Bujang Lapok OST

Resam dunia
P Ramlee dan Normadiah

Antara Senarai lagu-lagu nyanyian P. Ramlee dan Saloma









Dunia ini hanya palsu
Manusia berdusta
Kebanyakan suka menipu
Gemar membuat dosa

Dunia penuh dengan noda
Dunia penuh dosa
Kebanyakan tipu dan daya
Mengikut nafsu murka

Ada pula yang salah sangka
Banyak yang salah terka
Pasir disangka intan
Batu disangka berlian

Siapa itu
Cuba terka

Siapakah itukah gerangan
Berlagu dan berdendang
Suara merdu dan menawan
Membikin hatiku girang

Kalau ada bunga di taman
Berseri warna kuning
Apa guna ke hutan
Sekuntum boleh disunting

Mari sini
Jangan marah

Begitulah resam dunia
Tidak kekal selamanya
Hati-hati sebelum kena
Agar tiada terpedaya.



get mp3 here

Comments

Popular Posts