Saturday, July 5, 2014

Agama dan budaya

Permasalahan perkara bidah ini saya lihat kerana mereka tidak arif tentang perbezaan budaya setempat serta peranannya dalam jiwa masyarakat dan juga agama sebagai pegangan dan panduan.

Kemudian bila bercampur bahagian-bahagian pengasingan dan buta antara perkara ranting dan pokok maka perbalahan menanti.

Duduklah kita dalam jemaah yang berguru. Bukan suka-suka bicara agama kerana tuntutan 'keinginan menyampai agama' dan mengejar pahala. Internet itu sifatnya informatif bukannya pemutus beriktikad kerana informatif tidak tetap dalam kedudukan benar-salahnya.

Hidup berguru adalah institusi penting yang telah terhapus dewasakini. Guru syariat boleh banyak. Guru Tauhid cukuplah satu. Kita cari dan pilih. Ikut.

Jangan terputus kita dengan generasi terdahulu.






Rentetan gua terbaca blog ini.
http://suparjo.blogspot.com/2013/03/inilah-dalil-dalil-agama-kenduri-arwah.html

kita dalam persimpangan antara mewarisi dan mujaddid.

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...