat sikit datang. Saya simbah ngan air satu gayung.. Pastu baru bomba datang.. fuh... Nasib baik bil air tak naik.







Apa cita dabel trabel ngn festival besi?


I Feel A Rat Race

-------------
ada nampak lain macam? inilah akibat bermain dengan coding. argh!

Sunday, May 2, 2010

bag packing

Istilah ni gua jakun sikit. Pasal tak pernah guna. Kali ni gua bukan takat guna, gua amal terus. Pengalaman ni nanti la gua catat sikit-sikit. Pasal banyak jugak benda baru berlaku. mmppeh..

Ok, aku tak tapau awan la... 

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...