Melawan arus

Negara kita sudah 56 tahun merdeka. Kita dimerdekakan dengan tinggalan sedikit sahaja keluarga yang memahami perjuangan dan semakin sikit bilangannya kerana dimakan kesenangan merdeka itu. Itu tidak mengapa.

Dalam arus yang deras ini, ada juga perkara yang tersangkut dan tertinggal. Olehbitu, demi tanggungjawab, melalui izinNya, ada yang sanggup untuk melawan arus untuk memastikan yang tertinggal itu dapat digapai balik demi kebaikkan bersama dimasa hadapan.

Mana yang berpeluang, membantu kerjanya itu. Bagi yang peka, mungkin diberikan laluan sedikit untuk mempermudah tetapi bagi yang sedang masuk dalam arus deras itu dan mungkin sebagai yang tidak memahami, sudah maklum kita bahawasanya sememangnya begitu. Tidak mengapa.

Bukan kerana sempurnanya diri. Kerana jauhnya diri dari sempurna. Maka gagahkanlah dengan tenang. Kerana terlalu lawan arus itu nanti merosak diri. Tak mengapa.

Oleh itu jalan melawan arus seperti biasa. Jalan sahaja elok-elok bukan berlari. Jalan sahaja perlahan-lahan jangan menggelupur. Kerana yang kita tempuh itu adalah air disekeliling kita. Dengan air itu jugalah kita hendak minum. Tidak mengapa.

Esok lusa atau mungkin selepas kita tiada mereka akan mengerti kenapa tak habis habis, asik asik silat. Walaupun bahagian kerja kita hanya picisan. Mudah mudahan dapatlah tempiasnya.

Dari mulut pecah belah baik diam kena keji.

Mati itu pasti. Hidup belum tentu.

Comments

Popular Posts