Cerita Rekaan

Watak A : Budak baik, tak cakap banyak dan pandai. Keluarga biasa-biasa sahaja.
Watak W : Keras kepada, kuat menjawab dan suka ganggu budak A. Anak orang kaya.
Latar tempat : Sekolah

Budak W ni selalu kacau A. Tapi biasanya W mengalah sahaja. W selalu menuduh A buat macam-macam perkara seperti mencuri, menipu dan sebagainya. Bukunya pula selalu disembunyikan oleh budak W ni. Ada yang jumpa ada yang tidak. Kawan-kawan lain yang tak tau cerita sebenar kerap terpengaruh kepetahan W menuduh A mencuri, menipu dan sebagainya.

Bila diadukan kepada guru kelas, cikgu hanya panggil mereka untuk disoal siasat. Kepetahan W mengabui situasi sebenar. Sikap suka mengalah A menjadikan kes itu tidak berlanjutan. Maka cikgu hanya menyuruh mereka berdua supaya berdamai (hormat menghormati) dan tidak lagi bergaduh. Begitulah kerap kalinya.


Tetapi keadaan sama sahaja. W masih mengganggu A. Hingga suatu hari A tidak tahan, dia mengamuk dan berlawan cakap dengan W dengan kasar. W terkesima dan menangis. Mungkin kerana terperanjat. Maka ramai orang menjadi simpati. Pecah kabar angin. Ramai menuduh A jahat dan tidak berhati perut. A cuba menjelaskan situasi sebenar, tetapi kisah mereka berdua terlalu panjang difahami untuk kawan-kawannya yang menilai situasi secara harfiah.

Guru kelas yang maklum situasi ini menetapkan W untuk ditukarkan kelas. Kabar angin yang ribut menjadi sepoi-sepoi bahasa. Tapi bawa penilaian salah yang sama juga. Mungkin kerana guru kelas yang menjadi authoriti, murid-murid lain hanya berani cakap belakang sahaja.

W mungkin dah tiada. Tapi sikapnya mungkin di'warisi' oleh beberapa kawannya yang lain.

Comments

m taufiq a aziz said…
Published on Jan 5, 2016

Perbezaan mazhab adalah suatu perkara yang biasa, namun menjatuhkan dan mengkritik mazhab, pegangan dan pandangan sesama Muslim adalah masalah yang perlu diatasi di dalam masyarakat Islam di Singapura. Walaupun tidak terlalu ketara lagi, namun terdapat sebilangan pihak yang merasakan apa yang di pelajari adalah yang terbaik dan harus diikuti dan tidak menerima pandangan yang lain.

https://www.youtube.com/watch?v=JZ3vUWrjpqQ

Popular Posts