Kalendar Hijrah dan Masehi Anda

Tak ramai yang tahu bila tarikh lahirnya mengikut kiraan kalendar hijrah. Boleh kata 99% hanya fokus pada tarikh masihi. Penggunaannya terlalu dominan zaman sekarang. Walaupun ada usaha-usaha yang cuba untuk mewujudkan pembudayaan kalendar hijrah, tapi ramai yang tak amik pot hari ni berapa haribulan kalendar hijrah. Termasuk gua sikit. Jadi pasal gua yang up poin ni, nanti karang gua gi usha berapa haribulan hari ni dalam kalendar hijrah.

Walaubagaimana pun, ada juga beberapa programmer didunia ni telah study tentang ilmu falak dan menghasilkan algorithm untuk meminda tarikh masihi kepada tarikh hijrah. Gua rasa elok juga kita tau tarikh lahir kita dalam kalendar hijrah.

Tapi, dari hasilan observation gua, gua dapati software/applikasi date masihi-hijrah converter kelihatan ada ralat satu hari. Gua dapat tiga tarikh haribulan yang berbeza. Tak tahu mana betul. Masing-masing dengan formula sendiri. Takpelah.

Apa-apahal pun, you all boleh kasi try lah pulak. Refer link kat bawah.


ralat -1    
http://www.religious-affairs.gov.bn/?tpl=th003_calendar

ralat 0    
http://www.islamicfinder.org/dateConversion.php

ralat 0    
http://www.al-islam.com/Loader.aspx?pageid=620

ralat 0    
http://www.islamicity.com/PrayerTimes/defaultHijriConv.asp

ralat -1    
http://www.muslimphilosophy.com/ip/hijri.htm

ralat -1    
http://www.islam.com/islamicdates.asp?ct=%27yes%27

ralat +1    
http://www.wakeup-muslim.com/2010/08/tarikh-lahir-masehi-ke-hijrah.html



---
"Dunia kini dibentuk oleh yahudi dan nasrani"
Tn Hj Ghazali bin Abd Rahman. 15/10/2011. Audi 1. UiTM Pahang.

Comments

akirasuri said…
aha, selalunya memang akan ralat satu hari. dulu pernah buat coding converter ni dengan sorang kawan, hasilnya memang ada ralat satu hari, bila ubah sini, jadi lebih satu hari, bila tukar itu jadi terkurang satu hari. last2 kitorang redha jelah dengan ralat tu. hahaha.

sekarang suruh tulis coding? kompom tidur. hahaha.

amacam besday boi? banyak dapat hadiah. hehehe.
tawawfayakof said…
oho. programmer juga..

mana main hadiah2 ni. haha..

Popular Posts