Tuesday, February 22, 2011

Disappear Partition

Anda membeli 2 hardisk baru size tiga setengah inci, dimana, satu anda akan gunakan untuk mengisi OS dan satu lagi sebagai simpanan tambahan. Untuk hardisk yang betul-betul baru beli, space hardisk tersebut perlu di tukar kepada format yang boleh 'dibaca' oleh sistem OS Windows (bagi pengguna windows). Contohnya seperti NTFS, FAT32... regulary heard.


Membiarkan hardisk drive sebagai satu partition adalah kurang cantik untuk disk management. Oleh kerana itu, biasanya untuk satu hardisk drive akan dipecahkan kepada (sekurang-kurangnya) dua bahagian ( C: dan D:) bagi tujuan keselamatan. Kemudian barulah file-file sistem OS akan diisi ke dalam salah satu partition khas yang anda tentukan sendiri (biasanya di dalam partition C:). Proses ini biasanya dilakukan bersekali ketika proses 'format'.
 hardisk drive 2.5"
Hardisk drive 3.5"

Untuk hardisk satu lagi, anda juga perlu membuatkan space hardisk tersebut boleh 'dilihat' oleh sistem OS yang telah anda guna. Jadi, rasa leceh juga untuk mengulang proses 'format'. Jadi, ada yang menggunakan perisian untuk memudah cara untuk membentuk partition untuk hardisk drive ke dua. Contohnya partition magic, partition manager dan lain-lain. Jadi biasanya untuk memudah cara, gunakan sahaja perisian tersebut.

BERHATI-HATI, sekiranya anda bertujuan untuk memecahkan partition C: anda kepada dua bahagian atau mana-mana partition dari hardisk yang sama dengan menggunakan perisian (software) adalah amat tidak digalakkan kerana peratusan berlaku kerosakkan kepada sistem file OS sangat besar.

Berbanding dengan memecahkan partition dari hardisk drive lain, ia lebih selamat kerana file sistem sudah pasti tidak berada dalam drive yang sama.

Walaubagaimanapun, masih lagi berlaku kemungkinan berlaku kekacauan dalam partition C: (sistem OS) walaupun anda membuat partition pada drive yang lain. Saya tidak dapat terangkan secara teknikal. Cumanya, mungkin ia menjadi risiko untuk melakukan 'partitioning' hardisk drive ketika anda menggunakan OS system (Windows). Secara tidak senghaja akan menyebabkan sistem OS terjebak.

thats we call partition

Baru-baru ini berlaku, dimana saya ingin membuat partition pada hardisk drive yang baru dibeli dengan menggunakan perisian 'partition manager'. Apa yang berlaku, partition C: dan D: dari hardisk drive yang berbeza TELAH HILANG. Ia termasuk data simpanan data penting sebanyak 70gb. Rasanya tidak semudah mencari folder yang sudah 'shift+delete'. Sakit kepala satu hal. Susahkan orang satu hal. Nak jawab satu hal. Macam-macam hal.

Tag line "Kita buat dia.." jadi motivasi. Seorang juruteknik dari JKR telah menemui jalan penyelesaian dengan menggunakan freeware 'mini partition recover'. Selesai. Alhamdulillah..

Jadi, untuk lebih selamat, saya cadangkan untuk membuat partition pada mana-mana hardisk drive yang baru, gunalah cara manual. Iaitu format sahaja hardisk drive tersebut dan lakukan partitioning proses ketika anda meng-'format' hardisk drive tersebut. Kemudian, bila selesai, jadikan hardisk drive tersebut sebagai slave dan 'clear'kan kembali partition yang ada file sistem tersebut.






Gua rasa bulan ni bertemakan 'teknikal' lah..

3 comments:

Anonymous said...

Sangat teknikal. Hehe.
Tak pernah buat partition guna mana-mana software. Lagi senang ke? Cara lama lagi senang kot. :P

akirasuri said...

hapdet! hapdet! bulan teknikal dah nak habis. haha.

taw said...

ecah - betul, betul, betul..

cik kopi (err tumpah kopi plak kat tudung?) - ha ha.. nanti2 la hapdate

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...