Friday, August 5, 2016

Good who turn to the dark side..

Saya minat betul filem star wars. Ia berkenaan watak Anakin Skywalker yang asalnya seorang yang baik. Berasal dari kelompok hamba. Tetapi setelah diberi ruang dan peluang, watak protagonisnya terpusing menjadi antagonis disebabkan peristiwa tertentu.

Saya kira ramai manusia akan melewati saat ini. Mungkin kerana tidak memahami perdu permasalahan menyebabkan karyawan barat beranggapan, tiada jawapan untuk itu.

Everybody has its breaking point. Mungkin kerana itu Superman mengungkapkan "No one stays good in this world" dalam filem Superman V Batman. Juga Batman mengungkapkan "You either die a hero, or you live long enough to see yourself become the villain." dalam filem The Dark Knight, satu idea yang diambil dari Harvey Dent.


Saya terfikir, kenapa la filem Melayu tak buat filem-filem sebegini.


Rupa-rupanya lagenda genius filem Melayu sudah pun buat plot filem sebegini. Tonton filem P Ramlee - Sumpahan Orang Minyak.


Seorang yang hina. Rupa hina miskin. Tetapi baik budi. Namun diberi peluang untuk merasai sedikit nikmat dunia, ia berubah. Oleh itu nikmatnya ditarik semula.

Ia tidak habis disitu. Oleh kerana tersangkut hatinya dengan nikmat yang telah ditarik balik itu, dia terperangkap dengan perjanjian syaitan. Satu tipu daya.

Akhirnya ia pun kecundang dengan keadaan yang tidak baik. Walaupun asalnya beliau seorang yang baik.

Saturday, July 30, 2016

Filosof Sufism Tasawuf Tarekat Psudo-Salafi

..dan sekalian itu saya melihatnya bukan jawapan yang kita perlukan terlebih dahulu, tetapi soalan yang tepat untuk mendapatkan jawapan yang betul baru ia mengarah kepada kebenaran.

Wednesday, July 20, 2016

INTELLECTUAL BARBARISM

Jika suka kena junjung
Jangan lupa tempat jatuhnya
Jangan kaduk naik junjung
Lebih sudu dari kuahnya