Pecah la cerita ada budak junior mengadu kena pukul. Kisahnya terserempak dengan senior dari balik outing dan tak pakai baju outing. Si senior pula AJK asrama. Malam itu pastilah ada sesi soal siasat sikit. Mungkin silapnya ada sentuhan fizikal. Alah, tumbuk perut sikit je.
Maka dipecahkanlah cerita segala cerita. kisah segala kisah oleh junior kepada cikgu sekolah. Cikgu disiplin. Seorang cikgu senior. Cikgu yang memusuhi kelompok besar pelajar asrama yang dilihat kelompok bersekutu pelajar masalah. Tapi AJK asrama juga kelompok itu. Pusat pemerintahan di Dorm A1. Tapi pelajar asrama mendapat belaan dari beberapa Cikgu junior yang lain.
Satu kisah, ada junior membantu memberi pengajaran. Dilakonkan dei hadapan junior lain. Dipukul ditandas dan sampai berdarah. Untuk memberikan kesan dramatik terhadap nasihat terus kepada junior. Terima kasih kepada junior yang pandai berlakon. Lakonan itu berkesan. Sungguh. Kalau tak, masakan budak junior-skema-nakal-yang-dipukul itu pecahkan cerita tentang kawannya pernah dipukul sampai berdarah oleh pelajar senior seperti ianya benar benar berlaku. Satu penipuan terancang yang hebat.
Maka sesi memburu kisah lampau dimulakan. Setiap hari ada pelajar asrama yang dipanggil ke 'bilik gelap' Cikgu Hussain dan sekutunya, Cikgu 'Bombay' yang pendiam. Antaranya adalah satu individu. Dipanggil ke 'bilik gelap' tersebut selepas waktu sekolah.
Pintu ditutup. Cahaya samar samar. "Apa yang kamu tahu berkenaan kawan kawan kamu memukul budak?" soalan dimulakan. "Saya tidak tahu" jawabnya ringkas dan konfiden. Jauh dihatinya ingin membela kawan. Tambahan dikenang ke'poyo'an budak junior yang mengadu setelah mendapat imun dari cikgu sekolah.
"Kamu cakap betul betul!" jerkah Cikgu Hussain dari mejanya. "Dia ni baik dengan geng dorm A1 tu. Dia pun duduk dorm tu" Cikgu 'Bombay' mencelah perlahan.
"Jangan bela kawan awak tu" marah Cikgu Hussain. "Baik awak cakap" sambungnya. "Saya tak tahu Cikgu" si suspek menjawab.
"Baiklah" kata Cikgu Hussain sambil bangun dari tempat duduk.
"Ni misai panjang panjang siapa suruh bela hah!!?" soal Cikgu Hussain sambil menampar 'backhand' secara perlahan dan berulang ulang ke bibir budak tersebut. Tiada jawapan untuk soalan itu kerana mulut ditutup.
"Sudah, kamu pergi balik"
*****
"Mesyuarat!!" kata Presiden Asrama.
"Ok kita tangkap gambar bibir luka ni. Kita jumpa Pengetua"
"Ok, siapa ada kamera?"
Semua berpandangan. Ah, tahun ni, mana musim lagi budak sekolah pakai henset kamera. Paling canggih pun henset vodafone tak pun 3310.
No comments:
Post a Comment