Kisah dan tauladan

ada satu kisah;

member gua baru balik dari bercuti di kampung. bila sampai rumah, member gua terus start motor nak pergi kedai. tapi enjin tak boleh hidup.

member gua ni orang yg sangat cintakan dunia hiasan permotoran. motor dia LC 1st edition dia pakai sejak 2008 kalau tak silap aku. masih elok sampai sekarang. memang sporty.

rupa-rupanya ekzos motor member gua penuh dengan air. dia pun tanya gua, sebab gua tak balik masa cuti tu. kut-kut ada budak budak yang tak puas hati dengan member gua ada datang flat rumah member gua tu. gua confirm tak ada. tapi gua dok pikir jugak. kut ada info-info yang gua terlepas pandang.

tak lama lepas tu dia contect gua balik. bagi tahu case solved.
rupa-rupanya anak jiran dia pi tolong basuhkan motor. sampai ekzos pun dia basuhkan. anak jiran dia tu umur darjah 1 kalau tak silap. memang budak baik.
member gua dari marah-marah jadi pendam aje la. bawak bersabor.

itulah gua bagi contoh. lu buat satu benda tu sebab niat baik pun tak guna kalau tak tau apa benda yang lu buat. itu budak-budak tak ada hal la kan. ni kalau dah tua bangka nak cakap macamana? dah la tua malas belajar pulak lepas tu memandai-mandai. niat baik cara tak betul tak boleh pakai. yang jadi pokok masalah poblemnya bila kesan dari niat baik tu mendatangakn mudarat yang lebih besar.

if heart empty, head doesnt matter. if head empty, your act is nonsense.

Comments

Popular Posts