Monday, October 22, 2012

Buku Tipis I : Sebelas Patriot

Hari tu gua rasa nak balik awal ke rumah sewa selepas selesai berkerja. Gua ingat ada janji dengan Nasiruddin lepas magrib untuk berbincang tentang protokol walimahnya. Rotan tak ada, akar pun berguna. Balun.



Sebenarnya sepanjang perjalanan pulang dari site dengan bos di dalam van, gua terngiang ngiang satu lagu yang gua nak rekod. Tergambar instrumen yang tak bercuit sangat semenjak beberapa bulan lalu. Rumah sewa jadi tempat mandi dan tidur sahaja. Itu pun kalau tak tidur di rumah bos atau balik ke kampung (yang sepelaung sahaja jaraknya). Bergerak-gerak kepala hotak gua generate idea yang tiba-tiba lebat turun. Selebat hujan yang tengah turun. Tiba-tiba berapi semangat nak menggunakan hydrogen drum & cool edit. Lagu selamat hari jadi.

Sampai di rumah sewa, isteri Pak Cik Yahya yang gua tak pernah bercakap dan tau namanya memanggil. Biasanya Pak Cik Yahya je yang biasa hoi hai dengan gua.

Makcik tu meminta maaf dengan tak semena-mena. Rupanya bungkusan pos laju dah separuh basah dek hujan kerana dia tak sempat nak ambil. Gua pun tak cakap banyak gua lempang makcik tu. Pakcik Yahya keluar dan sambut bini dia. Pakcik Yahya masuk balik dan keluar bawa parang. Gua tak cakap banyak gua pun capai parang nebas yang buruk.

Pakcik Yahya lari kearah gua dengan menghunus parang. Gua pun sama. Dalam hujan turun, parang kami berlaga serentak petir berdentum. Elektrik putus.

Ok. Cukup. Tu tipu. Walaucamanapun syukur, dia ambil juga dan beri balik pada gua. Kalau dia rip off barang gua camana.  Terima kasih makcik. Sempat juga gua mengucapkan selamat hari raya.
Bungkusan pos laju itu gua belek. Eh, nama gua beb. Gamnya dah tertanggal sebab dah basah sedikit tadi. Nasebek isinya elok lagi. Cuma sedikit lembab sahaja..

(sambung lain time)

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...