Friday, December 26, 2014

Selamat Hari Lahir Puan Sapiah Saat

"Kau tengok TV tu, macamana ada orang boleh gerak-gerak dalam tu?" 
- Misi Sapiah Saat, area hujung 1980'an dan awal 1990'an.

Soalan tu di beri mak saya masa saya kecil di Sungai Boh. Zaman alih channel TV menggunakan ibu jari kaki. Memang nampak kurang ajar kalau gua ingat balik.


Apa signifikan soalan ini pada gua?

Semasa ujian lisan di hadapan Prof Madya Hj Shafie Mehad untuk matapelajaran Falasafah & Sejarah Sains, soalan ini gua guna sebagai mukadimah.

Hari ini, gua sebagai seorang cikgu masih lagi menggunakan falsafah mak gua bagi ni dalam mengajar. Pelajar tidak boleh belajar tanpa falsafah ini.

Cuma, macamana gua nak hidupkan balik sifat curiosity pada pelajar-pelajar. Lain orang lain caranya.

Hari ini adalah hari ulang tahun mak. Gua bersyukur gua masih ada mak. Dan gua cemburu kepada kawan-kawan gua yang telah berkhidmat dengan mak dia sehabis baik samada dalam persatuan atau di luar persatuan.

Semoga gua di beri peluang buat sesuatu yang super untuk mak dan abah gua sebelum hujung hayat mereka atau hayat gua sendiri. Semoga makbul.

Selamat hari lahir Pn Sapiah bt Saat.

I have one mother, and it is you. I can never been clever so much above you.

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...