Thursday, February 3, 2011

sosial

Gua nak cerita banyak tak pandai. Tapi lu all boleh tengok di sini atau baca lanjut dibawah.. Budak Nash ni walaupun atas laut, idea menulis masih kaw juga. Sama naik la dengan Kod. Power.
Rasanya kira orite amik tau pasal menda ni. Syukur la ada orang nak jalankan. Bagus-bagus..
Tapi gua tak faham elemen plan strategik dia. No 5 tu macam mushkill pulak..



rembat bulat bulat dari ; http://nash87.blogspot.com/2011/02/seruan-dari-blogger-untuk-blogger.html

Assalamualaikum wbt,

Sedang negara dilanda banjir yang teruk terutamanya di Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan, kita terlupa sementara, ada lagi di antara kita yang memerlukan pertolongan dan bantuan seumur hidup mereka.

Kenapa? Cuba tengok video di bawah:

Tidak istilah kekurangan wujud dalam diri mereka. Mereka juga punya cita2 yg diimpikan. Visi hidup yang hendak mereka sempurnakan.

Sewaktu saya cuba scan karangan adik2 dan sahabat2 di SMPK Setapak, saya sedih, juga terharu. Kadang2 saya terlupa, mereka ini istimewa.

"The only thing worse than being blind is having sight but no vision"

Mutiara kata popular ini datangnya dari Helen Keller, seorang penulis Amerika dan juga pendidik yang juga seorang yang buta dan pekak. Baginya, tiada apa yang dapat menghalangnya utk terus berjaya.

Project Mata Hati - Pelan Strategik

Sebagai usaha bagi merealisasikan impian sahabat2 kita, satu pelan strategik, "Sight Vision Tree" telah digubah:


Pelan strategik ini telah dirancang rapi, merangkumi 6 elemen berikut:
  1. Sukan44
  2. Seni Kreatif
  3. Kesusasteraan
  4. Muzik
  5. Keagamaan
  6. IT
Oleh itu, untuk mencapai 6 pelan strategik ini, 5 asas yang menjadi tunjang kukuh perlu dibina:
  1. Penajaan
  2. Publisiti
  3. Sukarela
  4. Usahasama
  5. Strategi
Charity Luncheon - 26 Februari 2011

Sebagai permulaan utk 6 pelan strategik ini, satu program yang sebagai pembukaan kepada projek jangka masa panjang, "Charity Luncheon" akan diadakan seperti di bawah:


Tarikh: 26 February 2011
Hari: Sabtu
Masa: 8 pagi
Tempat: SMPK Setapak

Jadi Apa Blogger Perlu Buat?

Huhu, ini bukanlah perkara wajib dan syarat untuk kita bantu menyokong Project Mata Hati ini. Ini sekadar cadangan dan idea untuk blogger sekalian.

1. Sebarkan melalui Facebook

Project Mata Hati di Facebook
Segala info terkini, video, gambar aktiviti, "charity option", pelan strategik dan lain2 lagi berkenaan Project Mata Hati ini dimuatkan dalam laman khas di Facebook, Project Mata Hati.

Anda hanya perlu klik pada butang SHARE / LIKE atau tinggalkan KOMEN anda agar kenalan anda tahu mengenai kewujudan Project Mata Hati ini.


2. Sebarkan melalui SAYS.my

Project Mata Hati di SAYS.m
Laman SAYS.my, laman komuniti remaja yang begitu popular, telah pun mengesahkan kempen Project Mata Hati ini untuk dikongsikan oleh anda. Bagi mereka yang inginkan ganjaran mata CP, anda akan diberikan 5 CP / 5000 CP yang ditawarkan bagi setiap perkongsian kempen ini kepada rakan anda.

Caranya, just klik pada butang SHARE seperti di bawah:



3. Sebarkan melalui Blog

Sahabt blogger boleh BUAT ARTIKEL mengenai kempen Project Mata Hati ini. Anda juga boleh dan sangat2 dialu2kan untuk PAMERKAN BANNER di bawah dalam blog anda.

Simply copy dan paste kan html code di bawah ke dalam blog anda (sidebar, header, etc...)






+++++

Jadi jangan lupa ye!

26 Februari 2011 ini, kita sama2 meramaikan Charity Luncheon di SMPK Setapak. Berbagai2 acara, aktiviti yang menarik akan dijalankan. Kluarlah dari hiruk pikuk dunia melihat dan bersama kami pada tarikh tersebut.

P/s: Sebagai makluman terakhir, program ini bakal mendapat liputan media. Semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang. InsyaALLAH.

1 comment:

akirasuri said...

tq incet untuk info.

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...