Akibat terlalu metal, Abu tak siapkan kerja sekolah. Sani yang tak berapa metal pun tak siapkan karangan juga. Dia musik pun tak berapa masuk kepala. Tapi tak siap karangan yang Cikgu Shah bagi. Ini gila punya kerja. Tapi mereka berdua buat slumber je. UPSR tak lama lagi. "Ayah kau kan baik dengan cikgu tu, suruh la dia cakap baik baik" kata Sani sambil baring di bahagian belakang kereta pajero milik bapak Abu. Macam biasa, Sani dan Abu pergi tuisyen malam tu dihantar oleh Pak Ajis.
"Nantilah aku cakap" balas Abu seperti tak beri perhatian. Dia cuma risau kena penampar dari Cikgu Shah. Cuma dipendamkan perasaan tu. Sani sahaja kelihatan agak resah tetapi masih mampu tersenyum dan ketawa.
Cikgu Shah memberi salam seperti biasa. Murid murid semua nampak tenang. "Diorang ni semua dah siap ke?" bisik hati Abu.
"Ok, keluarkan buku karangan kamu. Letak diatas meja. Cikgu nak periksa". Nada Cikgu Shah sedikit kuat.
Cikgu Shah sampai di meja Sani dan Abu. "Mana karangan yang saya suruh buat tu?". Sani dan Abu senyap.
"Mana dia?" jerkah Cikgu Shah sedikit lantang.
"Saya cakap dengan kamu ni!" ada unsur emosi.
"Tak siap cikgu" jawab Abu sedikit tunduk.
"Baiklah, siapa yang tak siap sila kehadapan sekarang!" Cikgu Shah memberi peluang.
Tanpa menoleh orang lain, Sani dan Abu melangkah kehadapan. Langkah mereka agak biasa-biasa sahaja. Mungkin sudah dijangka. Mungkin mereka sudah pasrah. Tiba-tiba rakan rakan lain juga kehadapan. Budak perempuan yang cantik dan pandai dari sekolah bandar yang Abu dengan Sani selalu kacau tu pun tak siap. Hati Sani dan Abu jadi bertambah tenang.
"Beratur ke tepi tu" arah Cikgu Shah sambil menunjuk longkang tepi rumahnya. "Saya kebelakang sekejap".
Selang beberapa minit Cikgu Shah datang bawak baldi berisi air. "Mari sini, saya siram kepala kamu"
Sani dan Abu berpandangan. "Wah, itu sahaja?" jerit Abu dalam hati. Sambil tersengeh-sengeh, Sani dan Abu menawarkan diri untuk disiram kepala mereka dahulu.
Sengeh mereka tak hilang sampai habis kelas tuisyen hari tu. Terkenang-kenang juga budak perempuan sekolah bandar yang lain ada yang menangis. Malam tu Abu tidur dengan pemain keset mini jenama AIWA mendengar keset XPDC album brutal.
No comments:
Post a Comment