Tuesday, November 4, 2014

Christiaan Snouck Hurgronje

http://prihatin.net.my/v3/wp-content/uploads/2013/08/snouck.jpg
(nak upload gambar, tapi line internet tak laju)

Bermula dari sebuah wallpaper, ia telah menarik minat aku untuk mengetahui siapakah dia Christian Snouck Hurgronje ni.
Bacaan yang aku perolehi adalah seperti pada sumber rujukkan yang aku catat di bawah sekali.

Ulasan peribadi aku;

1. Ilmu itu natural. Seperti pisau. Sesiapa pun boleh mendapatkannya. Walaupun ia tidak mempercayai ilmu tersebut. Tetapi tidak menghalang seseorang itu memahami selok-belok sesebuah pengetahuan itu.

2. Knowledge is Power. Dengan pengetahuan anda boleh buat apa sahaja mengikut kehendak anda.

3. Soalnya, dalam dunia yang semakin mudah capaian ilmu itu, mengapa masih berlaku kerosakkan?

4. "Education has produced a vast population able to read but unable to distinguish what is worth reading." - G.M. Trevelyan. Jadi, ask our self. What worth reading for?

5. Sistem pendidikan telah menyediakan lambakkan ilmu yang hendak disampaikan sebelum keperluannya. Persoalan menyampaikan ilmu sebelum keperluannya yang sebenarnya itu, perlu diperjelas dan dihadam selumat-lumatnya sebelum disalah ertikan.

6. Walaubagaimanapun, terdapat juga golongan survival yang berjaya mendapatkan semua lambakkan ilmu itu. Kemudian golongan ini terbahagi dua, iaitu yang melakukan kerosakkan dan melakukan kebaikkan.

7. Atas kefahaman saya (setakat ini) secara kasarnya, pembahagian ini adalah atas Taufiq & Hidayah Allah ke atas hambanya yang berIman. Iman itu tidak diperolehi sekadar tulis baca. Ia adalah kurniaan. Bagaimanakah hendak mendapat kurniaan Allah itu?

8. Akhirnya ilmu seluruh alam manusia ini akan menghasilkan kerosakkan setelah dicapai oleh manusia yang tidak berIman.

9. Hari ini, aku melihat manusia berlumba-lumba mengejar ilmu yang dia sendiri tidak tahu untuk apa.

10. Kemudian iktikad mereka adalah bersumber dari bersangka-sangka.

11. Pesanan YM Guru Utama, "Jangan bergantung kepada ilmu, bergantung hatilah kepada Allah."

12. Mengejar ilmu itu perlu. Tetapi bukan untuk tempat pergantungan. Jadi ianya untuk apa?

13. Christian Snouck Hurgronje mendapatkan ilmu UNTUK merancang 'kerosakkan'. Jadi adakah perlu untuk kita mendapatkan ilmu untuk merancang 'pembinaan'? Adakah 'perlu' itu  'kebergantungan'?.

14. Adalah menjadi ikhtibar supaya saya terus mencuba menggali tujuan ilmu itu dipelajari supaya dapat saya ceritakan sedikit pengenalan kepada anak-anak murid supaya mereka juga mencari. Kerana perjalanan hidup ini adalah mencari jawapan. Bukan mendapatkan jawapan. Sekiranya semua persoalan sentiasa ditemukan jawapan, cari soalan baru. Kerana dengan soalanlah jiwa mencari ilmu itu sentiasa hidup.

15. Itu adalah objektif utama saya setakat ini selain objektif yang ditetapkan oleh Rancangan Pengajaran Tahunan.

16. Di usia mereka 16 tahun ini, banyak sekali penyakit mereka. Tergila-gilakan A yang banyak. Cepat bosan dengan matapelajaran (kerana terpaksa belajar). Keliru dengan erti sebenar 'belajar'. Selalu mgnhindari ilmu pengetahuan (faktor sekeliling). Pelbagai punca dalaman dan luaran. Mungkin aku akan berhadapan dengan masalah 'terlalu' bertanya pula nanti. Tidak mengapalah, mereka budak-budak. Mungkin jika rezeki mereka, akan tersampai juga lidah ini bercerita tentang adab bertanya (sub topik adab menuntut ilmu). Untuk permulaan ini, menanam kecintaan kepada ilmu itu saya utamakan.

17. Ini adalah perkara paling sukar. Menghidupkan kembali semangat 'ingin tahu' murid-murid tingkatan empat yang telah di bunuh entah berapa kali sebelum ini. Semoga mereka di jodohkan dengan Guru yang siddiq dan Mursyid dikemudian hari supaya dapat membimbing mereka mengenal Allah, kerana aku tidak mampu ke tahap itu. Bagaimana aku hendak menyampai sekiranya aku sendiri tidak pernah sampai.


*******

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. 


Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).


Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


Tunjukilah kami jalan yang lurus.


Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
 

Perkenankanlah Ya Allah.


















==============================
Rujukkan;



his books;

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...