Friday, November 21, 2014

Al Madad Ya Rasullullah

Ya Allah. Tiada manusia yang lebih mengenali Mu dan tiada pun makhluk yang Engkau ciptakan yang lebih Engkau kasihi melebihi nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Rasul Allah. Diantara kami ini tiada satu pun yang mengenali Allah melebihimu. Tiada makhluk pun yang telah menerima kemuliaan dari Allah melebihi darjat mu ya Rasul Allah. Wahai Kekasih Allah. Engkaulah harapan kami untuk sampai kepada keredhaan Allah.

Wahai guru-guru kami. Yang telah memikul amanah dan tanggungjawab yang teramat besar. Mengorbankan seluruh hidupmu supaya kami mengenal siapa nabi kami. Kami bersyukur kepada Allah kerana telah mentakdirkan dan menjodohkan kami dalam pertemuan bersamamu.

Wahai ibu-bapa kami. Sebesar-besar syukur kami kepada Allah kerana engkau asbab kepada adanya kami di alam ini. Engkau adalah pilihan Allah khusus untuk kami.

Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarganya dan juga para sahabat-sahabat baginda kepada kami semua.

Ya Allah, terimalah taubat kami.

Saturday, November 15, 2014

Mengenal Diri : Kejadian

Jadi, adakah benar kita benar-benar mengenal diri kita? Yang lebih mengenal diri kita melebihi kita sendiri adalah penciptanya.

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
(Al-Mu'minuun 23:12-15)


Thursday, November 13, 2014

Budaya dan Signifikannya

"Para pendakwah dan mubaligh Islam boleh berceramah dan berkempen dengan berapi-api tetapi tanpa wadah atau wasilah, pelaksanaannya tidak akan berkesan. Hal ini demikian kerana kita perlu membudayakan syariat Islam ini agar ia boleh dilaksanakan secara berkumpulan atau berjemaah (beramai-ramai). Di sinilah peranan persatuan, pertubuhan atau jemaah diperlukan dalam menerapkan dan melaksanakan saranan para pendakwah."

"Pada zaman awal perkembangan Islam di Nusantara, para pendakwah yang memiliki pondok pengajian (pensantren) juga merupakan para pendekar agung yang menggunakan ilmu persilatan dalam berdakwah demi untuk menjaga diri dan agama dari serangan musuh musuh Islam (Hanafi, 1985; Abdul Halim, 1996; Abdul Majid, 2011). Berlandaskan fakta-fakta sejarah, pada zaman moden yang serba mencabar inilah kaedah penerapan dan pelaksanaan syariat Islam perlu dilaksanakan dengan lebih berhikmah dan bersistem terutama menerusi budaya persilatan."

"Metodologi ini perlu diteruskan kerana ramainya bilangan anak muda yang secara semula jadi memang meminati silat atau ilmu bela diri khusus untuk kecergasan fizikal mereka.
Sebenarnya, kepatuhan yang diterapkan secara halus menerusi pantang larang persilatan secara tidak langsung membawa mereka untuk melaksanakan hukum-hukum Islam ini. Oleh itu pernyataan yang mendakwa bahawa ahli silat hanya patuh pada peraturan Islam semata-mata untuk mendapatkan ilmu silat tidak benar dan meleset sama sekali, kerana cara, alat dan saluran berdakwah perlu pada kepelbagaian bukan menerusi satu cara yang telahpun begitu jumud dan mungkin tidak berupaya menjangkaui kumpulan sasaran."


Saturday, November 8, 2014

Wasilah

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah al-wasilah, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat kejayaan."
[Al-Maidah : 35]

Tajuk Khutbah Jumaat 7 Nov 2014 di Masjid Kampung Tanjung Berlipat, Niah;

BERTAQWA DENGAN CARA/WASILAH BERMUHASABAH DIRI.

Secara ringkasnya, mimbar mengingatkan jemaah yang hadir untuk melakukan muhasabah diri untuk memperbaiki diri.


Tuesday, November 4, 2014

Christiaan Snouck Hurgronje

http://prihatin.net.my/v3/wp-content/uploads/2013/08/snouck.jpg
(nak upload gambar, tapi line internet tak laju)

Bermula dari sebuah wallpaper, ia telah menarik minat aku untuk mengetahui siapakah dia Christian Snouck Hurgronje ni.

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...