Silat dan kepelbagaian aliran perguruan

Ada yang berpendapat kepelbagaian aliran silat menunjukkan perpecahan dikalangan orang-orang silat sendiri. Pendapat ini bukan sahaja dikeluarkan oleh orang awam yang tidak terlibat dengan dunia persilatan, malah ada juga dikalangan orang silat mengambil pandangan sebegini.

Sebenarnya, kepelbagaian aliran silat ini hanyalah sepertimana kepelbagaian universiti dan pusat pendidikan di negara kita ini. Perguruan silat adalah sebagai sebuah 'sekolah' yang mendidik generasi muda dengan nilai-nilai yang positif melalui pendekatan dan cara masing-masing.

Hanya kerana dunia Nusantara telah dijajah, dan dibawa masuk sistem-sistem barat termasuk sistem pendidikan, menjadikan sistem pendidikan tempatan terasing dan tidak dibangunkan sepanjang tempoh penjajahan. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, barulah peluang-peluang membangunkannya muncul sedikit demi sedikit. Seumpama membina rumah dari tapak ia dibakar dahulu.

Membangunkan kembali sesuatu yang hampir musnah bukan hanya mengambil setahun atau dua tahun, tetapi mungkin mengambil jangka masa sepanjang hayat seseorang itu. Bermakna hasil pembangunannya berkemungkinan besar tidak dapat dirasi oleh pejuang-pejuang silat tanah air yang ada hari ini.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Perguruan_silat

Comments

Popular Posts