Monday, April 29, 2013

Kempen

Bagus baca ni..



6. KEMPEN PILIHAN RAYA

6.1 Semua pihak dan penyokong Calon hendaklah patuh kepada syarat tempoh berkempen (bermula sejurus selepas Pegawai Pengurus mengisytiharkan adanya pertandingan) hingga jam 12 tengah malam (malam esoknya Hari Mengundi). Sebelum tempoh berkempen bermula, tidak boleh diadakan sebarang bentuk kempen (perhimpunan atau majlis ceramah atau pemasangan bahan kempen);


6.2 Tidak boleh mengadakan sebarang ceramah terbuka, perjumpaan awam terbuka, perhimpunan awam terbuka, pertunjukan awam terbuka atau hiburan awam terbuka melainkan jika mendapat permit yang dikeluarkan oleh Pegawai Polis yang menjaga daerah di mana aktiviti tersebut dijalankan;

6.3 Tidak boleh menggunakan mana-mana masjid, gereja, kuil, tokong atau tempat ibadat lain sebagai tempat untuk kempen pilihan raya;

6.4 Pengendalian perhimpunan atau majlis ceramah yang telah mendapat permit daripada Pegawai Polis yang berkenaan hendaklah mengendalinya dalam suasana aman, tenteram dan teratur serta mematuhi undang-undang iaitu:-

(a) Tidak berlaku apa-apa gangguan atau kekecohan ditimbulkan oleh mana-mana pihak tertentu;
(b) Tidak berlaku apa-apa bentuk kecaman ke atas hal ehwal peribadi mana-mana calon, pemimpin atau anggota parti politik di khalayak umum yang mempunyai unsur-unsur tohmahan, fitnah ataupun tuduhan yang tidak berasas;
(c) Tidak ada apa-apa bentuk rayuan atau dorongan untuk mendapatkan sokongan berdasarkan unsur-unsur dan semangat perkauman atau keagamaan;
(d) Apa-apa kritikan atau ulasan hendaklah tertumpu kepada persoalan dasar dan program yang diketengahkan oleh Calon atau parti politik serta isu-isu yang berkaitan dengan aspek pentadbiran.

6.5 Tidak boleh melakukan apa-apa tatalaku atau perbuatan (dalam bentuk lisan, tulisan atau apa-apa gambaran) yang boleh mencetuskan perasaan benci atau permusuhan antara kaum, agama atau budaya dalam kalangan masyarakat.




8. KEMUDAHAN AWAM

8.1 Bangunan awam serta kemudahan-kemudahan lain seperti elektrik dan air tidak boleh digunakan untuk perhimpunan kempen pilihan raya tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi bangunan berkenaan;

.



No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...