Tuesday, February 7, 2012

Oppurtunity Analogy

Pada suatu hari, seekor beruang sedang memerhatikan ikan di tebing sebuah sungai yang berarus deras. Malangnya, ketika itu bukanlah musim ikan yang banyak. Sejak dari pagi tadi ia menunggu, tiada kelibat ikan yang melalui kawasan sungai itu. Walaubagaimanapun, si beruang tersebut tetap menunggu dan memerhati sekiranya ada ikan yang melompat dari permukaan air yang deras tersebut.

Tunggu punya tunggu, tiba-tiba melompatlah seekor ikan yang kecil dihadapan beruang tersebut. Dengan tangkas, si beruang menangkaplah ikan tersebut. Si ikan kecil tersebut pun menggelupur.

Si ikan begitu takut sekiranya dia benar-benar akan dimakan oleh beruang tersebut. Berpantang maut sebelum ajal. Ikan pun cuba juga meng'akal' beruang tersebut untuk menyelamatkan diri.

Dia pun berkata;
"Wahai beruang, lepaskanlah aku. Kerana aku ini terlalu kecil untuk dimakan oleh kamu. Jika kamu makan sekalipun, barangkali hanya terselit dicelahan gigimu sahaja.."

Beruang memandang sinis kepada ikan kecil itu dan membalas "So what!?".

"Alamak, taktik tak berapa menjadi pulak. Ni berunag sekolah ni." kata si ikan kecil dalam hati.

"Beginilah, kamu lepaskanlah aku dahulu. Dalam tempoh beberapa bulan lagi bila aku dah besar, kau tangkaplah aku. Ketika itu saiz badan aku dapat menampung keperluan makan mu" kata si ikan kecil.

"Jadah. Macam la dapat tangkap balik kalau aku lepaskan. Leceh la ini ikan. Benda macam ni pun macam-macam hal" geram beruang di dalam hati.

"Kamu mau tau macamana badan aku besar cik ikan?" tanya si beruang kepada ikan kecil.

Si ikan kecil terdiam dari menggelupur lalu mengangguk kecil.

"Aku tak pernah melepaskan segala apa hasil tangkapan ku. Jika aku berhasil menangkap sekecil-kecil hasil sekalipun, aku pasti memanafaatkannya" jawab beruang.

Maka terkuncilah akal si ikan kecil itu. Ketika itu, tahulah dia bahawa itulah masa ajalnya. Lalu dia pun senyum..




#Ok, ni ada pengaruh dari SalahTaip. Time gua fikir nak tulis cerpen natang apa, keluar cerita ni kat radio. Tapi ni versi edited la. Tak ingat indetail pula. Saja suka-suka.

4 comments:

akirasuri said...

nakkkkk sainnnnn! hehehe.

Anonymous said...

Nak sainnn jugakkkkk :p

Anonymous said...

huh! tak layan kita nka sain kan kan ..

hehe :p

kak Lily

m taufiq a aziz said...

ok ok.. beratur..



XP

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...