Saturday, July 31, 2010

accent

Growling memang trademark dalam musik metal. Gua beranggapan bahawa suara begitu hanyalah bertujuan untuk menampilkan mood ganas dalam penghayatan musik aliran metal. Tetapi tidak menjelaskan mengapa lagu yang dinyanyikan oleh Louis Armstrong juga berbentuk serak-serak basah. Dia bukan mat metal.

Above all, suddenly ada yang menyatakan teori giniusnya disini. Metal growl kerana accent.

Dalam industri musik juga mempunyai isu accent. Ingat bagaimana lagu Hari Ini dan Semalam dinyanyikan oleh Jalil Hamid dalam versi Jawa? Adakah maksudnya berlainan dengan lagu asal? Ok, itu mungkin hal bahasa.

Soal accent sememangnya satu isu yang realiti dan kemasalahan dalamnya juga real bila ia diteliti. Namun begitu dalam unsur-unsur abstrak, ketetapan dan protokol jarang sekali kita dengar terutama dalam karya-karya hebat. Dengan kata lain, gua anggap ia tak tersabit untuk menjadi kayu ukur.


Akhirnya tuntutan accent dalam menghasilkan karya menjadi rukun kerana bimbang tidak diterima oleh masyarakat umum. Ketika itu karya menjadi tiada makna kerna dibuat untuk industri dan cari duit. Bimbang tidak diterima orang lain, menjadikan artis menjadi hipokrit supaya nampak gerek dan lebih wow bagi tujuan meramaikan peminat. Kuantiti bukan kualiti.

Isu accent jika diperdebat hanyalah mengundang bencana dan menimbulkan masalah kecil yang tidak akan selesai malah membentuk sikap prejudis sekiranya hal accent menjadi pertikaian. Biasanya pengkritik berlatar belakang akademik akan mengkritik hasil karya dengan mengambil kira masalah accent. Biasalah, yang pandai mesti nak tunjuk pandai punya.

Its like... "Ala, dah lidah gua jawa, takkan gua nak tukar lidah gua menjadi lebih kelihatan macam mat english. Poser sial. Gua tau la apa gua buat. Lu tau apa?".


Friday, July 30, 2010

Pink Octopus is nothing to do with Paul

Gambar di atas menunjukkan seekor keldai dengan bermantel amerika memijak bendera negara israel. Gua amik dari sokaba. Nice pulak rasanya. Ni kes tentera israel serang kapal tuhari.

Gua nak edit malas, so guna imagination je la. cuma gantikan bendera israel itu kepada 'kepala sotong yang rajin'.. Gua tak tau berapa rajinnya dia. Tapi gua hairan juga hal dia tu.

Takpelah, tukar. Keldai tu tukar sotong. Mungkin ada yang sedang menunggang sotong tersebut. Itu pasti sebagai motivasi ia menjadi rajin. Siapa yang tunggang?



Wednesday, July 28, 2010

the unnamed feeling - metallica

...slide.

Album st. Anger mungkin mematahkan hati dan perasaan mat-mat old thrasher yang hidup dari zaman album Metallica yang pertama hingga ke 4. Setelah melalui proses perubahan ketika album ke 5 dan lanjutan kepada Load dan Re-Load yang menjegkelkan peminat awal Metallica yang mempunyai mood old thrash, namun perubahan ini juga menambahkan lagi jajahan dan takluk sound Metallica kepada halwa pendengar seantaro dunia. Dari arus non-mainstream kepada mat metal mainstream dan seterusnya pendengar radio.

Gua dengan Izhar (aka Black) meletakkan Metallica sebagai band yang hebat. Walaupun album ke 5, 6 dan 7 kurang menyengat, tetapi acceptible. Lepas Jason keluar, perubahan yang berlaku susah juga gua dengan Izhar nak terima. Argh.. st. Anger? Gitar tak pegi. Mana solo-solo Kirk? Demit. Apahal dengan basis baru macam beruk tu?

Tapi, lepas beberapa ketika, gua dengan Izhar rasa sound dia sedap juga.. Sekarang Metallica sudah melangkau kepada Death Megnatic. Dan mereka mempunyai panji mereka sendiri dalam perjuangan scene metal.

Tapi gua pedulik hapa dengan depa.




Tuesday, July 27, 2010

sounds of the sea

Sebagai penduduk yang dekat dengan laut, harus juga gua reti memancing walaupun tak cekap berenang. Itu hari ada jugak study sikit dengan Naki masa kat Ipoh. Lepas penat, gua malas nak blajar. Hal joran, gua memancing last time masa area 1998-2000. Beli joran jenis pakai buang. Beli kat sempang. Dapat la jugak sebaldi ikan duri. Ada feel jugak.

Target gua bulan lepas nak angkat akustik fiber kat kedai Yoli. Lawa headstok dia. Macam fender sket. Faris cadang nak bawak gua cari kat kedai musik area Taman U. Gua seluk-seluk poket. Dalam kepala, ada juga bayangan joran jenis DIY guna buluh dengan tak ada mesin.. alahai..

Monday, July 26, 2010

wujud

"Keadaan kehidupan itu untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah satu manifestasi."


In Science

Wednesday, July 21, 2010

penentuan perjalanan labu

tak banyak yang aku tau pasal labu. cuma bulunya sahaja berwarna kelabu. setelah mendapat briefing jenis pergerakkan dan kategori kenderaan serta jangkaan suasana perjalanan, aku tak dapat pastikan nasib si labu macamana. mungkin driver bas tak perkenan.. oh..

tapi nekad aku sama. abe din cakap, pedulikkan apa orang kata. haha.. tapi siapa pula aku hendak menjadi paul the octopus.

kepada tuan labu, aku masih sedang membuat 'matematik' nih. [ciri-cirinya cukup.] tapi siapa aku hendak memilih. huhu.. err.. boleh ke?

Saturday, July 17, 2010

entri islamik

Sebenarnya ana cuba mengelak dari berbicara tentang topik ini. Cuma bila ana sudah duduk 'diluar' dan melihat 'ribut' semakin kencang, 'racun-racun bisa' semakin menular, bila terbaca entri ini, ana ter-rifleksi sedikit.

"Diorang makan nasik tak ada lauk. Kita makan tukar-tukar la lauk. Baru sedap!"



Friday, July 16, 2010

hal hal minyak petrol




--- On Fri, 16/7/10, SHELL PETROLEUM OIL AWARD UK


From: SHELL PETROLEUM OIL AWARD UK
Subject: SHELL AWARD WINNER!!!
To:
Received: Friday, 16 July, 2010, 1:32 PM








Shell Petroleum


BATCH REF: SHHK/008/YY


You have been selected in the on-going Shell Petroleum award held this
July 2010. We the promo board are pleased to inform you that, you
alongside four(4) other luckywinners have been approved for a payment of
$5.5Million Dollars in cash. 2010 International E-mail Draw which is
Organized by Shell Petroleum Development Company Uk.


Shell Petroleum collects all the email addresses of the people that are
active online, among the millions that subscribed to Yahoo, Aol,
Walla,Gmail, Russian Mail,Hotmail and few from other e-mail providers.
five people are selected yearly to benefit from this promotion and you are
one of the Selected Winners this year by this great Oil company.


PAYMENT OF PRIZE AND CLAIM
Winners shall be paid in accordance with his/her Settlement Center. Shell
Award must be claimed not later than final claim day from date of Draw
Notification. Any Prize not claimed
within this period will be forfeited.You have therefore been approved for
the payment of the sum of $5.5Million Dollars in cash which is the winning
present /amount for each winner.
CONGRATULATIONS!




Stated below is your identification number:
REFERENCE NUMBER: SPDC-081511
Please be informed that your CHEQUE of the sum of $5.5Million Dollars in
cash is now with the paying center.Contact your CLAIMS PROCESSING OFFICER
agent  (SHELL PETROLEUM DEVELOPMENT COMPANY AGENT)
(CLAIM AGENT)
Mr Richard Martins
E-Mail:shelloil2010@windowslive.com






He shall immediately commence the process that will facilitate the release
of your fund to you.
Fill the below form and send to your agent
1. Full name..........................
2. Address ...............
3. Country of origin.......................
4. Occupation...........................
5. AGE...........................
6.Sex..........................
7. Phone number.......................
8 . Cell phone number.............
9. Email Address..........................


Congratulations!! once again.


SHELL PETROLEUM DEVELOPMENT COMPANY (SPDC......WE ARE TRULY THE OIL GIANT IN
THE WHOLE WORLD!!!! wrote:


***
ok, email kat atas tak ada maklumat dan ilmu pengatahuan langsung. sekadar junk email yang aku copy paste kasi entri ni nampak panjang sikit. email dari shell. koya bebeno. fizi tak de keje ke.. haa~

bila pulak nak dapat email dari company petrolium lain.. Esso ke, petronas ke, bhp ke....

mungkin aku kena mula menjiwai sikit-sikit hal hal basikal.. kot? tengoklah nanti..




T_T

Tuesday, July 13, 2010

warna

"ok cikgu, ni ada soalan.

warna biru + kuning = hijau
warna biru + merah = unggu

kalau warna hitam + biru + kuning + hijau + merah + unggu jadi warna apa?"


"ala, warna hitam le.."

Monday, July 12, 2010

usaha keras




cilakak. gua berusaha keras nak baca tulisan kecik gini. pengajaran untuk mendesign tulisan pada masa akan datang.

anyhow, mungkin fifa kena bincang balik perlembagaan mereka tentang kedudukan paul. orang eropah mungkin sedang beriman kepada paul. agaknya nostradamus punya reincarnation kot.

Sunday, July 11, 2010

saya jutawan


email dari "Goodluck Joshua"


Good day/Asalamalykum,
My Name is Mr. Goodluck Joshua, I am writing from Burkina Faso, West Africa. I am a staff of one of the biggest bank here.
I want to transfer $18.3(Eighteen Million Three Hundred Thousand Dollars) that has been abandoned for 13 years in our branch to your account abroad. The account owner is dead with his next of kin since August, 1997. Get back to me for details, if you are interested to receive the money.
Kind regards.
Mr.Goodluck Joshua.



****
Apa gua nak buat banyak-banyak nih..



email macam fa*in*. wak luu....

finale

"akhirnya seperti yang dia hajatkan. doa orang orang yang sabar akhirnya Dia terima jua. yang pahit itu biarkan manis, supaya kita redha dengan ketentuanNya. dan dia tetap dalam suatu tempat yang indah-indah untuk dilihat kembali nanti. dan silaturrahim ini moga diberkat ar Rahim"

* * *

Dan Elly si pipit duduk di dalam sampan yang berkolek di tengah lautan. Keadaannya mudah kekiri dan kekanan. Kalau tidak biasa mabuk laut mutah hijau. Saat dia ingin muntah itulah di terpandang mukanya dibiasi jernih air lautan. Itulah mukanya. Sebahagian badannya terlihat jua akhirnya.

Barulah si pipit nampak mengapa dia perlu berpaut kuat kuat pada tali kapal yang berlayar itu. Dan dia hanya perlu menjaga sampannya agar tidak tergolek...

Saturday, July 10, 2010

Friday, July 9, 2010

hari sukan : sharinggan

Akhirnya, akibat dari beberapa asakkan yang tak sepatutnya yang telah dibuat oleh ketumbukkan pasukan kuda laut, pasukan kopi tarik telah mengupah beberapa lelaki berumur 27 tahun dan beberapa kawan kawan lain untuk menjadi decoy dan juga sebagai bodyguard bodyguardnya supaya membawa lebih tuah kepada ketumbukkannya pula.Tak disangka sangka pihak pasukan kopi tarik mempunyai kaedah risikkan yang agak moden.

Satu tektik ulang tayang yang pernah dikeji pasukan kopi tarik. Tapi dinafi bulat bulat. Mungkin genjatan senjata di sempadan mereka telah dicabuli diam diam.


Keputusannya, pasukan bawang kuning telah menang juara keseluruhan. Tahniah!






Walaubagaimana pun, ini bukan akhirnya. Kisah mungkin bersambung dalam medium lain. Tidak lagi dalam majazi.

Thursday, July 8, 2010

Nasi Dagang

Entah apa hal gua sangat rasa best bila mengenang diet/pemakanan gua iaitu Nasi Dagang pada tanggal 22 Jun 2010 bersama Encik Shahir Samid di Seksyen... err yang dekat dekat dengan Giant Seksyen 13 tu..

Mungkin sebab gua masa tu lapar. Atau se-meme-nya Nasi Dagang itu best. Tapi gua rasa Nasi Dagang tu meme best. Satu hari gua rasa kenyang. Mungkin kerana gua makan bersama orang 'besar' kot. Ini malam gua varify.

Wednesday, July 7, 2010

perihal kekeciwaan

Baca surat khabar dan beberapa respon rakyat sebelum itu.

Biasalah. Entri isu semasa yang lampi. Takpe la bro, wa tarak hal. Dah game tu yahudi yang 'control'. Nak buat macam mana. Kurang-kurang pun bro sudah ada pengalaman kat sana. Selamat pergi dan selamat sampai pun dah kira orite. Ini la pejuangan bola (rujuk Ahmad Al Amin)..

Ada sesiapa dapat cerita yang 'off record'?

Tuesday, July 6, 2010

nate' beruk khinzir

semalam gua langgar babi hutan. berdenyut jugak otak gua bila tengok bumper kereta dengan side body atas tayar kereta gua.. heish..

nak samak la plak.

fahimna

"Kau jangan perasan sudahlah" kata brother negeri kancil itu. Itulah, sekurang kurangnya walaupun sangat berat kata kata yang disampaikan oleh brother negeri kancil sebelum kata kata nasihat itu, tetap ia di galas. Mungkin kaedahnya salah. Maka silaplah ia.

Oh, bukan. bukan. Itulah motivasi untuk dirinya yang dia peroleh dari pemimpinnya kerana pemimpinya itu amat tahu akan beban dirinya itu.

Lalu brother negeri kancil itu menunjukkan kaedah sebenar menggalasnya. Barulah datang upaya berderu deru. Walaupun si pipit itu terlalu mudah tumbang kerna gelap mata setidak tidaknya brother negeri kancil itu menunjukkan jalannya secara hakiki. Mungkin ada hikmah disebalik kegeringannya itu. Tapi bukan sebagai alasan. Cuma yang di bawah, di bawah jua lah duduknya.

Monday, July 5, 2010

Rat Race of Sains dan Teknologi

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.


Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.


Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.


Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.


(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)


Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?


Tukang gali : Tidak ada apa-apa


Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?


Tukang gali : Takde Dato’..


Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!



....


Macam siut jugak lawak ni. Aku dapat dari email.

Saturday, July 3, 2010

to the pac.. to the pac..

lets go.. we'll see.. and i will see.. is it mine or it isnt.. and we'll see.. i will see.. if yes let it be.. if not let it be.. oh.. its just a thought.. i just thought.. if not now it will then.. do the thing.. and do the thing.. the love been in the air..






~terer gak gua cakap omputih ye..

Friday, July 2, 2010

special tribute

hari ni cikgu-cikgu tak payah masuk kelas kecuali cikgu kelas. yey! dengan cepatnya aku cari signal DLink, dan online sebeberapa segera. untuk pos entri ni. tidak seperti biasa bila masa free saje aku men schedule kan entri. contohnya entri 1 oktober aku dah siapkan bulan lepas. ntah hapa hapa.

ok, semalam berlaku dua peristiwa. best dengan tak best...

Thursday, July 1, 2010

ta wa ba

Setelah si pipit kembali, tiadalah lagi kisah kisah yang di dengari dari mulut mulut rakyat kerana selesainya kisah itu sesudah fananya (kononnya?) melainkan pandangan mata yang syak dan wasangka kerna provokasi dari kebusukkan darah yang mengalir (ia). Maka semuanya itu dikembalikan ke hadrat Nya.

Si pipit tahu, jika tidak dibukakan pintu itu tiadalah dia dapat bertemu empat mata perkadaran yang telah sampai yang dari dahulu lagi menunggu setia di balik pintu yang berkunci itu. Tiadalah dia berkasar untuk menerjah masuk walaupun dia mampu melakukannya. Sekiranya ia terjadi, mungkin akah hilang kewarasan. Tetapi ia tiada berlaku melainkan kerana atas kehendak Nya. Dan tidak berlaku kerna izin Nya.

Si pipit wajiblah keatasnya berterima kasih banyak banyak..

Kembalilah semua ke tempatnya sendiri. 

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...