Semua orang menulis. Selain menulis buku atau artikel atau jurnal atau thesis atau apa apa seangkatan dengannya, mereka juga menulis melalui sistem pesanan ringkas (sms), blog, status laman sosial dan macam macam yang sepertinya itu.
Walaupun begitu, komunikasi bercakap (verbal) masih digunakan. Alhamdulillah.
Penulisan berkembang sejak dahulu lagi. Sejak dari era piramid malah sebelum itu lagi. Perkembangannya merangkumi teknologinya, sistem rupabentuknya, susunannya, tatabahasa, dan gaya ayatnya. Semua itu pasti untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian makna dan maksud melalui penulisan.
Pun begitu, penulisan yang baik akan tetap menjadi baik bila mana yang membaca memerlukan kebaikkan darinya. (Atau mungkin hanya berasa baik). Walaubagaimanapun, dalam ertikata lain, ia bersangkutan dengan pemikiran pembaca ketika membaca sesuatu itu.
Jika telah ada ketetapan ketetapan yang telah siap dibentuk didalam pemikirannya, maka jika datang sesuatu yang baik tetapi kerana bentuknya tidak menepati ketetapan yang telah sedia ada seperti didalam fikirannya, maka penolakkan mungkin berlaku. Melainkan rombakkan semula terhadap tetapan yang terdahulu bagi tujuan penyesuaian (asimilasi) atau penerimaan yang baharu (doktirin baharu).
Gaya penulisan sering berkembang mengikut zaman selari dengan corak pemikiran penulisnya. Dari segi ketelitian, tertib dan adabnya. Hmm.. cliche.
Perkembangan bentuk penulisan yang boleh dikira berubah mengikut majoriti trend dalam cabang cabang bahagian masing masing.
"Hye.. awk bwt pew jew tiew. sajer jer larh"
Agak sakit mulut nak membacanya. Haih.
Banyak lagi contoh lain yang amat... Haih.. puasa.. puasa..
2 comments:
awk mara ker tew? haha.
serius! tergeliat lidah!
tk marra... gerrammm jew...
ha ha ha ha ha
Post a Comment