Saturday, August 30, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Bukan main jiwang lagi tema kemerdekaan ke-57. Kira ok la. Setidak-tidaknya konsep kemerdekaan kali ini telah diuruskan dengan baik berbanding kali ke-55 dulu yang menjadi protes bagi kumpulan designer yang patriotik.

Alhamdu lillah penyatuan rakyat Malaysia semakin pulih lantas dari beberapa kejadian pada tahun ini. Benarlah kata seorang yang 'alim', "Sebalik bala ada nikmat". Kita doakan juga semoga manusia-manusia yang berada pentas politik (yang dicipta dari ntah siapa-siapa ntah) di Malaysia ini (fokus; yang jujur amanah dan bertanggungjawab - which is I cannot define in political ways) selamat dalam menjalankan tugas mereka.

Ya, mungkin DS Najib tidak sehebat Tun M, tapi sekarang ni dia adalah PM diwaktu semasa dan ketika ini. Tapi mustahil tidak ada sebarang pembaik pulih. Dan hubungan mereka aku lihat sangat 'sweet' in political ways, dan.. dan..
dan apekejadahnya aku cerita bersangka-sangka ni macam aku kenal la sangat mereka-mereka di pentas politik nu? Huhu..

Anyway, tetap mereka-mereka tu adalah pemimpin kita, juga mereka adalah spesis manusia. Nak komplen banyak pun tak elok. Kufur nikmat pulak karang.

"Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" sememangnya amat menepati dan 'sampai' kepada semua hati rakyat yang berjiwa rakyat (bukan berjiwa pemberontak). Setiap kejadian ada hikmahnya. Pedulikan teori konspirasi yang mengatakan semua ini rancangan orang tertentu (bukan menafikan cuma pedulikan) kerana sebaik-baik perancang adalah Maha Perancang.

Jadi dikesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada yang membaca blog ini. Eh, ada follower ke blog ni? Haha.. Itu semua tak penting.

Ok, got to go. Member sekerja gua masak nasi lemak hari ni. Alhamdu lillah. Gua nak layan astro jap. Diorang belanja channel free. Salam.





Berdoa bagi pemimpin-pemimpin Negara berarti membuat tanggung jawab bangsa, menjadi tanggung jawab umat Islam juga.
(Tuanku Imam Bonjol, 1772 – 1864)







Related & Suggested article

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...