Falsafah Pendidikan Guru

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

- Falsafah Pendidikan Guru (Guru sebagai kerjaya)




Gua tak pernah mengimpikan benar karier cikgu ini. Bermula hujung 2009, mak abah gua sanggup sampai ke KL cari gua suruh isi borang GSTT. Ketika itu gua gelandangan kerja kerani biasa-biasa. Jadi gua turutkan sahaja.

Di mana langit dipijak, di situ langit di junjung.

Seperti kebanyakkan kawan-kawan gua yang tidak mahu balik kampung sebab mahu mudah aktif bersama persatuan, gua juga begitu. Tapi dalam proses membuat keputusan kritikal ni, gua merujuk kepada beberapa prinsip yang ada dalam persatuan. Jadi, gua gagahkan juga 'berundur' dari KL. Tapi jiwa gua sedaya upaya gua pertahankan. Ketika itu tindakkan kita adalah paling tak rasional menurut pandangan orang kebanyakkan terutamanya di luar persatuan. Gila perkataan mudahnya. Ya, mungkin gila. Tapi gua pernah lihat lebih gila dari kegilaan gua ini. So, pada gua tak la gila mana.

Di tempat baru, 'atmosferanya' berbeza. Ini memberi gua peluang melihat persatuan dari sudut yang lebih besar lagi. Fitrah merantau. Gua tak tahu apa yang gua perolehi sebenarnya.

Dunia Pendidikan.

Tak banyak yang boleh gua katakan semasa gua di luar dunia ini. Hanya beberapa kritikan mudah seperti orang banyak. Sebelum memasuki bidang ini, abang-abang ada memberi pesan kepada gua tentang beberapa kesan sampingan negatif terhadap kerjaya ini kepada karakter diri. Gua pun pernah dengar pesanan ini, hingga menjadi takut terhadap kerjaya ini.

Face your fear. Mungkin itu yang boleh gua katakan bila gua dah tercebur dalam karier ini. Dengan sedikit aspirasi sebagai pendidik formal, gua harung 2 tahun sebgai cikgu tak terlatih. Gua buat ikut suka. Mungkin kerana kesan dari hidup gua yang dahulu yang agak 'bebas' dari protokol dan etika.

Rezeki Tuhan bagi kita tahu. Jadi, gua tetap bersyukur. Sempadan yang telah digariskan gua sehabis baik berhati-hati. Fe'el gua yang besar pemalas ni (buat rph, susah nak cam student, etc.) memang sukar gua hilangkan. Ya, gua memang 'slow-mo' dan lampi kadang. Dengan perangai arrogant gua yang tak senonoh ni, gua cuba transform. Gua tak ada tempat nak berharap sangat kat dunia ni.

Berubah.

Alhamdu lillah, setelah hampir 4 tahun gua cebur dalam bidang ini (artikel ni gua buat bulan 10 2014), abang man memberi kritikan kepada gua yang pada pandanganya gua 'berubah' baru-baru ini. Ya, gua ada juga perasan. Tapi gua tak tahu di mana. Apa yang sebenarnya berubah. For good or for evil. Tapi gua bersyukur gua masih boleh terima dengan positif pada kritikkan pedas pijor.

Gua masih dalam proses absorb culture yang 'perlu' dalam dunia pendidikan ini. Mungkin ada yang silap gua ter absorb. Gua nak sukses dalam dunia ini.

Gua masih tak tahu (tahu yang betul-betul) apa benda yang berubah. Cuma gua berdoa supaya gua dilindungi dari segala keburukkan perubahan gua dan semoga dikurnia segala kebaikkan dari perubahan gua.

~ The New Order

~ Selamat Menyambut Ulang Tahun Posting Yang Pertama.

Comments

Popular Posts