ceritera: makanan

Pada suatu ketika dan masa, di sebuah pasar yang hiruk-pikuk. Yang membeli dengan membeleknya, yang menjual dengan jualannya, yang menarik perhatian dengan barangannya. Ada yang menjual hamba. Ada yang menjual ganja. Ada yang menjual sayur-sayur. Ada yang menjual ternakkan. Ada yang menjual barangan hiasan. Seorang hamba sahaya melalui celah-celah badan manusia penuh lalulalang memenuhi kawasan pasar tersebut.

"Cari apa Cik Siti?" tegur seorang penjual dengan ramah.

"Saya cari belacan" kata Cik Siti. Si penjual agak tak keruan. Dipandang kiri dan kanannya.

"Jangan cakap kuat-kuat. Nanti polis tangkap sama saya", si penjual berbisik-bisik sedikit.

"Jual belacan pun kena tangkap?" Cik Siti bertanya kehairanan.

"Jual ganja ada lesen. Jual candu ada lesen. Jual belacan tak ada lesen Cik Siti. Saya smuggle dari Malaya", terang si penjual berhati-hati.

Comments

Popular Posts