Sunday, April 24, 2011

make the cooking very trendy

Kadang-kadang ada time dapat layan masterchief. Macam-macam versi ya.

Ni apa cerita ni?

Wednesday, April 20, 2011

rasukkan ablasa

Kes histeria-meria di sekolah aku lately menjadi jadi. Semua jadi kelam kabut. Kalau kena time kokurikulum, memang cantik. Semua boleh balik.

Agak aku, bila masuk time tengahari, panas terik dia lain macam. Mungkin itu bukan rasukan. Mungkin pasal cuaca. Tapi hari ni tengahari hujan. Sedap cuacanya. Pun jadi juga. Ntah la.

Nak panggil team 'ghost buster', sorang kat singapore, sorang tengah exam, sorang lagi tak dapat call. Ngam la tu.

Lepas dapat lesen, ini peluang boleh la ke kantin. Makan dengan tenang. Banyak lagi mission nak kena satle.

Upin Ipin & Boboi Boy

Aku dah deym punya ngantuk. Tak memasal nak kena melayan Marissa nengok Boboi Boy la pulak. Ada unsur-unsur fight. Kesan keganasan Ultraman meletihkan aku. Tak memasal Abdul Malik baling bakul baju kena kepala aku. Sakit beb. Sekarang ni Abdul Malik tengah follow Bob the Builder. Ok la sikit dari layan Ultraman. Upin Ipin masih lagi jadi playlist budak dua orang ni.

Macam kes melayan Abdul Malik tengok Upin Ipin dulu, last-last aku yang dok melayan. Syok jugak cerita Boboi Boy nih. Berjaya menterujakan aku. Spirit menaik bila tengok 4 budak tu keluar power dia masa episod awal. Gua makin jadi budak budak agaknya. Haha.. Bahaya.. Bahaya..

Saturday, April 16, 2011

teka teki ultimate

Saya suka pedas, tetapi tak tahu apa itu lada.
Saya suka manis, tetapi tak tahu apa itu madu.
Saya suka masam, tapi tak tahu apa itu limau.
Saya suka pahit, tapi tak tahu apa itu tunjuk langit.

Siapa saya?

Monday, April 11, 2011

The Warloard

"Opera itu menceritakan tentang awak bertiga.. "

Aku rasa ini cerita aku dah tengok. Tapi tak hingat pulak ending dia..

Wednesday, April 6, 2011

Kad Kredit I

This is just part of the story from the whole thing. This is sub topic under Credit Card chapter (or maybe sub of the sub topic from the big topic).

Ok, english education aku bukan dikalangan ben 5 dan keatas, tak payah speaking la. Sangkut pulak feel. Haha..

Saturday, April 2, 2011

Joomla

Untuk website programming, secara asasnya kena mengetahui HTML coding. Leceh juga. Tapi pada aku, antara programming language yang mudah, ialah html. Silap-silap kalau belajar ilmu ni boleh jadi geek. Pasal best.

Walaumacamanapun, prinsip IT untuk memudahkan yang mudah dan bertambah mudahkan yang telah  mudah itu dan kemudian menambah-nambah pula yang sedia mudah (dan seterusnya) pada teknologi yang mana tujuannya sebagai kemudahan, menjadikan dunia sekarang ni sebegini rupa dan keadaannya.

Kembangan dari HTML kemudian ada lagi pula ASP, PHP dan sebagainya menambah baikkan yang telah sedia ada itu. Kemudian komuniti-kominiti tertentu terus menerus membuat pelbagai kemudahan bagi memudahkan menurut prinsip-prinsip Human-Computer Interface. Menjadikan non-programmer juga boleh membuat website.

Friday, April 1, 2011

Confict

Strimik kat office tetiba macam lahanat. Connection kejap ok, kejap tidak. Ok kejap je. Yang tak ok tu la lama. Gelabah juga semua. Sistem banyak online sekarang ni. Hal pengurusan pun sangkut. Tapi yang herannya, yang dok komplen kat aku internet tak ok menyebabkan dia tak boleh nak fesbuk...

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...