PHI454 : HISTORY AND PHILOSOPHY OF SCIENCE

"Learning is permanent change in behavior"
3:09 pm, 10 Feb 2009



PHI 454 adalah subjek yang aku ambil semasa aku menjadi anak degree ketika semester akhir aku pada tahun 2009. Salah satu matapelajaran akademik yang sangat memberi kesan berpanjangan dan setiap hari dalam hidup aku. Bukunya aku masih simpan hingga kini, dan saat ini ada disebelah aku ketika kini aku berada di Miri.

Bukunya biasa-biasa sahaja. Photostate A4. Ring binded. Cover hanya A4 berwarna pink (kot). Isinya adalah kompilasi beberapa bahan bacaan pilihan luar yang dipilih ringkas oleh lecturer aku, Tuan Haji Shafie Mehad. Juga terdapat nota-nota kecil catatan aku yang aku peroleh dari kata-katanya yang meyentuh akal dan jiwa aku. Lembut dan sarkastik. Di atas adalah antara catatan aku. Nanti aku akan catat lagi yang lainnya. Buku itu tajuknya tertulis SELECTED READINGS IN PHILOSOPHY, Compiled by Hj Shafie Mehad, Edition July 2006.

Aku simpan agak lama. Sejak habis degree aku tak pernah buka buku ini. Dan aku tetap sayang buku ni. Aku bawa ikut aku ke Miri. Tadi baru aku tergerak hendak belek semula buku ni. Setelah beberapa tahun.

Setelah aku melalui liku-liku hidup ini dalam sistem pendidikan dan hari ini aku terjerumus menjadi pendokong sistem itu pula. Terpampang di kulit hadapan satu catatan yang membuat aku terfikir semula;

"Ilmu apa yang kamu kumpul? Faedah apa yang kamu dapat?"
Hj Shafie Mehad, 2009.

Comments

Popular Posts