Saturday, November 21, 2009

pencarian I

Oleh : piping arikingking

Aku sentiasa dihidangkan dengan filem dan drama yang agak biasa – isu manusia yang baik ditemukan dengan yang jahat.Tiada apa yang perlu diulas sebenarnya disini kerana sememangnya ia agak menjemukan.Mungkin kerana kita sudah dapat membaca jalan cerita filem atau drama jenis ini.Watak yang baik pasti akan berjaya disaat terakhir,tapi kejayaannya pasti melalui satu perjalanan yang perit dan menyusahkan!

“tidak ada satria lahir ,tumbuh dan perkasa tanpa ujian!”

Cuma yang aku kesalkan,kebanyakkan filem menolak pentingnya kemanusiaan dan perlunya sedikit ‘jahat’ untuk berjaya.Ternyata ia menggambarkan sendiri sikap manusia yang hidupnya sungguh terdesak untuk berjaya.Hipokrit sekiranya aku beritahu bahawa aku pun tidak faham mengapa perkara ini terjadi,sebab aku tahu perkara ini sememangnya wujud dalam kehidupan realiti.Aku perlu membuat toyol untuk masuk dewan periksa sekiranya mahu berjaya mendapat jawab peperiksaan.Untuk berjaya,seorang manusia itu perlu meletakkan sedikit nilai kemanusiaan di sebelah tepi,dan lebih teruk lagi,kalau diperlukan maka harus dibuang.Sehingga baru-baru ini,aku baca diakhbar,seorang artis wanita tidak menyukai lelaki yang zahir baik,nampak sopan malah artis itu suka pada seorang yang bergaya ‘bad boys’.

“manusia yang baik agak membosankan,dan mudah ditipu.”

Akhirnya anak-anak muda seperti aku berlumba-lumba untuk menjadi hebat seperti yang disukai oleh artis wanita itu.Agar kelihatan lebih nakal dari orang lain.Kesimpulannya lebih nakal kita,lebih ramailah orang akan menyukai kita?
Penipuan secara terancang ini berjaya menewaskan ramai diantara kita.Adakah aku pun sama?Adakah untuk aku berjaya,aku harus menidakkan moral?Aku pernah baca di sebuah artikel dalam internet.Ia memberitahu sekiranya wujud lagi manusia yang baik di dunia ini bukan kerana agamanya,tapi hanya kerana moral.Di dunia ini tiada siapa yang baik kerana agama?

“Ketika agama dan idealogi menjadi perosak,semuanya hanya akan menjadi muzik penghibur.Ketika agama dan idealogi hanya munafik,semuanya akan menjadi tarian lucah!”

Aku semakin keliru dengan idea aku.Apa yang aku tahu,disebabkan perkara hebat ini,ramai antara kawan-kawan aku mengurangkan kehidupan normalnya.Minum arak sudah menjadi perkara biasa.Tiada apa yang perlu dihairankan,dan aku pula yang harus dihairankan oleh mereka.Aku yang tidak minum arak seolah-olah seperti orang yang kuno,hidup di zaman batu.Berasa malu bergaul dgn mereka,dan mereka malu bergaul dengan aku.Apabila bersua wajah dengan mereka,aku seolah-olah seperti anak dara yang baru pertama kali masuk didalam majlis sosial.Aku seperti ditinggalkan 200 meter ke belakang oleh mereka.

Aku tidak sanggup ingat kembali kenangan bodoh kawan aku yang minum arak di kedai jamming pada bulan puasa.Kemudian melepak di food court menunjukkan betapa hebatnya mereka!Memang hebat,kerana beliau memang mendapat sambutan yang hangat dari rakan-rakan lelaki dan perempuan kerana,beliau benar-benar kelihatan “cool”.

Aku dididik untuk berjaya dalam kehidupan.Semua orang begitu pada fikiran aku.Memang sifat semulajadi manusia,mahu berjaya,mahu kaya,mahu kehidupan yang selesa.Hidup sekiranya hanya menjual cendol atau bekerja kilang telah diajarkan kepada aku oleh orang yang terdahulu sebagai satu kehidupan yang terumbang-ambing,tiada masa depan.

Begitu susah untuk memuaskan ego manusia.Demi mendapat pengakuan,demi mendapat menjadi seperti org lain inginkan,aku pandang ke hadapan.Tak pedulikan diri sendiri.

Oleh itu,kehidupan aku telah tersedia ada sebuah protokol.Aku diajar supaya tidak bermasalah.Sekiranya aku seorang pelajar,aku harus belajar bersungguh-sungguh,jangan sesekali terpekik melolong selain dari pelajaran.Sekiranya aku seorang pekerja,aku harus bekerja sepenuh hati,seharusnya menjadi professional.Berjaya seperti orang yang telah berjaya,sekurang-kurangnya tercatat di dalam akhbar namanya.Tidakkah hidup ini dirasakan sangat susah?Patutlah ramai orang didunia mengambil jalan untuk membunuh diri.Begitu susah untuk menjadi orang yang sempurna...



[bersambung]

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...