Nasihat Misi Piah

Sempena ulang tahun keputeraan saya yang lalu, pada malam ini telah saya mendapat satu nasihat dari seorang pencen jururawat masyarakat. Nasihatnya (setelah diperbetul aturan perkataan);


  • 7 ke 8 pagi sarapan. boleh juga seawal 6 pagi. kalau makan nasi lemak, minum dengan jus buah atau sirap limau. kalau minum berat, makan dengan roti 2 keping.
  • 11 pagi minum ringan dan kuih ke satu.
  • 1 tengah hari makan nasi 1 senduk, lauk tak kisah apa-apa. lebihkan sayur. mesti ambil buah. makan buah dulu baru makan nasi.
  • 3 petang, kudapan. minum ringan dengan kuih ke sekeping.
  • 6 petang makan malam. kurangkan nasi lebihkan lauk atau makan mee siam. dlm mi tu mesti ada sayur. kalau ada buah, mkn dulu buah-buahan.
  • Sebelum tidur sekitar pukul 10, minum air berat satu cawan.
  • Jangan makan diantara waktu makan. contoh pukul 8 hingga pukul 11, tak boleh makan. minum air putih je.
  • Biasakan lepas makan minum air putih sahaja.

Haa.. ape mcm topek, bole?
Haha

..ayat last tu mencabar betul.

Comments

Popular Posts