Monday, February 8, 2016

pola pemikiran

Kisah ni dah beratus tahun. Konflik dan kekeliruannya juga berevolusi. Sebuah 'pemikiran' yang tetap ingin survive. Pola pemikiran sentiasa berulang. Kesannya juga kadang kala dapat dijangka kan. Ia bagai satu set logik yang terlalu besar.

Pemikiran ekstrimis juga sentiasa survive memandangkan ia membawa manafaat kepada kelompok-kelompok tertentu. Oleh itu setiap zamannya yang kecundang oleh nur Ilahi, ia akan kembali lagi dengan evolusi bagi meresapi pemikiran-pemikiran manusiawi.

Oleh kerana pemikiran ekstrimis ini semakin licik dan halus, maka apa lagi yang boleh pewaris-pewaris nabi ini lakukan selain menyatakan penolakkan mereka dengan jelas terhadap aliran pemikiran ini - walaupun menimbulkan kekecohan orang awam bukan kehendak mereka. Namun selepas berpuluh tahun pemikiran ini memakan, memamah, membiak dan merusak pemikiran masyarakat sesuatu harus dilakukan. Seseorang harus berdiri tegas menjelaskan perkara ini. Inilah tugas mengundang kebencian orang awam yang terjangkit pemikiran ini.

Berburu di padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

1 comment:

m taufiq a aziz said...

1] Kenapa tok-tok guru tua pada zaman dahulu berhujjah menggunakan kereta bid'ah kena naik unta dan seumpamanya?

2] Kerana itu memadai ketikamana Wahhabi ingin memahami makna كل بدعة ضلالة dengan makna "semua bid'ah (perkara yang Nabi tidak lakukan) sesat". Kerana hadith ini sifatnya umum. Nabi tidak sebut كل بدعة في الدين ضلالة "Setiap bid'ah di dalam agama sesat".

3] Kemudian, Wahhabi mengtakhsiskan (specified) dengan makna bid'ah di dalam agama bukan dalam urusan dunia dengan hadith أنتم أعلم بامور دنياكم "Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian".

4] Secara tidak langsung Wahhabi juga menerima kalau كل itu bukan dengan makna semua. Jika semua maka tidak ada yang terkecuali samada perkara agama ataupun perkara dunia. Maka hujjah tok guru tua masih relevan.

5] Walaupun hujjah "kereta bid'ah" ini diketawakan Wahhabi pada hari ini tetapi sebenarnya ia berdasarkan kepada mantiq yang benar. Bahkan jika kita mengikut makna bahasa bid'ah itu merangkumi semua perkara yang direka-reka tanpa contoh sebelumnya.

6] Namun begitu, aliran ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah mempunyai kepelbagaian hujjah berbanding Wahhabi di mana hujjah mereka dilihat bersifat "copy paste". Jika tuan-tuan biasa di website berbahasa arab Wahhabi tuan akan melihat persamaan di dalam berhujjah kemudian diterjemah ke dalam bahasa melayu.

7] Wahhabi marah kepada kita menggunakan hadith umum di dalam menentukan sesuatu itu bid'ah atau tidak tetapi tanpa mereka sedar, mereka juga menggunakan hadith umum كل بدعة ضلالة ketikamana menghukum sesuatu itu bid'ah yang sesat.

8] Prinsip untuk menentukan sesuatu itu bid'ah dholalah atau tidak ialah melihat kepada أصل (asal) apakah di sana ada asal di dalam Al-Quran ataupun As-Sunnah. Di sini akan berlaku perbezaan di kalangan para ulama'. Sebagai contoh Imam Syatibi berpandangan menyambut maulid Nabi adalah bid'ah kerana tidak ada asal di dalam agama tetapi Imam Ibn Hajar melihat hadith puasa hari Isnin adalah asal kepada harusnya menyambut maulid Nabi SAW.

9] Oleh sebab itu kita katakan kepada Wahhabi semua amalan yang dibid'ahkan mereka ada asal di dalam agama. Bezanya mereka tidak dapat melihat adakah ayat itu atau hadith itu menjadi asal kepada ibadah yang kita lakukan.

10] Lantaran itu juga kita katakan kepada mereka, ini perkara khilafiyyah kerana para ulama' berbeza pandangan melihat adakah ayat atau hadith ini dikira asal ataupun tidak. Namun mereka cuba menafikan ia perkara khilafiyyah dengan menolak asal ulama' lain di dalam menentukan sesuatu masalah.

11] Terang lagi bersuluh, kita sebenarnya boleh menerima perbezaan pandangan jika Wahhabi menganggap ia tidak ada asal tetapi ketikamana mereka menafikan asal ulama' lain di sinilah bermulanya manhaj yang kita gelarkan Wahhabiyyah. Kerana ini titik yang membezakan mereka dengan perbezaan pandangan para ulama' Islam.

Tulisan original dari,

Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
BA (Hons) Akidah dan Falsafah
Universiti Al-Azhar Mesir

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...