Thursday, February 10, 2011

review power

Letrik kena catu tak sama dengan air kena catu. Tak mandi, tak basuh baju, tak gosok gigi tak berasa sangat untuk budak-budak asrama. Tak gosok gigi juga kurang kasi kesan yang terlalu mendalam. Bila dah besar, aku rasa semua benda tu tak boleh jadi.

Air tak ada, tak syok langsung. Nak mandi. Nak gosok gigi. Target nak minum air 3 liter sehari mungkin terbantut.

Letrik tak ada, budak asrama macam tu jugak. Malah berasa ada kebaikkannya. Tak payah pergi prep..



Letrik tak ada lain pula ceritanya untuk alam dewasa sekarang ni. Kesannya besar. Tak boleh print minit mesyuarat kejap lagi. Hantar photostate bahan pnp 2-3 helai, kena tunggu ada karan (besoknya) baru siap. Nak typing name-list, surat, invoice guna komputer tak jadi. Audio tak berfungsi.

Industri juga mengalami kerugian besar. Mesin tak jalan 2-3 minit dah rugi juta-juta. Mesin support jantung pesakit di hospital tak berfungsi. Nak present proposal projek juta-juta tergendala. Trafik light tak nyala.

Radio tak bunyi. Bateri laptop kong. Switch dan router tak hidup. Internet tak dak. Fesbuk tak leh bukak. Macam ni bengkrap la Mark Zuckerberg.


Oh, dengar cerita Mark nak benti kerja?

2 comments:

akirasuri said...

wahhhhh! kagumnya. :p

taw said...

kagum tang mana? ahaks

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...