Sunday, February 1, 2015

Mengenal Diri : Berani

 Kata sang guru, berani itu sifatnya iman.


Berani kerana benar,
Takut kerana salah,
Letakkan berani bersama akhlak,
Kerana benar duduk dengan alHaq.

Berani kerana benar,
Takut kerana salah,
Letakkan berani bersama sabar,
Supaya tidak hilang warasnya aqal.

Berani kerana benar,
Takut kerana salah,
Tadahkan sahaja mukamu untuk ditampar,
Jika benar, kepada Allah kita berserah.

Berani kerana benar,
Takut kerana salah,
Jernihkan hatimu dari segala penyakit,
Supaya tidak salah aqal menafsir.

Berani kerana benar,
Takut kerana salah,
Kalau membenar biarlah yang sebenar,
Bukan membenar dengan lawwammah.

Berani kerana benar,
Takut kerana salah,
Mengapa kau benar tapi merasa takut,
Mengapa berani di tempat yang salah.

No comments:

Memahami Pertandingan

Memahami Hakikat Pertandingan: Antara Persaingan, Pendidikan dan Falsafah Silat Pendahuluan Pertandingan bukanlah sesuatu yang baharu dalam ...