Monday, May 30, 2016

Baik dan Betul

Kadang-kadang, perkara baik belum tentu betul, benda betul belum tentu baik.

Matter of perspective.

Baru tersentap, bahawasanya kawan yang ada Tuhan kurnia ni pun kita tak kenal kenapa dia bagi jumpa kat kita. Kita ingat ada mutual understanding. Bila kita hanya cuba menolong meluaskan fikiran, baru kita teringat kawan kita jenis jumud dan anti-sosial sikit.

Tapi tidak la menjadi alasan aku tekan butang 'unfriend', cuma remove dari sebarang sesi perbualan yang mendatangkan kepeningan buat beliau, sebagai menghormati tahap akalnya itu. Tapi tidaklah pula berasa kita pula ada kelebihan.

Batas-batas kena jaga juga. Kalau dah tahap itu, janganlah kita langkau.

Jadi, setelah sekian 3 kali kejadian yang tak diingini berlaku, eloklah aku berhenti dari beriya-iya berkawan.

Ada kawan sampai tangga rumah aje
Ada kawan sampai berandar aje
Ada kawan sampai ruang tamu aje
Ada kawan sampai dapur aje
Ada kawan sampai bilik tidur pun boleh bawak

Apa-apa pun, semua dari Dia. Kita ambil je la takat mana yang ada.

Wednesday, May 18, 2016

Sembang dengan pelajar semalam

Bila dah hujung waktu, sembang kosong memang dinanti-nantikan pelajar. Sambil itu aku menyuntik sedikit tentang prinsip-prinsip asas kehidupan sejahtera.

"Cikgu, mengapa sesetengah keluarga bermasalah?"

Soal seorang pelajar. Aku sedikit terkedu. Perasaan bercampur baur juga. Tetapi sebagai cikgu lelaki yang maco dan cool, aku cuba beri jawapan terbaik.

Di kawasan luar bandar ini, banyak keluarga yang tidak berapa berfungsi. Penceraian. Anak luar nikah. Malah terdapat beberapa orang pelajar diketahui memang anak luar nikah. Aku tak pasti samada mereka tahu ke tidak.

Ada pula yang ibu ayah bercerai. Ayah kemana tak tahu. Ibu kemana pun tak tahu. Nenek yang menjaganya. Entahlah.

Ada pula yang hidup seorang diri. Makan pakai semua diuruskan sendiri. Mak ayah tak tahu kemana selepas bercerai.

Apa hendak aku tanamkan kepada mereka ini?


Monday, May 16, 2016

Bergurulah kepada guru yang berguru

Doktor apabila sakit pun akan berjumpa doktor. Kenapa pula guru tidak perlu kepada guru?

SYAIR TUNJUK AJAR

Terhadap guru hendaklah hormat
petuanya didengar amanahnya diingat
petunjuknya diikut secara cermat
pengajarannya diterima sepenuh minat


Terhadap guru hendaklah sopan
lembutkan lidah dalam percakapan
jernihkan muka bila berhadapan
dahulukan guru bila berjalan


Terhadap guru elokkan perangai
jangan sekali memandai-mandai
nasihatnya diikut petua dipakai
tekun belajar jangalah lalai


Terhadap guru jangan menyanggah
tunjuk ajarnya jangan dibantah
bila bertanya elokkan tingkah
supaya belajar beroleh berkah


Terhadap guru jangan menyombong
membusungkan dada mengembangkan hidung
petuanya diambil amanah dijunjung
supaya berkahnya sambung bersambung


Terhadap guru bersangka baik
lebih kurangnya jangan diusik
ambil ilmunya secara baik
bagai menimba air di tasik


Terhadap guru janganlah ragu
petuanya dinanti amanah ditunggu
jangan dihitung masa berlalu
supaya semangatmu tiada layu


Terhadap guru hendaklah kasih
tunjukkan hati lurus dan bersih
jangan dikira penat dan letih
ilmu ditimba menjadi benih


Terhadap guru jangan berdusta
bercabang lidah bersilang kata
supaya tercapai sebarang pinta
hidup pun tidak beroleh nista


Terhadap guru jangan khianat
di muka memuji di belakang mengumpat
bersihkan hati luruskan niat
supaya ilmumu beroleh berkat


Terhadap guru jangan berdendam
baiknya diambil buruknya dipendam
daripada bercanggah eloklah diam
supaya keberkahannya tiada padam


Terhadap guru jangan mengumpat
jangan pula hujat menghujat
supaya ilmu beroleh manfaat
sejahtera hidup dunia akhirat


Kepada guru hendaklah patuh
tunjuk ajarnya dijadikan suluh
diamalkan dengan bersungguh sungguh
supaya hidup menjadi senonoh


Kepada guru banyak bertanya
supaya terbuka rahsia ilmunya
fahamnya sampai ke akar umbinya
dalam beramal tahu hakikatnya


Kepada guru hendaklah rapat
supaya banyak ilmu didapat
ada yang tersurat, ada tersirat
fahamnya sampai pada makrifat


Maruah guru hendaklah dijaga
peliharalah aib dengan malunya
bantulah segala keperluannya
supaya kita beroleh berkahnya


****
Syair Tunjuk Ajar
disunting daripada Buku Kesantunan dan Adab Melayu
Karya Tenas Effendy



Sunday, May 15, 2016

Doa untuk Para Guru

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Doa untuk Para Guru, Bekas Guru2 kita dan Para Sahabat- sahabat yang bergelar guru

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...