costa cake house 555

nama band ni memang pelik. tapi masa aku beli tu brader kat kaunter tu cakap kalau minat sound sound yang berat, band ni memang menepati cita rasa. erm.. teringat ada satu masa tu aku memang minat sound yang berat. dua tiga tan tak terangkat punya. tak macam sekarang. tak berapa larat. ahaks..

tapi jaman sekarang ni, mana nak cari pemain keset. suma main cd je. tak pun mp3. paling canggih aku tengok kete myvi sorang budak puchong. boleh bluetooth dengan mp3 henset. canggih. aku punya walkman yang ada speaker kecik tu pun aku lupa letak mana. rasanya dalam kete proton izhar.

nak jadi cite, ada satu time tu aku nak pegi pekeliling. pinjam kete kancil member aku. kete member aku ni ada story sikit dengan aku kat pahang sikit masa dulu. ade ke aku bawak kete ni tak turun hand brake. cool je aku bawak kat depan kolej pempuan. haha. tapi tu dulu. masa tak ada lesen. sekarang aku dah ada lesen.. heh..

aku tengok mulut pemain keset dia macam boleh guna. memandangkan aku tak ada keset lain masa tu. aku kasi try costa cake house 555. on the way tu terlelap lelap jugak aku. bukan apa, cuaca panas. lepas sampai pekeliling, amik sorang budak ni, dia pun kasi review pasal sound keset ni sambil muncung muncung mulut. "ntah hape hape la lagu dia dengar nih". aku diam.

aku cuba ingat kot kot dalam kotak keset aku ada lagi keset album sri balas mak aku punya. tapi aku syak keset tu pun dah kena dub lagu lain.


.

Comments

Popular Posts