Thursday, April 10, 2025

Hatred

9 April 2025

BILA KEBENCIAN MENGATASI KEWARASAN: SECEBIS FIKIRAN TENTANG KONFLIK KAUM DAN AGAMA

1. Kebencian adalah bahan bakar yang murah dan pantas untuk konflik.
Dalam sejarah manusia, kebencian tidak memerlukan fakta, tidak memerlukan pertimbangan rasional—hanya perlukan satu musuh yang jelas, dan satu naratif yang mudah dipercayai. Itulah sebabnya ia sering digunakan dalam propaganda politik dan konflik sosial. Kajian oleh Harvard Kennedy School (2020) mendapati bahawa emosi negatif seperti marah dan takut lebih mudah disebar dan lebih pantas viral berbanding fakta rasional.

2. Dalam krisis, emosi mengatasi kewarasan.
Apabila berlaku ketegangan antara komuniti—sama ada dari sudut kaum, agama atau wilayah—masyarakat yang selama ini hidup aman, boleh tiba-tiba berubah menjadi saling mencurigai. Tindakan individu atau kumpulan kecil mudah ditafsir sebagai sikap keseluruhan kaum. Ini dipanggil “group attribution error” dalam psikologi sosial—kesalahan menilai kelompok berdasarkan tindakan sebahagian kecil.

3. Isu kuil atas tanah masjid: marah yang difahami, generalisasi yang bahaya.
Baru-baru ini, tular isu pembinaan kuil di atas tanah milik masjid tanpa kebenaran. Ramai marah, dan kemarahan itu ada asas dari sudut undang-undang dan keadilan pemilikan. Namun sayangnya, kemarahan itu berkembang kepada penghakiman melulu terhadap seluruh komuniti India dan penganut Hindu—walaupun majoriti mereka langsung tiada kaitan dengan insiden itu.

4. Dalam setiap kaum dan agama, ada yang waras dan ada yang melampau.
Salah seorang yang cuba meredakan keadaan ialah Sangeeta Kaur, seorang aktivis sosial. Beliau berkata:
“Jika benar kuil dibina atas tanah orang lain, pulangkan semula.”
Beliau tidak menafikan fakta, malah bersikap adil. Namun beliau tetap diserang di media sosial—kerana dalam suasana marah, suara yang waras dianggap musuh. Inilah yang sering berlaku dalam sejarah—emosi mengaburkan penilaian, dan kebencian melahirkan penindasan. Seperti kes arwah Muhammad Adib—keadilan tertangguh, suara waras tenggelam dalam amarah yang membuta.


5. Kebencian menggagalkan sifat adil manusia.
Kebencian bukan bermakna manusia tidak peduli pada kebenaran—tetapi ia menghalang manusia berlaku adil. Dalam sains sosial, ini dinamakan moral disengagement—manusia menggugurkan prinsip keadilan ketika berdepan tekanan kumpulan atau emosi. Maka dari luar, ia kelihatan seperti kejahilan, tapi sebenarnya kegagalan moral.

6. Kita cepat menyebelahi 'kumpulan sendiri'.
Ini dinamakan ingroup bias. Kita mempertahankan kumpulan sendiri walaupun tahu mereka salah, dan melemparkan tuduhan kolektif kepada “kumpulan luar” walaupun mereka pelbagai. Realitinya, semua kaum dan agama ada baik dan buruk. Ada yang benar-benar menjaga keharmonian, dan ada juga yang menyalahgunakan sentimen kaum/agama demi agenda peribadi.

7. Sejarah Islam juga mengajar bahawa manipulasi boleh mengundang tragedi.
Perang Jamal bukan sekadar pertentangan antara dua tokoh besar Islam. Dalam lipatan sejarah, disebut bahawa wujud pihak ketiga yang menghasut dan menyusup—merosakkan rundingan damai yang hampir tercapai. Mereka meniup api perpecahan untuk melihat umat terbaik itu saling berbunuhan. Dalam konteks moden, kita melihat analogi ini dalam filem The Dark Knight, apabila watak Joker dilihat tidak mempunyai matlamat selain mahu melihat dunia terbakar. Dia bukan ingin menang—dia cuma mahu melihat sistem hancur.

8. Joker bukan fiksyen semata-mata.
Dalam sejarah, ada “Joker” yang wujud dalam bentuk manusia. Bukan dengan wajah bercalit, tapi dengan wajah biasa—yang menghasut, menyebar fitnah, menjadi jurucakap kebencian, atau penyamar simpati. Mereka ini bijak memanipulasi sentimen—mengguna media sosial, membuat naratif separuh benar, atau menunggang agama dan bangsa untuk mewujudkan konflik. Mereka jarang dikenali awal kerana sering menyamar sebagai “pejuang”.

9. Kita mudah percaya siapa yang 'berpihak'—walaupun mereka sebenarnya pembakar.
Dalam keadaan marah dan benci, manusia akan lebih mudah percaya sesiapa yang menyokong pandangan mereka, walaupun individu itu hanya mahu melihat api terus marak. Ini berbahaya kerana akhirnya semua akan terbakar—tiada siapa menang.

10. Belajar dari sejarah, bukan untuk menghukum.
Kisah Perang Jamal bukan untuk menilai para sahabat Nabi—mereka tetap insan mulia yang kita kasih. Tapi ia menjadi pengajaran bahawa walau sebaik mana umat, jika terdedah kepada fitnah dan manipulasi, perpecahan boleh berlaku. Umat Islam hari ini perlu lebih waspada terhadap permainan emosi dan politik kebencian.

11. Jalan keluar ialah kewarasan dan keberanian berkata benar.
Bukan siapa paling lantang menjerit yang betul, tapi siapa paling tenang dalam suasana bising. Kita perlukan lebih ramai yang berani menolak naratif kebencian walau dipanggil pengkhianat. Yang faham undang-undang, dan pada masa sama menjaga maruah semua pihak.

12. Jika kita gagal, anak-anak kita akan warisi perpecahan ini.
Tapi jika kita berjaya, kita akan tinggalkan satu legasi bahawa dalam badai emosi dan provokasi, akal dan iman masih boleh memimpin.

13. Maka berfikirlah.

-------

https://www.facebook.com/share/p/1C9D64prUN/

Monday, April 7, 2025

Pasca Raya 2025

Terminal One Seremban dulu kemain gah ramai je orang datang. Kini, hambar.

Banyak je idea boleh try run kat sini. Tapi tulah. Kalau management harap benda free datang bergolek aje, memang tak kemana la.. 

Tengok la apa deal dia hari ni.

Sunday, April 14, 2024

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan muzik keras yang berkiblatkan Sil Khannaz dan As Sahar. Eastern poetry gitu. Band ni sempat main mini jem session je dekat Taman U Skudai. Tak sempat nak pepom masa gig Dung Tak Dung Dung Hari Raya kat Pontian sebab gig kena sailang.

Sunday, April 10, 2022

New World Order

 Sekarang aku tengah rasa kekok nak menulis. Apehal tah.


Pape pun, aku dah buat come back dengan 3 org penulis asal TTSFTS utk bikin page facebook.


klik..\\\

Wednesday, January 1, 2020

entri 10 tahun lepas

Ni gua tulis masa tahun 2010. Kiranya macam gua travel dalam mesin masa. Huahah.. Gua ada wonder sikit. Amacam 2020? Wawasan tak?

Generasi yang lahir tahun 2010 pada 2020 dah umur 10 tahun. Sistem pendidikan macamana? Ada GSTT lagi tak ek? Apa trend bebudak sekolah sekarang ni? Masa 2009-2010 aku rasa indie ngan shuffle tengah naik.

Apa-apa hal pun, semoga semuanya selamat.
: )

2020

https://erarock.wordpress.com/2007/07/28/babylon-2020-92-1992/

Sunday, May 13, 2018

Organisasi Dalam Masyarakat part 1


Gerakkan organisasi masyarakat adalah berdasarkan idea dan matlamat. Gerakkan itu pula mengikut landasan yang telah disediakan atau mengikut konteks pergerakkannya.

Kita pertamanya melihat idea kemerdekaan Malaysia. Oleh kerana imperialis menguasai Tanah Melayu melalui satu sistem pengurusan, oleh itu sistem ini (yang telah dibawa dari asal mereka) kita meminta kitalah yang mengisinya, mereka akhirnya membenarkan dengan melalui cara mereka iaitu sistem demokrasi.

Maka bermulalah gerakan pemikiran pembebasan dengan menubuhkan organisasi tertentu bagi mewakili idea tertentu dan matlamat tertentu. Organisasi inilah sebagai 'sarung' kepada idea dan matlamat ini. Ia perlu diletak didalam sarung agar dapat digerakkan. Kerana idea dan matlamat seperti angin, ia perlukan satu medium untuk dibawa. Jika tidak ia akan terbang hilang dengan segera.

Maka organisasi awal ini menjalankan gerakan mereka melalui landasan demokrasi yang dipanggil politik. Gerakkan ini akhirnya telah berjaya dengan tercapainya kemedekaan Tanah Melayu.

Setelah merdeka hingga tahun ini 2018 iaitu 61 tahun, kita telah lihat idea untuk masyarakat ini telah menjadi celaru kerana masyarakat kelihatan semakin bercakaran sesama sendiri. Ia kelihatan tidak lagi rasional. Politik telah dijangkiti penyakit harta, takhta dan wanita.

TETAPI haruslah diketahui, parti politik tetaplah menjadi laluan dan jalan untuk menguasai pemerintahan bagi menguruskan dan menentukan dasar negara. Seperti yang berlaku dalam PRU14 ini apabila pemerintahan yang bermasalah, maka jalan politik menjadi penyelesaian terbaik untuk menggantikan tampuk pemerintahan dengan individu yang lebih baik mengikut tafsiran masyarakat.

Selesai hal itu (kuasa pemerintahan), idea dan matlamat sebenar tetap perlu diteruskan dan digerakkan iaitu membina negara Malaysia ini. Maka idea dan matlamat mewujudkan masyarakat dan negara yang sejahtera perlukan 'sarung' yang baru untuk membawanya.

Saya secara peribadinya melihat politik bukan lagi satu wasilah utama untuk menjalankan idea dan matlamat melainkan untuk mendapatkan kekuasan pemerintahan atau mendapat tempat dan kuasa dalam sistem pengurusan negara ini. Sudah tentunya, sistem ini kita perlukan untuk menjadikan matlamat-matlamat dari idea itu terlaksana. Tetapi gagasan politik yang telah dijangkiti penyakit ini telah mewujudkan perpecahan masyarakat. Ini amatlah mengganggu untuk mencapai Malaysia yang sejahtera. Maka idea dan matlamat perjuangan ini tidak boleh lagi mengisi secara berterusan dalam konteks politik.

Kita hendakkan tembikai, kita tanamlah tembikai. Kita hendakkan nanas, kita tanamlah nanas. Tanam elok-elok hingga ia tumbuh dengan baik.

Kita perlu teruskan membuat kebajikan kepada masyarakat melalui jalan-jalan lain bukan politik. Politik hanya 5 tahun sekali untuk PRU. Ia bukan lagi satu laluan idea untuk membuat kebajikan untuk masyarakat kerana mudahnya ia rosak kerana penyakit kuasa atau takhta. Bagi yang lompat parti dikatakan khianat perjuangan. Perjuangan apa lagi dalam politik setelah merdeka? Berebut kuasa sesama sendiri? (Tidak termasuk senario dan suasana PRU14)

Badan-badan NGO sebagai organisasi masyarakat adalah jalan terbaik untuk kita memperjuangkan idea dan matlamat untuk membuat kebajikan untuk masyarakat secara berterusan. Maka haruslah rakyat Malaysia yang idealistik menyertai mana-mana badan NGO untuk berjuang untuk masyarakat. Kerana hari ini dalam PRU14 kita dapat melihat kebanyakkan yang berujuang melalui jalan politik semata-mata adalah hanya untuk kekuasan dan individualistik semata-mata. JKKK yang mengharapkan duit minyak dan sebagainya. Rakyat tertindas hanya mempersoalkan kehendak diri bukan keperluan diri. Lantang bercakap pasal politik hingga hilang adab. Tidak menghormati sistem sosial kita sebelum datang imperial yang menguasai kita hingga terpaksa kita mewarisi juga sistem ini hari ini tanpa memahami sepenuhnya aspirasi sistem ini.

Perjuangan politik sebelum merdeka adalah untuk mendapatkan tempat dalam sistem pengurusan negara agar diisi oleh penduduk watan melalui jalan sistem demokrasi. Agar orang luar tidak mempunyai kuasa menentu bagaimana kita mentadbir negara.

Selepas merdeka perjuangan apa lagi hendak dibawa dalam politik? Berebut kuasa sesama sendiri? Hari ini 100% kuasa pemerintahan adalah rakyat Malaysia. (Ini tidak termasuk senario dan suasana PRU14)

Apa yang hendak dikatakan, selepas PRU14 kita dalam menuju Malaysia Baharu, kita haruslah sedar untuk membangunkan negara ini bukan hanya dengan berpolitik sahaja. Letakkan perjuangan sesuai ditempatnya. Kerana itu agenda pendidikan jangan dicampur dengan politik lagi selepas merdeka. Kerana pasti yang menguasainya adalah rakyat Malaysia.

Gagasan saya dari artikel ini, sertailah mana-mana organisasi untuk terus membuat kebajikan untuk masyarakat dan membina negara ini melalui jalan sendiri.


Sekian, sedikit pandangan saya. Setelah lama tak menulis. Pandangan saya ini masih dibuka untuk dibincangkan. 

Saya akhiri dengan petikan lirik lagu;


Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini


Kalau tak paham apa yang saya tulis ni, saya mintak maap. Saya memang tak pandai menulis. Boleh dibincang dan dibahaskan.

Artikel ini adalah refleksi dari PRU14, pembacaan rambang beberapa artikel, kajian sosial dan juga kajian antropologi. Malas nak tulis sumber. Nantilah.. belasah je tulis ni.






Friday, March 30, 2018

Aku dengan rakaman

BACKGROUND

Aku tak ada banyak peluang nak belajar teknik-teknik berkomputer dalam membuat muzik. Sekadar self-unprofasional-learning je.
 
 
 
(gambar ehsan internet)

Monday, January 1, 2018

PRU 14

Orang Melayu tidak peduli soal politik
Oleh: MUHD. NIZAM ABD. HAMID

SUNGAI PETANI 23 Sept. – Rasa selamat tinggal di negara sendiri dan tidak mempunyai kesedaran politik merupakan antara punca sesetengah orang Melayu tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian.

Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin (gambar) berkata, golongan tersebut bukan tidak mempunyai keyakinan terhadap sistem demokrasi tetapi mereka bersikap tidak mengendahkan perkembangan sekeliling.

‘‘Orang Melayu patut mencontohi kaum Cina yang kini mempunyai kesedaran tinggi terhadap hak politik mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan e-sidang dan khidmat pesanan ringkas (SMS) Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, di sini hari ini.

Katanya, sikap ‘tidak apa’ di kalangan orang Melayu masih menebal termasuk dalam soal yang menjadi agenda politik bangsa.

Zainuddin mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman bahawa sebahagian besar rakyat yang mendaftar dalam Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih yang berakhir bulan lepas adalah bukan bumiputera.

Menurut Menteri Penerangan itu, pendedahan SPR itu bukan sesuatu yang mengejutkan beliau.

Zainuddin memberitahu, usaha telah dijalankan oleh agensi kerajaan dan parti-parti politik termasuk komponen Barisan Nasional (BN) untuk mendaftarkan pengundi baru, tetapi langkah itu hanya berjaya menarik sebahagian daripada mereka.

Sehubungan itu, ujarnya, usaha berterusan perlu dijalankan oleh semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk menarik golongan muda agar mendaftar sebagai pengundi.

‘‘Saya akan arahkan agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan menjalankan kempen masing-masing untuk menyeru orang Melayu mendaftarkan diri sebagai pengundi,” katanya.

Beliau mendakwa orang Melayu lebih berminat untuk bercakap banyak tentang soal politik dan membuat kritikan tetapi kurang bertindak serta lalai dalam mempertahankan hak mereka.

Hatred

9 April 2025 BILA KEBENCIAN MENGATASI KEWARASAN: SECEBIS FIKIRAN TENTANG KONFLIK KAUM DAN AGAMA 1. Kebencian adalah bahan bakar yang murah d...