Tuesday, February 7, 2012

Circle

ini cerita 2 tahun lepas. kadang tu gua heran gak. apasal budak budak sekolah tak suka subjek sejarah. sebagai seorang ex budak sekolah, gua pun pernah tak minat. tapi ada sorang yang gua heran. member gua, wak reng. dia bukan kaki stadi pun. sejarah spm dapat A tuu... dasat dasat. tapi, sejarah je la.. ni apa jenis?


ada satu hari tu, budak budak 2 taqwa (kelas pandai) tanya kat aku, ada kelas sejarah ke tidak petang tu. peh, nasib baik diorang tanya. hampir terlupa. kena buat gak ni..

tapi yang dramatiknya time tu, tiba tiba diorang berkata "tak payah la cikgu, sejarah bosann". gua pun rasa simpati tiba tiba.

hari nak hujan. badan pun penat. budak pun malas. apa macam ni. kalau macam gini la gayanya, ntah bila budak nak minat subjek sejarah. tapi, aku bukan nak ajo percaya sangat buku teks tu. soon or later diorang akan jumpa sendiri..

sejarah.. ai..

4 comments:

cekkeya said...

siyesli, aku memang bosan klu subjek sejarah. tapi spm pun dapat A. ahaha berlagak tak berlagak tak?

aku rasa, klu cikgu tuh, kreatif, hmm hmm buat ptandingan bercerita ke, ekekekek

tapi, tanpa sejarah, kita takkan ada.

m taufiq a aziz said...

huhu.. kerek betul..
kemahiran yang macam tu la yang rare.

ayen =D said...

pernah suka sejarah bila cikgu sejarah tu provok dengan mengatakan buku teks tu salah. so ada yang kagum, ada yang marah (sy macam bengang kot.. ko pehal, nk kata buku salah plak.. pandai sangat, buat buku sndiri la..) masa form 4.. but then, bila form 5.. bukan sbb suka sejarah tpi sebab nak skor A utk sjarah.. jadi cara belajar sjarah.. "kalau soalan tanya xxx, jawapan di muka surat ... perenggan..." cikgu2 sejarah, sila ambil perhatian hahaha

tapi, memang ada jenis orang suka sejarah la..

m taufiq a aziz said...

hmm.. tu la pasal. last-last spoonfeed juga la yang terpaksa buat.

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...