Friday, March 30, 2018

Aku dengan rakaman

BACKGROUND

Aku tak ada banyak peluang nak belajar teknik-teknik berkomputer dalam membuat muzik. Sekadar self-unprofasional-learning je.
 
 
 
(gambar ehsan internet)


Sebelum zaman digital recording, aku bermula dengan analog iaitu record guna kaset sekitar 1999 di asrama. Siapa dari zaman ni memang faham la. Dari rakam lagu-lagu dalam radio, copy kaset demo band dan macam-macam. Alat record masa tu adalah walkman sony member aku punya. Lama juga aku buat harta huhu.. Ada button rakam. Keset kosong masa tu RM5 kalau tak silap. So memang banyak la juga beli keset kosong masa tu. Tak pun aku ambil keset-keset 70 an bapak aku yang dia tak tak dengar. Teknik dia malas nak cerita sini. Huhu..

Ada beberapa jenis radio ada internal mic yang boleh rakam surrounding. Alat record yang aku guna masa tu adalah walkman sony member baik aku punya. Tak ingat model apa. Anak tok guru ngaji aku. Lama juga aku buat harta huhu.. Ada button rakam. Habis sekolah baru aku pulang balik. Huhu.. Memang sangat berjasa benda alah tu. Selain tu ada juga radio yang ayah aku beli kebetulan ada function rakam tu.

Jadi setiap kali jemming aku akan rakam. Pada tahun 2001 & 2002 first time buat band sendiri dan rakam buat demo dengan cara ini juga. Dengan berpegang teguh prinsip DIY buat rilis keset pun sediri juga macam gitu masa tu. Rilisan tu aku dah convert ke digital (klik sini kalau nak dengar). Big influenced by Uda Thraser Conspiracy community (UTC).





Pertama kali kenal Cool Edit Pro 2.0 (read more about it) tahun 2003 atau 2004 kalau tak silap dari senior course lain masa diploma di Pahang. Aboo nama dia. Dia lagi otai la, buat recording studio kat rumah dia. Orang Ipoh. Bermula la zaman digital recording. Kali ni setiap kali jemming aku bawa laptop. Hahah..
Zaman ni juga aku dapat beli USB walkman yang juga boleh rakam. Zaman keset dah start di tinggalkan. Sebab dengan cool edit ni juga aku pelan-pelan mendigitalkan semua keset-keset yang aku ada. Pencetus idea masa tu sorang senior aku nama Fendy. Orang Terengganu. Peminat muzik metal underground. Sama dengan aku.


Dengan Cool Edit juga aku belajar record track by track. Zaman ni juga tengah top portal i-band. So banyak pengkarya indie yang share dalam tu menjadikan aku teruja macamana diorang buat rakaman.  Ada yang buat programming drum tu buat aku teruja. So aku cuba-cuba tanya, ber yahoo messenger, email bertanya macamana diorang buat. Antaranya yang aku ingat Erylasia. Kawan alam maya. Recording dia memang terbaik. Sangat memberi inspirasi. Banyak juga aku upload di i-band. Tapi tak lama lepas tu portal tu dah shut down. Tak tau pasal apa.

Dari situ aku buat research sendiri. Cari freeware yang boleh buat drum beat. Tujuan asalnya nak jemming kat bilik je. Sebab masa tu susah nak cari drummer. Macam-macam freeware juga aku test. Akhirnya (kalau tak silap tahun 2006) aku jumpa Hydrogen Drum Machine.


Aku explore pelan-pelan software tu. Gabungan Cool Edit dengan Hydrogen Drum dengan Ibanez GIO dengan ME50 maka terhasil rakaman semula band lama aku pada tahun 2008 (Klik sini) dan sekali lagi pada 2016 (klik sini)

Lebih kurang 2006 hingga sekarang aku masih tak boleh tinggal dua software ni walaupun ada software yang lebih canggih. Cool Edit Pro & Hydrogen.

Dengan Hydrogen aku explore sampai dapat sample-sample drum dan beberapa instrumen lain. Bunyinya tak organik sangat la. Tapi cukup sekadar nak menghiburkan diri. Masa dah start kerja memang sangat sibu, nk setting masa jemming dengan kawan memang susah. Jadi jemming kat rumah je la dengan drum machine ni (antaranya macam ni la). Usha backing track yang aku buat kat sini. Free je. Ini hasil sebelum 2015 la.

So, kaedah aku buat backing track sekarang ni fully programming guna Hydrogen. Klik-klik dan susun. Dari freeware ni juga aku convert setiap part instrumen jadi file wave untuk buat rakaman gitar pula track by track. Sejak tu aku tak pegi studio la nak buat rakaman drum. Hasil-hasil dari teknik ni, terhasilah ini, ini dan ini. Sekadar itu sahajalah yang aku boleh buat.

Jadi, untuk amatur aku sangat suggest gunakan Hydrogen ini untuk ganerate drum atau beberapa instrumen asas yang lain (bass, string, piano) untuk home recording.

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...