Tuesday, December 15, 2009

guru dan murid

Ada satu kisah di sampaikan. Berkenaan dengan satu situasi yang berlaku antara murid dan gurunya. Berkenaan dengan maksud dan makna. Tujuan dan matlamat.

Dikisahkan didalam satu bilik kuliah. Pembelajaran seperti biasa di Universiti. Hari pertama murid murid bertemu dengan guru mereka yang akan mengajar matapelajaran yang di ambil.

Maka, sampailah ketika si guru masuk kebilik kuliah. Bertemulah mata-mata semua murid dengan guru mereka. Dari hinggar bingar bilik kuliah itu bertukar senyap. Seperti malaikat lalu layaknya.

Menantilah murid murid bicara pertama dari guru mereka.

"Salam sejahtera semua", kata si guru.

"salam sejahtera guru".

Sepi seketika. Meliarlah mata si guru memandang isi bilik kuliah itu terhadap muri-muridnya. Semua senyap.

"Tahukah kamu apa yang saya ajar ini?"

Semua berpandang pandangan. Terkedu seketika. Maka angkatlah tangan seorang dari semua murid itu.

"Kami tak tahu guru"

"Kalau kamu tak tahu, lebih baik kita balik sekarang!" berkata guru dengan nada separuh tegas. Kemudian dicapainya buku buku yang diletakkan di atas meja dan keluar dari bilik kuliah itu.

Terpinga-pingalah hati hati yang menanti disuapkan ilmu pada hari itu. Mereka pun keluar dari bilik kuliah dengan menumpukan bicara tentang hal yang berlaku sebentar tadi. Ada yang sinis, ada yang optimis, ada yang pasif.

Tetapi mereka kesal kerana tidak merujuk apa-apa isi buku bagi apa yang bakal mereka pelajari dari guru mereka. Setidakknya harus tahu topik perbincangan hari itu. Mereka kesal.

Keesokkan harinya, mereka tetap menghadiri kuliah guru tersebut. Seperti biasa, mereka penuh tekun menanti bicara guru. Kali ini sepertinya menjangka apa yang akan mereka pelajari dari guru mereka. Mereka seperti memahami maksud guru mereka semalam. Sekurang kurangnya hari ini, mereka mengetahui sedikit sebanyak apa yang bakal mereka pelajari dari guru mereka.

Si guru berkata, "Tahukah kamu apa yang saya ajar ini?"

Dengan pantas salah seorang dari murid murid itu mengangkat tangan. "Kami tahu guru!" kata murid itu dengan penuh yakin.

Guru tersenyum. Melihat reaksi itu, legalah hati murid murid tersebut. "Bagus kalau begitu. Jadi kamu semua boleh balik sekarang" kata si guru lalu keluar dari bilik kuliah.

Bingung. Anih dengan tindakkan guru mereka. Maka berpakatlah si murid murid. Sekiranya si guru bertanya soalan yang sama esok, mereka berpakat untuk sesetengah dari mereka menjawab tahu dan sesetengah yang lain menjawab tidak.

Keesokkannya, kuliah tetap berjalan seperti biasa. Murid murid tetap menghadiri ke kelas. Menanti ilmu untuk dikunyah.

Seperti yang dijangka, guru mereka bertanya "Tahukah kamu apa yang saya ajar ini?".

Makanya, seperti yang mereka sangka terjadi, lalu bercampur aduklah mereka antara jawapan 'tahu' dan 'tidak tahu'. Mereka lalu menanti reaksi dari si guru dengan harapan kuliah hari ini di isi dengan penuh makna.

Si guru tersenyum. "Bagus semua. Jadi, bagi yang tahu ajarkanlah kepada yang tidak tahu". Kemudian, seperti sebelum belum ini, keluarlah si guru dari bilik kuliahnya itu. Meninggalkan murid muridnya berfikir.


hanya yang berkehendak sahaja...


------------------------------------------------
ilham dari kuliah bersama Hj Shafie Mehad

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...