SYAIR TUNJUK AJAR
Terhadap guru hendaklah hormat
petuanya didengar amanahnya diingat
petunjuknya diikut secara cermat
pengajarannya diterima sepenuh minat
Terhadap guru hendaklah sopan
lembutkan lidah dalam percakapan
jernihkan muka bila berhadapan
dahulukan guru bila berjalan
Terhadap guru elokkan perangai
jangan sekali memandai-mandai
nasihatnya diikut petua dipakai
tekun belajar jangalah lalai
Terhadap guru jangan menyanggah
tunjuk ajarnya jangan dibantah
bila bertanya elokkan tingkah
supaya belajar beroleh berkah
Terhadap guru jangan menyombong
membusungkan dada mengembangkan hidung
petuanya diambil amanah dijunjung
supaya berkahnya sambung bersambung
Terhadap guru bersangka baik
lebih kurangnya jangan diusik
ambil ilmunya secara baik
bagai menimba air di tasik
Terhadap guru janganlah ragu
petuanya dinanti amanah ditunggu
jangan dihitung masa berlalu
supaya semangatmu tiada layu
Terhadap guru hendaklah kasih
tunjukkan hati lurus dan bersih
jangan dikira penat dan letih
ilmu ditimba menjadi benih
Terhadap guru jangan berdusta
bercabang lidah bersilang kata
supaya tercapai sebarang pinta
hidup pun tidak beroleh nista
Terhadap guru jangan khianat
di muka memuji di belakang mengumpat
bersihkan hati luruskan niat
supaya ilmumu beroleh berkat
Terhadap guru jangan berdendam
baiknya diambil buruknya dipendam
daripada bercanggah eloklah diam
supaya keberkahannya tiada padam
Terhadap guru jangan mengumpat
jangan pula hujat menghujat
supaya ilmu beroleh manfaat
sejahtera hidup dunia akhirat
Kepada guru hendaklah patuh
tunjuk ajarnya dijadikan suluh
diamalkan dengan bersungguh sungguh
supaya hidup menjadi senonoh
Kepada guru banyak bertanya
supaya terbuka rahsia ilmunya
fahamnya sampai ke akar umbinya
dalam beramal tahu hakikatnya
Kepada guru hendaklah rapat
supaya banyak ilmu didapat
ada yang tersurat, ada tersirat
fahamnya sampai pada makrifat
Maruah guru hendaklah dijaga
peliharalah aib dengan malunya
bantulah segala keperluannya
supaya kita beroleh berkahnya
****
Syair Tunjuk Ajar
disunting daripada Buku Kesantunan dan Adab Melayu
Karya Tenas Effendy
Belajar Wajib Berguru
Tidak ada manusia yang pandai sendiri tanpa ia berguru dengan seseorang ataupun dengan seseuatu sumber. Secara logik seseorang itu belajar ia mesti melalui sumber tertentu atau dengan seseorang guru. Guru itu baik sama ada sesama manusia atau pun dengan makhluk yang lain.
Pandainya seseorang itu kerana ia belajar dan menuntut. Kerana ada guru memberitahu kepadanya. Yang mendidik dan memberi panduan kepadanya. Tanpa guru mustahil dia boleh menjadi pandai. Rasulullah S.A.W., manusia yang dipilih dan diistimewakan Allah pun ada gurunya. Baginda berguru dengan Jibrail a.s. di Gua Hira. Jibraillah yang bertindak menjadi guru, mengajar, membimbing Nabi Muhammad S.A.W. membaca Qalamu'llah yang dizahirkan iaitu "Iqra'".
Demikianlah juga dengan para Nabi dan Rasul-rasul lain, mereka juga mempunyai guru atau sumber perantaraan masing-masing untuk menerima ilmu dan wahyu daripada Allah. Nabi Musa A.S. misalnya berguru dengan Nabi Khidir A.S. Nabi Khidirlah yang memberi tunjuk ajar kepada Nabi Musa sehingga Nabi Musa mengerti segala seluk-beluk tentang perguruan dan ilmu.
Seperti disebut tadi, guru atau sumber mendapat itu bukan terbatas kepada manusia sahaja. Seluruh isi alam ini termasuk haiwan juga adalah sumber ilmu kepada manusia. Misalnya Habil adik kepada Qabil belajar daripada burung gagak begaimana hendak mengambuskan mayat adiknya setelah dibunuh. Mungkin kalau Qabil tidak melihat gagak, dia kematian akal untuk menyembunyikan mayat adiknya itu.
Kesimpulannya di sini seseorang yang mahu jadi cerdik, ointar, bijaksana, hatta mengenali dirinya sendiri dan Allah dia kena belajar. Dia harus mencari pembimbing, pemandu penasihat dan pembantu kepada perkembangan ilmunya. Tanpa seseorang yang bertindak demikian (guru) dia pasti tidak akan pandai dan tahu.
Mustahil seseorang itu pandai dengan sendirinya. Tidak ada seorang insan dilahirkan ke dunia terus cerdik dan mengerti tentang peraturan hidup di dunia. Semuanya terlebih dahulu kena ditunjuk, kena diajar, kena dibimbing dan kena dikembangkan ilmunya lepas itu baru ia menjadi pandai dan tahu.
Bila disebut guru pula akan terlintas dalam benak kita tentang manusia. Pada umumnya manusia itulah yang boleh menjadi guru kerana ia makhluk yang paling sempurna. Anggapan demikian terlalu umum. Memang sebaik-baik guru itu manusia. Kerana manusia itu sebaik-baik kejadian.
Tetapi dalam pada itu kita harus sedar, bahawa tanpa bantuan makhluk lain, manusia juga tidak boleh menjadi pandai dan mengerti dalam segala hal. Allah menjadikan makhluk ini untuk saling kenal-mengenali di antara satu sama lain. Dalam hal ini bolehlah kita menganggap bahawa setiap makhluk yang wujud dalam dunia ini merupakan sumber pengetahuan atau menjadi cermin (guru) sebagai alat untuk kita mengenali sesuatu.
Firman Allah Ta'ala.......
"Aku jadikan manusia ini bersuku bangsa, untuk saling kenal mengenali diantara satu sama lain untuk kau mensyukuri nikmatKu."
Sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang istimewa, maka sudah sewajarnya manusia menjadi guru kepada sekalian makhluk lain. Haiwan misalnya memerlukan tunjuk ajar daripada manusia untuk menjadi cerdik. Tumbuh-tumbuhan juga memerlukan bantuan daripada manusia untuk hidup dengan subur dan selamat.
Pun begitu juga dengan manusia sendiri. Ianya memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada makhluk lain sebagai sumber untuk dia memperolehi ilmu pengetahuannya. dari gerak geri dan tabii haiwan, manusia boleh mempelajari ilmu tertentu. Dari desir angin dan deruan ombak di pantai, manusia akan dapat mengetahui rahsia mengenai sesuatu kejadian Allah.
Di sini menunjukkan kepada kita bahawa apa yang bernama guru itu tidak semestinya manusia. Malahan seluruh isi alam ini boleh bertindak menjadi guru. Pemberi ilham dan pencetus pentafsiran kepada diri kita untuk mengenali sesuatu kejadian itu secara yakin dan nyata lagi.
Tanpa bantuan alam dan makhluk, manusia tidak mungkin dapat mengetahui semua sekali baik tentang dirinya sendiri dan isi alam ini. Kalau manusia dapat menguasai seluruh ilmu. Misalnya, bagaimana manusia dapat mempelajari ilmu silat harimau? Tidak mungkin manusia akan pandai dengan sendirinya tanpa ia terlebih dahulu (berguru) memerhati silat itu daripada harimau.
Begitu juga untuk kita menguasai ilmu berenang seperti ikan. Kita tidak memperolehi ilmu atau cara-cara berenang yang baik tanpa mengamati pergerakan ikan. Dengan melihat, meniru, memerhati cara-cara ikan bergerak, mengibas sirip, ekor dan badan, maka membolehkan kita pandai berenang seperti ikan.
Ada pun cara dan kaedah kita belajar (berguru) dengan haiwan itu tidaklah seperti mana kita berguru dengan manusia, yang mempunyai adat-istiadat tertentu. Kita tidak payah sujud dan hormat kepada mereka, cukup setakat memerhati segala kelakuan dan feel perangai mereka sahaja, kemudian kita tafsirkan untuk keperluan kita.
Belajar dengan haiwan atau makhluk lain, kita cuma kena mengkaji apakah tujuan Allah menjadilannya. Kita kena banyak berfikir dan pandai mentafsir. Dalam kata lain, berguru dengan makhluk lain lebih rendah martabatnya dari kita, merupakan satu aktiviti untuk mengasah otak agar lihat, berfikir dan sensitif untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.
Jadi di sini dapat disimpulkan untuk menjadi pandai, wajib belajar. Tanpa guru, kita tidak menjadi pandai. Bagaimana bijak sekalipun seseorang itu kalau ia tidak dibimbing dan dipandu dia tidak akan menjadi. Ia tidak muncul manjadi seorang hamba yang baik dan sempurna.
Dalam sebuah hadis Nabi ada menyebut.......
"Barangsiapa belajar dengan tidak berburu, umpama ia belajar dengan syaitan."
Maknanya mereka yang belajar tanpa panduan dan ikut rasa hati sendiri akan mudah tersesat dan terpesong dari lunas-lunas kebiasaannya. Kerana bila kita menurut kehendak hati, kita jadi lebih mementingkan diri kita daripada kehendak orang lain.
Justeru itu untuk menjadi manusia yang kamil, sempurna dan berada di atas jalan "siratalmustaqim", hendaklah kita berguru. Carilah seorang guru atau pun belajarlah dengan alam semesta ini untuk kebaikan. Janganlah berbuat sesuatu tanpa panduan dan nasihat sesiapa. Kerana dengan cara itu menyebabkan kita bersyubahat dengan "syaitan" dan melakukan sesuatu di atas kehendak nafsu serakah kita sendiri.
Bila sebut sahaja guru, tidak ada guru yang paling bagus melainkan manusia. Manusialah sebaik-baik guru kepada manusia. Lagi pun memang telah menjadi tugas manusia, ia dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi guru, petunjuk, pemimpin, pembimbing dan pengasuh kepada seluruh isi alam.
Manusia sahajalah yang arif dan bijak kerana ia diberikan keistimewaan itu oleh Allah Ta'ala.
FirmanNya.......
"Tidak Aku jadikan Jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu."
Az Zariat 56
"Dan Ku jadikan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini."
Al Baqarah 30
Manusialah yang layak untuk menjadi guru. Berguru dengan manusialah yang boleh membawa kepada kebenaran yang sebenarnya. Tidak ada guru yang paling baik dan sempurna melainkan manusia. Hakikat ini tidak perlu diragui lagi kerana Allah sendiri menyatakan kebaikan dan ketinggian darjat manusia itu.
"Sebaik-baik kejadian ialah manusia."
Dalam pada itu tidak pula bererti guru itu boleh didatangi begitu sahaja. Atau pun semua manusia yang digelar guru itu baik, sempurna dan bijak. Bukan! Bukan bermakna bila orang itu dipanggil guru, maka ia terus menjadi seorang guru yang pandai dan berwibawa. Sebaliknya kita kena perhati betul-betul pada seseorang guru itu agar kita tidak salah memilih guru.
Dalam dunia moden hari ini ramai orang yang mengaku menjadi guru. Atau ramai orang diangkat martabatnya menjadi guru. Ini tidak hairan kerana pada akhir zaman ini, semua bidang kehidupan telah diperalatkan oleh manusia, termasuk juga bidang keagamaan (perguruan). Kerana dengan menjadi guru membolehkan seseorang itu akan disanjung dan kebajikan kehidupan mereka juga akan dijaga.
Hari ini terdapat ramai orang telah memperniagakan ilmu agama untuk kepentingan diri. Mereka mengaku pandai dalam bidang agama lalu membuka kelas pengajian. dari kelas itu mereka kaut keuntungan dengan meminta wang dan imbuhan daripada anak murid dengan menggunakan berbagai alasan. Padahal mereka tidak mempunyai kelayakan, apa lagi ilmu untuk diajar kepada orang ramai.
Justeru itu janganlah kita mudah menerima seseorang uyang belum kita kenal sebagai Guru Mursyid. Janganlah mudah terpesona dan kagum dengan cakap-cakap guru. Kita jangan terus mempercayai pada kata-kata orang bergelar guru sebelum kita mengukur sejauh manakah ketinggian dan kedalaman ilmu yang dimilikinya.
Sering kali terdengar kisah mengenai guru kebas wang murid. Atau pun guru dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dengan sesuatu "skandal". Ini tidak lain dan tidak bukan adalah guru mengarut. Guru yang "diturunkan" untuk mengambil kesempatan dan memperniagakan ilmu untuk kepentingan diri sendiri.
Maknanya untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan terhindar dari kena tipu, kita hendaklah mencari guru yang Mursyid. Guru yang benar-benar mengajar kerana Allah. Yang tidak bertopeng dengan wajah-wajah kepalsuan dan juga memperalatkan ilmu untuk kepentingan diri.
Hanya Guru Mursyid sahaja yang dapat menjamin kita memperolehi ilmu yang sebenarnya. Yang mampu membimbing kita ke jalan "sirattalmustaqim". Kita juga akan selamat daripada terlibat dengan perkara-perkara yang mengaibkan dan tidak senonoh seperti penipuan, skandal dan difitnah mengamalkan ajaran sesat, ajaran songsang dan ajaran salah.
Hanya dengan Guru Mursyid sahaja kita mendapat ilmu sebenarnya. Ilmu Haq. Kerana seorang Guru Mursyid tidak akan menipu anak muridnya. Guru Mursyid guru yang mewarisi ilmu daripada Rasulullah S.A.W. dan memegang amanah ilmu Rasulullah S.A.W. untuk disebarkan dan diajarkan kepada umatnya. Guru Mursyid guru yang mengajar berlandaskan Al-Quran, Hadis dan hasil pengalamannya sendiri.
Maka carilah Guru Mursyid kalau berhajat untuk menjerumuskan diri belajar mengenal diri dan mengenal Allah. Tanpa seorang Guru Mursyid, kita bukan sahaja sia-sia dan tidak mengenal diri dan Allah sebaliknya diri kita juga akan tertipu oleh syaitan dan kemungkinan turut sama terperosok ke dalam Neraka.
Guru Mursyid ialah yang menjelma dan lahir daripada rahim para Ulama' yang ikhlas, jujur, taqwa dan berIman kepada Allah kerana Allah. Ulama yang menguasai keempat-empat cabang ilmu Syariat, Tariqat, Hakikat dan Makrifat serta yang menghiasi dirinya dengan bunga-bunga akhlak dan perangai Rasulullah S.A.W.
Wallah hu ta'ala a'lam.
-----------------------------------
Jangan Terlebih Pandai. Semenjak dari zaman Nabi Adam A.S. lagi sehinggalah ke hari ini, Allah dan Muhammad sentiasa disebut dan tidak pernah terputus dari bibir dan hati manusia sejagat. Jika ada yang mengatakan pernah satu zaman di antara zaman itu tiada Islam maka mereka adalah golongan perusak akidah dan secara tidak langsung mereka menafikan kebesaran Allah SWT.Dalam mengambil penilaian sejarah hari ini ramai yang terlupa akan hakikat Islam sepanjang zaman. Jadi, ramai yang bersetuju apabila sejarah mengatakan tok nenek moyang mereka adalah beragama Hindu atau Buddha ataupun penganut mistik. Tidak ramai yang mahu mengambil kedudukan bahawa tok nenek mereka dahulu adalah dari golongan yang beriman dan berpegang kepada tauhid. Perkara ini mungkin terjadi kerana pengikut Islam yang beriman pada zaman itu adalah sedikit.Oleh kerana itu, tidak ramai yang berani memperjuangkan sejarah Islam secara tegas malah tetap mahu memperjuangkan nama sebuah bangsa atau suku kaum dan berbangga pula dengan ilmu tahyul khurafat. Jika mereka memperjuangkan masalah itu mungkin benarlah mereka sebenarnya bukan dari golongan Islam sepanjang zaman.Jadi siapakah pula yang akan memperjuangkan golongan yang bertauhid sepanjang zaman ini? Semestinya golongan ini ada dan sentiasa ada setiap masa. Golongan ini tidak pernah sesekali pun akan menerima tuduhan yang memfitnah darah daging dan tok nenek mereka dahulu. Ia tidak pernah sesuai dengan jiwa mereka. Dan ini adalah masalah yang berkait rapat dengan jiwa. Dan perihal jiwa, bakat, mati hidup, jodoh dan rezeki ini telah pun ditentukan sejak azali lagi.Hari ini perlu sangat kita mengambil kedudukan dan pendirian jelas dalam hal berhubung dengan hal sejarah Islam ini. Memang terdapat penentangan puak-puak kafir yang cemburu terhadap Islam. Kita tidak perlu menjadi terlalu pandai sebagaimana sejarah telah mencatatkan puak-puak yahudi yang sentiasa mengakui lebih pandai dari Nabinya dan dari Allah, akhirnya sanggup memfitnah dan membunuh Nabi mereka sendiri.Dan jangan pula kerana terlalu pandai sehingga kita memandai-mandai cuba mengkafirkan tok-nenek dan darah daging semua orang. Sememangnya ada golongan yang tidak bersangkut paut dan tidak pernah juga ingin berbangga dengan dakwaan kafir serta menyeleweng yang cuba ditegakkan oleh sesetengah pihak. Hanya jauhari yang mengenal manikam dan hanya jiwa yang asal mengenal usul tanpa rasa syak dan wasangka. Hari ini kita cukup beruntung kerana telah diikat dengan Islam oleh Perlembagaan Malaysia. Terima kasih kepada Allahyarham Dato Onn dan para sahabatnya kerana usahanya itu. Genggam kata-kata Dato Onn, “Umat Malayu jangan sembah kepada sesiapa melainkan Allah” . Bukankah ini kata-kata Tauhid? (MR)

No comments:
Post a Comment