Al Madad Ya Rasullullah

Ya Allah. Tiada manusia yang lebih mengenali Mu dan tiada pun makhluk yang Engkau ciptakan yang lebih Engkau kasihi melebihi nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Rasul Allah. Diantara kami ini tiada satu pun yang mengenali Allah melebihimu. Tiada makhluk pun yang telah menerima kemuliaan dari Allah melebihi darjat mu ya Rasul Allah. Wahai Kekasih Allah. Engkaulah harapan kami untuk sampai kepada keredhaan Allah.

Wahai guru-guru kami. Yang telah memikul amanah dan tanggungjawab yang teramat besar. Mengorbankan seluruh hidupmu supaya kami mengenal siapa nabi kami. Kami bersyukur kepada Allah kerana telah mentakdirkan dan menjodohkan kami dalam pertemuan bersamamu.

Wahai ibu-bapa kami. Sebesar-besar syukur kami kepada Allah kerana engkau asbab kepada adanya kami di alam ini. Engkau adalah pilihan Allah khusus untuk kami.

Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarganya dan juga para sahabat-sahabat baginda kepada kami semua.

Ya Allah, terimalah taubat kami.





Al-Madad Ya Rasulullah


Setiap yang memiliki hati pasti akan tersentuh,
dalam kesungguhan terhadap yang dikasihi.

Dan cinta itu,
aku punyai saksi,
saksi dan bukti.

Berdasarkan bukti itu,
apabila aku menyebut nama Muhammad
mata sang pencinta pasti tertewas dengan air mata.

Dialah Rasulullah,
Dialah Rasulullah,
Dialah yang terpilih Kepada Tuhannya,
Dialah teman yang paling dipercayai.

Kasihani kami, bantulah kami,
Sokonglah kami wahai Rasulullah,
Kasihani kami, bantulah kami,
Sokonglah kami wahai Rasulullah.

Ya Allah, berkatilah perhimpunan ini,
Tujuan kami untuk mendapat kesudahan yang baik,
Dan keberkatan semua yang hadir dikalangan kami kepadaMu,
kami ingin menjadi makhluk ciptaanMu yang terbaik.

Kasihani kami, bantulah kami,
Sokonglah kami wahai Rasulullah,
Kasihani kami, bantulah kami,
Sokonglah kami wahai Rasulullah.

Wahai Tuhan kami,
Kami memanggilMu dan kami meminta perhatianMu,
Berikanlah kepada kami pertolongan disepanjang jalan,
Dengan keberkatan Muhammad S.A.W.

Kasihani kami, bantulah kami,
Sokonglah kami wahai Rasulullah,
Kasihani kami, bantulah kami,
Sokonglah kami wahai Rasulullah.

Kasihani kami, bantulah kami,
Sokonglah kami wahai Rasulullah,
Kasihani kami, bantulah kami,
Sokonglah kami wahai Rasulullah.

Wahai sahabat sepencarian (mencari Illahi),
Muliakan kami dengan mereka,
yang sama mencaru Guru kami,
Ayah kepada Fatimah Zahra, dan Qasim dan Abdullah.

Kasihani kami, bantulah kami,
Sokonglah kami wahai Rasulullah,
Kasihani kami, bantulah kami,
Sokonglah kami wahai Rasulullah.

Guru kami engkaulah yang kami kasihi,
Mengingatimu hatiku terubat rindu,
Guru kami, siapa yang meminta perlindungan daripada mu,
Tidak akan hilang dengan Rasulullah.

Kasihani kami, bantulah kami,
Sokonglah kami wahai Rasulullah,
Kasihani kami, bantulah kami,
Sokonglah kami wahai Rasulullah.

Oh guru, Kau yang terpilih,
Dengan memujimu kehidupan kami semakin jelas,
Oh guru, selamatkan kami dari api neraka,
keranamu ya Rasulullah.

Kasihani kami, bantulah kami,
Sokonglah kami wahai Rasulullah,
Kasihani kami, bantulah kami,
Sokonglah kami wahai Rasulullah.

Oh Tuhan, kami meminta daripadaMu,
melalui yang dikasihi dan ahli keluarganya,
berikanlah kami kemenangan,
dan rohani yang sejahtera.

Oh Tuhanku yang Maha Penyayang,
Yang Pemurah dengan rahmat,
Selamanya aku hambaMu,
tidak akan menolak.

Dan jadikanlah hidupku,
Menjadi hasil yang mulia,
Suatu hari nanti, aku datang sebelummu (mati),
Jiwaku pasti tenang.

Oh Tuhan, kami meminta daripadaMu,
melalui yang dikasihi dan ahli keluarganya,
berikanlah kami kemenangan,
dan rohani yang sejahtera.

oleh itu, dengan rahmatMu,
berikanlah pengampunan kepadaku,
dan ketahuilah bahawa diriMu
aku sangat memerlukan!

Ketahuilah sahabatku,
jika kau merasai putus asa dalam kehidupan,
Katakanlah, "setiap ujian yang datang,
adalah teguran daripada Allah".

Oh Tuhan, kami meminta daripadaMu,
melalui yang dikasihi dan ahli keluarganya,
berikanlah kami kemenangan,
dan rohani yang sejahtera.

Comments

Popular Posts