Gerakkan organisasi masyarakat adalah berdasarkan idea dan matlamat. Gerakkan itu pula mengikut landasan yang telah disediakan atau mengikut konteks pergerakkannya.
Kita pertamanya melihat idea kemerdekaan Malaysia. Oleh kerana imperialis menguasai Tanah Melayu melalui satu sistem pengurusan, oleh itu sistem ini (yang telah dibawa dari asal mereka) kita meminta kitalah yang mengisinya, mereka akhirnya membenarkan dengan melalui cara mereka iaitu sistem demokrasi.
Maka bermulalah gerakan pemikiran pembebasan dengan menubuhkan organisasi tertentu bagi mewakili idea tertentu dan matlamat tertentu. Organisasi inilah sebagai 'sarung' kepada idea dan matlamat ini. Ia perlu diletak didalam sarung agar dapat digerakkan. Kerana idea dan matlamat seperti angin, ia perlukan satu medium untuk dibawa. Jika tidak ia akan terbang hilang dengan segera.
Maka organisasi awal ini menjalankan gerakan mereka melalui landasan demokrasi yang dipanggil politik. Gerakkan ini akhirnya telah berjaya dengan tercapainya kemedekaan Tanah Melayu.
Setelah merdeka hingga tahun ini 2018 iaitu 61 tahun, kita telah lihat idea untuk masyarakat ini telah menjadi celaru kerana masyarakat kelihatan semakin bercakaran sesama sendiri. Ia kelihatan tidak lagi rasional. Politik telah dijangkiti penyakit harta, takhta dan wanita.
TETAPI haruslah diketahui, parti politik tetaplah menjadi laluan dan jalan untuk menguasai pemerintahan bagi menguruskan dan menentukan dasar negara. Seperti yang berlaku dalam PRU14 ini apabila pemerintahan yang bermasalah, maka jalan politik menjadi penyelesaian terbaik untuk menggantikan tampuk pemerintahan dengan individu yang lebih baik mengikut tafsiran masyarakat.
Selesai hal itu (kuasa pemerintahan), idea dan matlamat sebenar tetap perlu diteruskan dan digerakkan iaitu membina negara Malaysia ini. Maka idea dan matlamat mewujudkan masyarakat dan negara yang sejahtera perlukan 'sarung' yang baru untuk membawanya.
Saya secara peribadinya melihat politik bukan lagi satu wasilah utama untuk menjalankan idea dan matlamat melainkan untuk mendapatkan kekuasan pemerintahan atau mendapat tempat dan kuasa dalam sistem pengurusan negara ini. Sudah tentunya, sistem ini kita perlukan untuk menjadikan matlamat-matlamat dari idea itu terlaksana. Tetapi gagasan politik yang telah dijangkiti penyakit ini telah mewujudkan perpecahan masyarakat. Ini amatlah mengganggu untuk mencapai Malaysia yang sejahtera. Maka idea dan matlamat perjuangan ini tidak boleh lagi mengisi secara berterusan dalam konteks politik.
Kita hendakkan tembikai, kita tanamlah tembikai. Kita hendakkan nanas, kita tanamlah nanas. Tanam elok-elok hingga ia tumbuh dengan baik.
Kita perlu teruskan membuat kebajikan kepada masyarakat melalui jalan-jalan lain bukan politik. Politik hanya 5 tahun sekali untuk PRU. Ia bukan lagi satu laluan idea untuk membuat kebajikan untuk masyarakat kerana mudahnya ia rosak kerana penyakit kuasa atau takhta. Bagi yang lompat parti dikatakan khianat perjuangan. Perjuangan apa lagi dalam politik setelah merdeka? Berebut kuasa sesama sendiri? (Tidak termasuk senario dan suasana PRU14)
Badan-badan NGO sebagai organisasi masyarakat adalah jalan terbaik untuk kita memperjuangkan idea dan matlamat untuk membuat kebajikan untuk masyarakat secara berterusan. Maka haruslah rakyat Malaysia yang idealistik menyertai mana-mana badan NGO untuk berjuang untuk masyarakat. Kerana hari ini dalam PRU14 kita dapat melihat kebanyakkan yang berujuang melalui jalan politik semata-mata adalah hanya untuk kekuasan dan individualistik semata-mata. JKKK yang mengharapkan duit minyak dan sebagainya. Rakyat tertindas hanya mempersoalkan kehendak diri bukan keperluan diri. Lantang bercakap pasal politik hingga hilang adab. Tidak menghormati sistem sosial kita sebelum datang imperial yang menguasai kita hingga terpaksa kita mewarisi juga sistem ini hari ini tanpa memahami sepenuhnya aspirasi sistem ini.
Perjuangan politik sebelum merdeka adalah untuk mendapatkan tempat dalam sistem pengurusan negara agar diisi oleh penduduk watan melalui jalan sistem demokrasi. Agar orang luar tidak mempunyai kuasa menentu bagaimana kita mentadbir negara.
Selepas merdeka perjuangan apa lagi hendak dibawa dalam politik? Berebut kuasa sesama sendiri? Hari ini 100% kuasa pemerintahan adalah rakyat Malaysia. (Ini tidak termasuk senario dan suasana PRU14)
Apa yang hendak dikatakan, selepas PRU14 kita dalam menuju Malaysia Baharu, kita haruslah sedar untuk membangunkan negara ini bukan hanya dengan berpolitik sahaja. Letakkan perjuangan sesuai ditempatnya. Kerana itu agenda pendidikan jangan dicampur dengan politik lagi selepas merdeka. Kerana pasti yang menguasainya adalah rakyat Malaysia.
Gagasan saya dari artikel ini, sertailah mana-mana organisasi untuk terus membuat kebajikan untuk masyarakat dan membina negara ini melalui jalan sendiri.
Sekian, sedikit pandangan saya. Setelah lama tak menulis. Pandangan saya ini masih dibuka untuk dibincangkan.
Saya akhiri dengan petikan lirik lagu;
Saya akhiri dengan petikan lirik lagu;
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Kalau tak paham apa yang saya tulis ni, saya mintak maap. Saya memang tak pandai menulis. Boleh dibincang dan dibahaskan.
Artikel ini adalah refleksi dari PRU14, pembacaan rambang beberapa artikel, kajian sosial dan juga kajian antropologi. Malas nak tulis sumber. Nantilah.. belasah je tulis ni.
No comments:
Post a Comment