Kalbu

HATI BERHATI-HATI

Ramai di kalangan kita yang sanggup bersusah-payah tidak peduli makan dan minum, tidur dan jaga, siang dan malam; beralih dari seorang doktor kepada doktor yang lain, dari seorang bomoh kepada bomoh yang lain dengan tujuan supaya tubuh badan menjadi sihat; malah sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit beribu-ribu ringgit.

Tetapi berapa ramai yang sakit QALBUnya yang sudah sekian lama terlantar sakit,
sedikit pun tidak mempedulikannya.

Untuk merawat QALBU yang sakit ini dari penyakit seperti IRI HATI, BUTA HATI, HASAD, DENGKI dll seseorang itu; terutama yang belum sampai MUTMAINNAH,
pertama-tamanya mesti menyedari yang penyakit ini ada pada dirinya dan hendaklah berTAUBAT NASUHA dan WAJIB melakukan 3 perkara:
1- Bersohbah;
2- Berdoa dan
3- Bermujahadah.

Di dalam al-quran ada banyak ayat-ayat yang menyarankan kita bersohbah;
Ayat 119 Surah At-Taubah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ
"WAHAI ORANG YANG BERIMAN,
HENDAKLAH KAMU SEKELIAN BERTAQWA KEPADA ALLAH
DAN BERDAMPINGLAH DENGAN ORANG YANG BENAR."

Rasulullah bersabda;
"SESEORANG LELAKI ITU BERADA DI ATAS AGAMA KAWANNYA,
MAKA HENDAKLAH KAMU PERHATIKAN
DENGAN SIAPAKAH SESUAI BERKAWAN."

Imam Ghazali Rahimullah Ta'ala berkata;
" SIAPA YANG MAHU MEMPERBAIKI DIRI DAN MEMBERSIHKAN QALBUNYA,
MAKA HENDAKLAH DIA LAKUKAN 4 PERKARA:
1- Bersohbah atau berdamping dengan seorang guru yang mursyid lagi murobbi, (MURSHID LAGI SODIQ - UHHHA)
2- Memilih kawan yang dapat memberi dorongan kebaikan kepadanya
dan menegurnya apabila tersalah,
3- Hendaklah menerima kata-kata yang dilontarkan oleh musuhnya,
dan
4- Sekiranya berkawan dengan manusia
jauhkan diri daripada sifat-sifat yang buruk yang dilihat daripada mereka.

Pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, siapakah yang paling baik untuk kami berdamping?
Jawab Rasulullah:
"ORANG YANG APABILA KAMU MELIHATNYA
KAMU DAPAT MENGINGATI ALLAH,
DAN PERTUTURANNYA AKAN MENAMBAH LAGI ILMU PENGETAHUAN KAMU,
DAN AMALANNYA AKAN MENGINGATKAN KAMU NEGERI AKHIRAT."

Perkataan QALBUN berasal dari QALABA, YAQLIBU, QALBAN,
maknanya ialah "Berubah, Bertukar, Berbalik".

Oleh itu hendaklah kita sekelian berdoa
dan memohon kepada ALLAH
Yang Mencipta dan Menguasai hati
supaya membersihkan dan menetapkan hati kita
sepertimana yang telah diajar oleh Rasulullah SAW
di dalam hadisnya:
Ya Muqallibal qulub, tsabbit qalbi ‘ala diinika
“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati,
teguhkan hati kami di atas agama-Mu.”
(HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

WAHAI TUHAN YANG BERKUASA MEMBALIKKAN HATI,
TETAPKANLAH HATI KAMI ATAS AGAMA ENGKAU
DAN ATAS TAAT PATUH KEPADA ENGKAU."
MUJAHADAH adalah masdar daripada perkataan JAHADA, YUJAHIDU, MUJAHADATAN;
maknanya "Berperang, Berlawan".
Di dalam al-quran ada banyak ayat-ayat yang memberi
peringatan secara khusus tentang bermujahadah:
وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ ۚ
"DAN HENDAKLAH KAMU SEKELIAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH
DENGAN JIHAD YANG SEBENAR-BENARNYA."
(AL-HAJJ: AYAT 78).

*****
C&P

Roh hak Allah
Jasad hak ibu bapa
Kita siapa?

Comments

Popular Posts