Friday, March 20, 2015

Kisah dan tauladan

ada satu kisah;

member gua baru balik dari bercuti di kampung. bila sampai rumah, member gua terus start motor nak pergi kedai. tapi enjin tak boleh hidup.

member gua ni orang yg sangat cintakan dunia hiasan permotoran. motor dia LC 1st edition dia pakai sejak 2008 kalau tak silap aku. masih elok sampai sekarang. memang sporty.

rupa-rupanya ekzos motor member gua penuh dengan air. dia pun tanya gua, sebab gua tak balik masa cuti tu. kut-kut ada budak budak yang tak puas hati dengan member gua ada datang flat rumah member gua tu. gua confirm tak ada. tapi gua dok pikir jugak. kut ada info-info yang gua terlepas pandang.

tak lama lepas tu dia contect gua balik. bagi tahu case solved.
rupa-rupanya anak jiran dia pi tolong basuhkan motor. sampai ekzos pun dia basuhkan. anak jiran dia tu umur darjah 1 kalau tak silap. memang budak baik.
member gua dari marah-marah jadi pendam aje la. bawak bersabor.

itulah gua bagi contoh. lu buat satu benda tu sebab niat baik pun tak guna kalau tak tau apa benda yang lu buat. itu budak-budak tak ada hal la kan. ni kalau dah tua bangka nak cakap macamana? dah la tua malas belajar pulak lepas tu memandai-mandai. niat baik cara tak betul tak boleh pakai. yang jadi pokok masalah poblemnya bila kesan dari niat baik tu mendatangakn mudarat yang lebih besar.

if heart empty, head doesnt matter. if head empty, your act is nonsense.

Saturday, March 14, 2015

Memasyarakatkan Pendidikan




Hasil dari beberapa pembacaan;

Antara aktiviti yang dikira sebagai memasyarakatkan pendidikan adalah seperti
Hari Terbuka Sekolah, Hari Bersama Pelanggan, Mesyuarat Agung PIBG, Hari Sukan Sekolah, Program Khidmat Masyarakat dan sebagainya. Ia adalah program yang bersifat penyampaian maklumat mengenai pendidikan agar maklumat pendidikan dapat disebar secara meluas, cekap dan lengkap.

"Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, suasana pembelajaran pada masa ini telah berubah dan penilaian pelajar tidak lagi bergantung kepada pencapaian mereka dalam peperiksaan bertulis semata-mata.
Malah, katanya, amalan dan akhlak peribadi perlu juga menjadi ukuran untuk menilai sejauh mana keberkesanan pembelajaran yang mereka terima."
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm


“Menyedari pentingnya usaha untuk melebarkan akses pendidikan, falsafah pendekmokrasian pendidikan tinggi diperkenalkan agar semua lapisan masyarakat agar lebih ramai orang mendapat peluang dalam pendidikan tinggi yang berkualiti,” kata Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim semasa menyampaikan syarahan bertajuk “Universiti Memasyarakatkan Pendidikan” dalam Program Profesor Bersama Masyarakat di Hotel Zenith Kuantan baru-baru ini.


"Memasyarakatkan PPP bermakna sanggup menerima perubahan walau pun kadang kala kelihatan seperti tidak menguntungkan kita." - Che' Yahya Che'Soh (Pengetua SMKSB@STAR) Sabtu 7 September,2013.

Tuesday, March 3, 2015

Pandangan Peribadi

Dewasa ini ramai juga yang berlumba ingin kembali kepada agama dengan mecari sumber-sumber ilmu agama yang setakat dapat difikirkan mereka. Maka dengan itu, dapatlah mereka memperolehi ilmu pengetahuan yang 'dikendaki' oleh mereka.

Tetapi apa yang merisaukan, terjadi pula kesan sampingan kepada masyarakat iaitu gejala hukum-menghukum dan mendorong kepada perpecahan lagi dalam masyarakat umat Islam terutamanya di Malaysia. Mengapa ia terjadi?


Monday, March 2, 2015

Nasihat Misi Piah

Sempena ulang tahun keputeraan saya yang lalu, pada malam ini telah saya mendapat satu nasihat dari seorang pencen jururawat masyarakat. Nasihatnya (setelah diperbetul aturan perkataan);

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...