Sunday, September 9, 2012

Gitar dan Perkayuan


Gitar brand Omiya ini gua beli pada 28 September 2003 dengan harga RM40.
Sekenhen la ofkos. Beli dari seorang senior diploma gua nama dia Ito. Tapi biasa panggil Orang Tua je.

Body dan kayunya yang ringan, neck yang lebih nipis, tong yang sedikit kecil, pada gua lebih selesa dari gitar akustik jenama Kapok. Kualiti sound tak payah cerita la. RM40, kayu ringan dan nipis memang tak menghasilkan bunyi yang teramat sedap. Ini adalah gitar kedua gua beli dengan duit sendiri (ala, PTPTN pun kira duit sendiri jugak time tu). Kira antara gitar pertama la jugak.


Selepas beberapa ketika cuti semester, gua malas bawa balik ke kolej. Jadi gua tinggalkan kat rumah. Sekitar tahun 2005 atau 2006, adik gua yang tinggal di asrama penuh dan sudah berstatus sedikit senior telah mengambil kesempatan untuk meminjam gitar ni. Ok. Selaku abang yang tak-de-hal-la, gua ok kan aje.

Tapi malang tak berbau. Ntah apa cerita kejadahnya boleh patah pulak. Adik gua sembang, kata jatuh dari katil. Gua tak kira, gua tetap suruh dia bawak balik jasad gitar gua tu. Itu pun nasib baik gua tak suruh dia kutip sekali abuk kayu gitar gua tu.

Sebagai seorang bekas pelajar matapelajaran Kemahiran Hidup, dengan kesempatan yang ada, berjaya juga gua pulihkan sedikit rupa gitar ini. Selepas itu gua namakannya En Frankenstein. Gila eksited. Boleh usha kerja perbengkelan kecil-kecilan gua disini.

Setelah rupa yang elok, gua tiggalkan aje kat rumah sebab jarang sangat nak menyempat main gitar time nak tido sekarang ni. Time berjaga, biasa (yang jaranng dapat masa ni) guna gitar karan. Kena la rocking-rocking gitu. Nak tidur kena la mellow-mellow gitu. hahaha. Konon je la..

Ini gambar pada 2 September 2012.

Ok. Part ni gua sedih. Gua nak tutup PC. Tidor.

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...