Tuesday, December 1, 2009

pelempang cikgu husain

Farhan terpinga-pinga bila dilempang Cikgu Husain. Ternyata meninggalkan pinggan di atas meja kantin depan mata Cikgu Husain adalah kesilapan besar yang Farhan buat. Dia bukan tidak tahu perangai Cikgu Husain tu. Malang betul Farhan tak berhati-hati.

Nasir yang jalan seiringan dengan Farhan pada mulanya terus melihat Farhan mendalami kata-kata Cikgu Hussain sambil berdiri dari jauh. Hairan juga. Emosi marah Cikgu Husain pada awal tadi macam dah bertukar menjadi nada gembira.

Loceng sekolah berbunyi. Tandanya waktu rehat sudah habis. "Kasihan Farhan" keluh Nasir sambil melihat Farhan masih bersama Cikgu Husain di kantin.

Tiba-tiba cikgu Zainab masuk. "Bangun.. Selamat pagi Cikgu". Murid-murid lain mengikut sahaja terma ucapan selamat yang tipikal itu bersama-sama.

"Farhan mana?" tanya Cikgu Zainab setelah menganalisa kehadiran murid di kelas itu. Senyap. Tiada siapa hendak bersuara. Cikgu Zainab bukan macam cikgu perempuan biasa. Integritinya tinggi. Kata-katanya pedas. Tegas. Kalau Cikgu Husain tu sudah pencen, mungkin Cikgu Zainab jadi cikgu disiplin.

"Assalamualaikum" ungkap Farhan sebaik sahaja masuk di dalam bilik darjah. Melihat Cikgu Zainab sudah masuk, Farhan tersengeh-sengeh. "Hah, kamu ni masuk lambat, kemana pula?" jerkah Cikgu Zainab. Kawan-kawan sekelas ada yang menahan ketawa. "Err, tadi kena 'ceramah' dengan Cikgu Husain". Pecah gelak dalam kelas itu.

"Sudah semua!" jerit Cikgu Zainab. Semua diam. "Ok, kamu boleh duduk".

Semua memang sudah maklum. Cikgu Zainab pantang muridnya masuk lambat dalam kelas dia. Tapi alasan Farhan tadi memang Cikgu Zainab tidak boleh kata apa-apa. Siapa tak tahu Cikgu Husain tu perkara kecil pun boleh dia bagi 'ceramah' setengah jam. 'Orang lama' katakan..

"Cilakak kau tinggalkan tadi" kata Farhan perlahan-lahan sebaik sahaja duduk ditempatnya yang bersebelahan dengan Nasir. "Sorry la beb, hehe". Kawan-kawan lain yang tahu cerita pun mengekek menahan gelak melihat pipi Farhan merah. Mana tidaknya, 'double' pelempang serentak kiri dan kanan.

2 comments:

Anonymous said...

2 bru tggl pinggan..

tawawfayakof said...

tunggu episod cikgu hussain yang seterusnya

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...