Music album with story telling

Ada juga gua ber angan-angan dulu dengan ledakan musikal dan novel indie sekarang ni, gua nak buat satu project experimental band untuk sebuah novel.

Influence gua bab ini adalah album metalasia - silantra (tak ingat tahun). Cerita dalam album tu tergantung, dan sampai sekarang gua harap king shah dan juga cd khanzab sambung karya ini.

Berkenaan genre musik, gua open. Mungkin macam-macam. Selagi musik tersebut membantu dalam penyampaian cerita yang dibawakan. Dan sedikit advance, gua bayangkan album itu nanti juga akan dijual bersama buku novel indie tipis yang ringkas tapi penuh dengan mesej manusiawi dan realism.

Nama pun angan-angan. Gitar pun dah nak kena let go ni.

Ok, ni gua nak share satu artikel menarik. Enjoy

http://listverse.com/2007/10/25/top-10-rock-operas/?utm_source=more&utm_medium=link&utm_campaign=direct

Comments

Popular Posts