Sunday, August 31, 2014

Salam Kemerdekaan

Umat Melayu hidup dikelilingi oleh merbahaya besar-besar di segenap tempat dan merbahaya yang dikatakan akan datang itu telahpun datang
-Dato Onn Jaafar-

Merdeka itu bukanlah satu benda yang mudah boleh didapati. Melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan
-Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj-

Marilah kita membanggakan Negara kita dan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman kebagsaan yang sempit
-Tun Abdul Razak Dato Hussin-

Saya suka berpesan dan berharap semoga tuan-tuan dapat menunjukkan semangat keperwiraan dan taat setia yang tidak berbelah bagi pada setiap masa
-Tun Hussain Dato Onn-

Apabila kita berhadapan dengan kemungkinan orang lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan, itulah makna patriotisma.
- Tun Dr. Mahathir Mohamad-

Bacalah Al Quran dan fahamilah maknanya dalam bahasa yang kita faham. Saya tak faham bahasa Arab sebab saya orang Melayu. Bismillah saya tahulah. Saya menkaji hampir banyak kitab terjemahan Al Quran dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Di dalamnya terkandung seluruh rangka kehidupan yang lengkap. Allah telah memberikan panduan yang sempurna di dalamnya dan ikutlah panduanNya’
-Tun Dr. Mahathir Mohamad-


Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan pejuang-pejuang kita yang terdahulu
-Tun Abdullah Ahmad Badawi-

Di wajah suci anak-anak ini, kulihat sinar. Di hati murni mereka terpahat sebuah impian. andai sengketa membelenggu sesama, andai kerakusan menguasai kita, kemanakah tumpah harapan mereka.
-Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak-

Bersatulah kita seperti mana kita belum pernah bersatu
-Dato Onn Jaafar-


Hairan dengan pengikut-pengikut tegar dan pengkritik tegar dan tidak bertauliah memberi respon terhadap teguran Tun Dr Mahathir kepada DS Najib. Saya akui saya mengkagumi kehebatan Tun Dr Mahathir, tetapi mengapa ada segelintir penyokong-penyokong Tun Dr Mahathir mempromosi kebencian kepada DS Najib yang mana saat dan ketika ini menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tun Dr Mahathir telah melaksanakan tanggungjawabnya menegur DS Najib sesuai dengan statusnya. Lalu kita semua berbuat apa?

Bukankah semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia terdapat juga golongan pembenci dan akhirnya sedar kepada kesalahan tindakkannya membenci Tun Dr Mahathir hanya setelah Tun Dr Mahathir meletak jawatan. Tetapi malangnya kebencian itu bukan hilang hanya dialihkan pula kepada orang lain.

Akhirnya, tak kira macamana, siapa pun menjadi pemimpin kita, tetap akan dibenci, dan kebencian itu sentiasa subur. Lebih malang tindakkan kita mempamerkan kebencian dan kemarahan itu di tonton kemudian diwarisi amarahanya sahaja oleh generasi muda yang masih tidak pandai mengawal dan mengenal amarahnya dan akhirnya menyuburkan jiwa 'pemberontakkan'.

Adab orang tua bergaduh jangan ditengah-tengah rumah nanti anak-anak nampak. Kerana mustahil membina sebuah peradaban jika rakyatnya tidak beradab.

Sesungguhnya ketahuilah, musuh-musuh kita sentiasa berusaha memastikan rakyat sesebuah negara itu membenci sebenci-bencinya kepada pemimpin mereka.

Berdoa bagi pemimpin-pemimpin Negara berarti membuat tanggung jawab bangsa, menjadi tanggung jawab umat Islam juga.
(Tuanku Imam Bonjol, 1772 – 1864)


read this also - http://thethirdstonefromthesun.blogspot.com/2014/07/tentang-kepimpinan.html

related - http://dinturtle.blogspot.com/2014/08/tun-mahathir-ruginya-kita-jika-tidak.html 

1 comment:

m taufiq a aziz said...

DOA PENUH BERKAT YANG PERNAH DIBACA
SYEIKH GURU MURSYID TAREQAT AHMADIYYAH

DOA PENUH BERKAT YANG PERNAH DIBACA

Doa Kesejahteraan Agama, Bangsa & Tanah Air
Yang Pernah Dibacakan
Oleh Syeikh Ahmad Bin Muhammad Said Al-Linggi
Pada Malam 31 Ogos 1957
Bersempena Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu

===========

YA ALLAH….
Anugerahkanlah Taufiq Kepada Sekelian Pentadbir Awam,
Jemaah Menteri,
Para Sultan Dan Raja,
Serta Pemimpin Negara
Bagi Memelihara Kehendak-kehendak Agama,
Memelihara Hak Keistimewaan Umatnya,
Menegakkan Keadilan Dalam Undang-undang
Dan Berpegang Kepada Keindahan Islam.

YA ALLAH….
Jadikanlah Mereka Agen Perubah
Hal Keadaan Orang-orang Melayu,
Agar Bangsa Ini Meningkat Maju Dan Ke Hadapan
Sehingga Tercapai Cita-cita Yang Diidam-idamkan.

YA ALLAH….
Bantulah Bangsa Melayu,
Bimbinglah Serta Jadikanlah Kami
Menjadi Sebaik-baik Manusia.
Tunjukkanlah Kami Jalan Yang Lurus,
Jalan Yang Telah Engkau Kurniakan
Kepada Umat Islam Yang Telah Menikmatinya,
Bukan Sebagaimana Orang Yang Engkau Murkai
Dan Bukan Juga Orang Yang Sesat.

YA ALLAH….
Hindarilah Kami Daripada Sebarang Kesusahan,
Sejahterakanlah Kami
Daripada Segala Yang Boleh Memudharatkan,
Peliharalah Kami Daripada Segala Buruk Lagi Keji
Dan Tunaikanlah Segala Yang Diharap Dan Dihajati.
Harmonikanlah Antara Kami Dan Bangsa Lain Selain Kami
Hingga Kami Sentiasa Dalam Keamanan Dan Keselamatan.
Bebaskanlah Kami Dengan Segera
Daripada Segala Kepayahan Dengan Rahmatmu
Wahai Tuhan
Yang Maha Merahmati Segala Yang Penyayang.

YA ALLAH….
Jadikanlah Bagi Bangsa Kami,
Kaum Yang Lain
Dan Negara Ini
Penjaga Daripada Segala Bala,
Yang Menghalang Kami Dan Mereka
Daripada Sebarang Pencerobohan.
Bantulah Kami Menewaskan
Segala Musuh Dan Orang Yang Dengki.
Zahirkanlah KemarahanMu Dan KemurkaanMu
Kepada Orang Yang Melampau
Dan Yang Melakukan Kerosakkan.

YA ALLAH….
Awasilah Mereka
Dengan PenglihatanMu Yang Tidak Pernah Lena
Dan Bentengilah Kami Dengan Perlindungan
Dan BentengMu Yang Tidak Mudah Diterima

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...