Tuesday, December 20, 2011

Apa yang engkau belajar pada bulan lepas?

Gua rasa nak jadikan menda ni satu entri pulak. hahaha.. Selamat membaca. Baca je tau..

First keep peace with yourself, then you can also bring peace to others. 
- Thomas Kempis

I love people who make me laugh. I honestly think it's the thing I like most, to laugh. It cures a multitude of ills. It's probably the most important thing in a person. 
- Audrey Hepburn

Forgiveness is the final form of love. 
- Reinhold Niebuhr

Live your life and forget your age. 
- Jean Paul

The greatest pleasure in life is doing what people say you cannot do. 
- Walter Bagehot


Cerita ikut flow quotes;
1. Cermin diri sendiri
2. Lepas tu gelakkan diri sendiri
3. Maafkan la diri sebab agak kelakar dalam cermin
4. Lepas tu, lantak la kan
5. Amacam? Power tak aku?




*kredit - tapai ubi pulut

Tambahan sikit bahan bacaan dari kawan-kawan lain. Lately, topik ni banyak timbul serentak. Kebetulan agaknya.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim”.

Al-Tirmidhiy pernah meriwayatkan daripada A’ishah r.a. yang berkata “Aku meniru gaya seorang lelaki di hadapan Nabi s.a.w. Lalu baginda pun bersabda; “Sesungguhnya Allah tidak memandang rupamu dan hartamu, tetapi Dia memandang kepada hati dan amal perbuatanmu.”

Firman Allah s.w.t. iaitu “Anfusakum” merupakan peringatan bahawa orang yang berakal tentu tidak akan mencela dirinya sendiri. Oleh sebab itu tidak sepatutnya dia mencela orang lain. Ini disebabkan orang lain itu pun seperti dirinya juga dan oleh itu, Nabi s.a.w. bersabda.

Sabda Nabi s.a.w.; “Seorang daripada kamu melihat tahi mata pada saudaranya, sedangkan dia membiarkan batang pokok pada matanya sendiri.”

Ada pula orang mengatakan : “ Antara yang boleh membawa kebahagian kepada seseorang ialah apabila dia sibuk memikirkan keaiaban dirinya sendiri sehingga tidak sempat memikirkan keaiban orang lain.”

Seorang penyair turut bermadah :
Aib orang jangan didedah,
Nanti aibmu dibuka Allah,
Kebaikan orang perlu diheboh,
Mengaib orang jangan digopoh,



Rujukan :
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an
Ahmad Mustafa Al-Maraghiy, Tafsir al-Maraghiy Juzuk 25-26.
http://quran.al-islam.com/mal/ 

"Alah, baca. Ko baca la apa-apa pun. Yang bagi faham bukan engko"

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...