Friday, February 20, 2015

Thursday, February 19, 2015

Ibrah

Menurut penulis asal cerita ini yang memakai nick "Sarip Dol", ia bukan kisah benar, sekadar rekaan untuk menyampaikan maksud, iaitu fasa-fasa perjalanan dalam mengenal tuhan seperti yang telah dilalui oleh penulis. Penulisan ini bertujuan untuk menjadi inspirasi, panduan dan rujukan kepada salik-salik yang dalam perjalanan kembali kepada Allah.

Namun begitu pelajaran yang terkandung di dalamnya amat baik dan bermanfaat. Sama-sama kita muhasabah diri.

mulakan dgn mngenal diri sndiri dahulu sblum mula mngenal Allah..mulakan dgn blajar dan mmahami sifat 20 Allah serta pecahan sifat 20..cara blajar kna plahan2 kayuh tkut akal fikiran tidak bisa mghadam ilmu hakikat :) skadar pkongsian

kopipes jer bang..

Saturday, February 14, 2015

Poser

Orang yang mengamalkan sunnah nabi; berserban, berjubah, etc serta baru-baru hendak mendalami agama melalui internet serta copypaste DAN tidak mempunyai guru yang tetap DAN tidak TAAT kepada gurunya mempunyai ilmu tetapi tak tahu pakainya serta sangat cenderung mendokong sifat sombong.

Banyak dari mereka suka menghukum syurga neraka dan dosa pahala orang lain. Mempunyai kefahaman yang ekstrem tak tentuhala dan tak bertempat. Buat hukum ini halal ini haram, ini boleh ini tak boleh tak pasal. Islamik separuh separuh. Suka nasihat orang lain tanpa diminta. Rasa orang lain jahat. Bila bercakap hal ranting agama semangat tak pasal diumpamakan perkara pokok. 'Mengelak' diri dari kesalahan diri sendiri dengan mempositifkan kesalahannya sendiri. Kalau cerita hukum agama tak pernah firm, banyak pakai kut kut. Cerita bab AlQuran dan Hadith sahaja tapi qias dan ijmak ulama' tak reti. Bila masuk dalam sikit hal agama sentiasa cari jalan mudah. Terlalu banyak cerita bab kumpul pahala. Orang lain salah, dia ja betul. Banyak pakai pendapat sendiri sebab rasa ilmu agama ni fikiran tak perlu berguru TAPI tetap nak menyampai. Bila bertanya persoalan agama yang bercanggah dengan kefahamannya lebih kepada pertikai kerana tidak menepati kehendak sendiri sebab dia hendak jawapan yang dia hendak sahaja. Malas belajar. Nak faham cepat. Senang mengaku bodoh dengan lidah dari perbuatan (behavior). Cenderung kepada penampilan yang saaangat islamik. Kaki cakap belakang dan sembang lebat. Taktahu batas kelakuan, lidah dan fikiran hati.
Dan benda benda tu tersorok dengan penampilan yang nampak baik dan islamik.

Maaf. Mungkin tidak semua. Kita tahu siapa diri kita. Tuhan Maha Mengetahui. Gua bukan tulis untuk orang lain. Ni mark untuk gua.

Gong Xi Fat Chai

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...